“Alamak, macam mana minyak panas ni boleh terpercik kat tangan pula ni. Habis melecur tangan. Apa rawatan melecur yang sepatutnya aku buat ni? Paniknya!”
Setiap kali terkena air atau minyak panas mula la korang akan teringat petua orang dulu-dulu kan? Jangan yakin sangat dengan petua korang tu boleh memulihkan kawasan yang melecur. Jadi berhati-hati lah sebelum ia menjadi lebih teruk!!
Ini penjelasan seorang pakar perubatan iaitu Dr Kamarul Ariffin mengenai rawatan yang betul apabila mengalami lecuran.
Ads
Tahap melecur boleh dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap 1, tahap 2 dan tahap 3.
Ads
Petua menyapu dengan bahan-bahan seperti disebutkan di awal tadi sebenarnya lebih memudaratkan berbanding menyembuhkan. Malah ada pengguna petua ini telah menderita gelembung tangan yang sangat teruk gara-gara sudah terkena jangkitan kuman.
Oleh itu, sentiasa utamakan keselamatan dan ketahui ilmu asas pertolongan cemas bagi memastikan sebarang kemalangan dapat ditangani dengan sebetulnya. So lepas ni jangan ikut petua yang pelik-pelik ye!
Sejak kebelakangan ini, reka bentuk baju tradisional bagi kaum Adam semakin inovatif dan unik. Bukan sahaja baju kurung yang makin melopori industri fesyen tanah air, baju melayu juga tak kurang hebatnya.
Mari kita lihat rekaan baju melayu yang agak unik tersebut. Manalah tahu, ada yang berminat nak memakainya di pagi raya.
Baju Melayu Lengan Pendek
Adakah anda ingat pada suatu ketika dahulu, pelakon Erry Putra pernah mencetukan kontroversi apabila menghasilkan rekaan Baju Melayu yang agak pelik. Ada yang berlengan pendek dan ada juga yang mempunyai ‘sayap’ di bahagian belakang baju.
Baju Raya Hello Kitty
Sanggup ke pagi raya pakai baju Hello Kitty? Hiks!
Kalau kanak-kanak yang pakai kita fahamlah, tapi kalau orang dewasa yang pakai rasanya nak tergelak juga bila tengok ada yang datang beraya di rumah memakai baju seperti itu.
Baju Melayu Bengkung
Haaa…ingat kaum Hawa je boleh pakai bengkung?
Koleksi baju Melayu ini adalah hasil rekaan bersama daripada pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi dan pereka fesyen, Razman Razmi. Koleksi yang dihasilkan ini sebenarnya diinspirasikan oleh penghibur terkenal, Datuk Sudirman Arshad.
Jubah Sado
Kita throwback sikit dengan rekaan jubah sado yang hangat diperkatakan beberapa tahun lepas. Mungkin pereka jubah ini mengambil inspirasi dari filem KL Gangster yang tular suatu ketika dahulu.
Baju Melayu Kilat
Meriahnya baju! Baju rekaan pereka tempatan ini rasanya telah tular beberapa tahun lalu. Mungkin bagi anda yang inginkan satu kelainan dan menyerlah di pagi raya, akan memilih reka bentuk baju melayu ini.
Apa-apa pun selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Malaysia. Hati-hati memandu dan jangan lupa untuk bermaaf-maafan sesama yang tersayang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Vocket, Zalora
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya bila kita menyentuh soal pemakaian atau penggunaan kanta lekap, pastinya lebih cenderung kepada pengguna yang sudah dewasa. Tapi tahukah anda bahawa kanak-kanak dan remaja juga boleh menggunakannya dengan selamat?
Dengan menggunakan kaedah yang betul serta tip yang diberikan oleh optometrist, golongan kanak-kanak dan remaja boleh menggunakan kanta lekap dalam kegiatan harian terutamanya untuk pembelajaran di dalam kelas.
Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 4 juta pengguna di bawah umur 18 tahun menggunakan kanta lekap secara harian. Secara fizikalnya, mata kanak-kanak bertoleransi dengan kanta lekap pada usia muda. Malah ada sesetengah kes melibatkan bayi menggunakannya disebabkan kondisi congenital cataracts yang berlaku ketika lahir.
Menurut Association of Malaysian Optometrist (AMO) yang turut melancarkan National Eye Health Awareness Campaign (NEHA) 2017 semalam, ramai kanak-kanak di Malaysia menggunakan kanta lekap pada usia antara 15 hingga 16 tahun. Malah, ada juga yang mula menggunakan lebih awal jika mereka mampu mengendalikan penggunaan dengan cara yang betul. Apakah yang perlu dilakukan sebelum mereka mula menggunakan kanta lekap?
Jumpa optometrist untuk dapatkan pemeriksaan secara komprehensif
a. bagi memastikan keadaan mata sihat dan sesuai untuk menggunakan kanta lekap
b. preskripsi kanta lengkapyang betul akan diberikan oleh optometrist
c. memberikan kanta lekap yang bersaiz sesuai dengan mata
Bagaimana pula dengan kriteria kanta lekap yang baik untuk digunakan oleh kanak-kanak dan remaja?
a. Kanta lekap pakai buang secara harian merupakan pilihan yang paling baik dan menyihatkan. Ia akan dibuang selepas seharian digunakan atau sebelum tidur.
b. Material kanta lekap yang breathable. Seperti kesemua tissu yang lain, mata juga memerlukan oksigen bagi mematikan ia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kanta lekap yang breathable membenarkan oksigen memasuki menerusinya supaya mata kekal sihat.
c. Permukaan yang lembut dan licin. Ini agar mata berasa lebih selesa, apatah lagi untuk kegunaan sepanjang hari.
