
Tempoh sembilan tahun bukanlah satu jangka masa pendek. Tidak hairanlah apabila ramai peminat dan pemerhati sukan bola sepak global merasakan tindakan bintang Liverpool, Mohamed Salah untuk meninggalkan kelab tersebut setelah sembilan tahun bersama bukan satu keputusan yang dibuat dengan mudah.
Salah, 33 mengumumkan berita tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, serentak dengan kenyataan rasmi oleh Liverpool di media sosial kelab berkenaan.
Kedua-dua pihak difahamkan mencapai persetujuaan untuk berpisah setahun lebih awal berbanding kontrak asal Salah yang tamat pada tahun hadapan.
BACA: 30 Tahun Sepi Tanpa Kemenangan EPL, 10 Selebriti Ini Tetap Setia Dengan Liverpool
Sembilan Tahun Gemilang Bersama Liverpool, Tetapi…
Tidak dinafikan, sepanjang bermain untuk kelab Liverpool, Salah merupakan salah seorang pemain ‘MVP’ yang telah mencipta sensasi sehingga berjaya menjulang pelbagai jenis kejohanan.
Ini termasuklah menyumbang lapan trofi seperti kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Sehingga kini, Salah berada di kedudukan ketiga dalam senarai penjaring sepanjang masa Liverpool di belakang legenda Ian Rush dan Roger Hunt.
Bagaimanapun, prestasi Salah pada musim ini dilihat semakin merosot sehinggakan nama beliau digugurkan dalam beberapa perlawanan.
Salah dikembalikan untuk turun padang dan mendapat minit permainan selepas beliau pulang daripada kejohanan Piala Negara-Negara Afrika. Namun Salah masih tidak berjaya kembali kepada prestasi beliau dahulu.
Buat masa ini, masih belum ada ura-ura mengenai kelab bola sepak yang berminat untuk menyambar Salah sebagai pemain mereka.
Walaupun begitu, dengan pengalaman luas dan reputasi besar yang dimiliki, bekas bintang Anfielf ini dijangka membuka lembaran baharu yang menarik dalam kariernya.
Perpisahan ini bukan sekadar penamatan kontrak tetapi penutup kepada satu perjalanan gemilang yang akan dikenang dalam sejarah bola sepak dunia.
BACA: Mo Salah Tetap Berpuasa, Karier Bukan Alasan Tidak Tunduk Kepada Allah SWT
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!