Tip Menggunakan Kanta Lekap
*ketahui lebih lanjut tentang penggunaan kanta lekap untuk kanak dan remaja di laman web AMO, www.amoptom.org atau boleh hubungi 011-2610 2040
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai berusaha diet dan berjaya melakukannya kerana kesungguhan ketika diet. Namun timbul persoalan, seberapa cepat berat badan kembali naik selepas sukses diet?
Bagi korang yang berjaya mencapai tahap berat badan, tentu ramai tertanya-tanya mengenai hal inikan. Sudahlah menurunkan berat badan itu susah tapi sebenarnya lagi susah untuk maintainkannya.
Menurut pakar kesihatan dari University Of Florida, Kathryn Ross berat badan yang sudah turun sebenarnya boleh naik dengan begitu cepat disebabkan oleh beberapa faktor.
Ini kerana katanya, diet bukan hanya memerlukan kita belajar untuk menurunkan berat badan tetapi juga harus tahu bagaimana untuk mendapatkan tubuh yang maintain dan ideal.
Jika sebelumnya orang yang diet, di fikirannya sentiasa berfikir bagaimana untuk menguruskan badannya tetapi selepas berjaya menguruskan badan, dia juga harus berfikir bagaimana untuk mempertahankan berat badan ideal.
Selebriti dari Indonesia ini antara yang berjaya menguruskan badan hasil diet yang ketat.
Dalam kajian terhadap 70 orang dewasa yang alami masalah kegemukan di mana mereka berjaya dalam program diet selama 12 minggu rata-ratanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 0.5kg seminggu. Namun selepas program berakhir, berat badan mereka naik 0.6 kg seminggu.
Persoalannya, seberapa cepat sebenarnya berat badan naik kembali selepas kita berjaya mendapatkan bentuk badan ideal?
Untuk korang-korang yang nak maintain berat ideal, ini fakta kena tahu.
Seberapa cepat berat badan kembali naik selepas diet tergantung kepada perubahan pola makan dan kebiasaan masing-masing. Proses metabalisme dalam tubuh juga turut mempengaruhi kenaikan berat badan selepas diet.
Ketika korang mengurangkan jumlah makanan ketika diet, tubuh cenderung mendorong kita untuk makan lebih banyak nanti. Oleh kerana itu, menurut Samantha Heller, seorang ahli pemakanan dari NYU Langione Health di New York berpendapat, bahawa sebaiknya seorang yang mahu kurus menjalani dietnya secara lebih perlahan.
Ini bagi membantunya dalam penyesuaian metabolisme dalam tubuh dengan keperluan kalori yang diperlukan.
“Yang perlu diingatkan adalah mempertahankan pola hidup sihat agar badan tidak lagi kembali gemuk. Namun begitu ia bukan mudah. Bila mendengar pujian dari orang sekeliling mengenai kejayaan diet kita di mana ramai memuji-muji kita berjaya melakukannya secara tidak langsung membuatkan kita terpana dan berasa bangga.
“Sedikit demi sedikit otak kita akan mula “terlupa” dan kita mula meninggalkan diet dan kembali ke tabiat lama. Ya kesalahan-kesalahan kecil inilah yang akan membuat badan kita naik sekalipun berjaya diet sebelum ini.
Bila dah kurus sebenarnya bukan mudah untuk mengekalkannya. Ia perlukan keazaman yang kuat agar tubuh badan maintain
Tapi sebelum korang terus tersenyum dengan pujian, empat hal ini perlu dihindari segera.
Kurang aktif @ bergerak – Memiliki berat badan ideal bukan bererti kita tidak perlu lakukan aksi fizikal. Bila tujuan dah tercapai, kita fikir tak perlu buat semua itu lagi tapi semakin malas kita berolahraga, bererti berat badan kita akan mudah naik.
Tidak sarapan – Selepas bangun tidur, tubuh memerlukan air dan makanan untuk menstabilkan metabolisme dan menjaga keseimbangan gula dalam darah. Kalau kita melewatkan sarapan, rasa lapar akan menjadi dua kali ganda dan seterusnya kita makan dua kali ganda juga. Kalau setiap hari dilakukan, tentu pola makan akan kucar kacir sehingga berat badan kembali bertambah.
Tidak memantau kebiasaan yang merosakkkan diet – Tidak fokus saat makan boleh membuatkan kita makan dalam kuantiti yang banyak. Misalnya sambil makan tengok tv atau bermain game sehingga kita mengabaikan signal perut sedangkan ia sudah mencukupi saat itu.
Pola makan berubah – Menjalani diet memboleh buat kita mengelak makanan tidak sihat. Namun selepas mendapat berat badan yang diinginkan, kita mungkin kembali pada pola makanan yang lama. Misalnya makan bukan masanya, terlalu banyak pengambilan kalori dan pelbagai fakta lain. Akibatnya berat badan naik tanpa sedar dan diet jadi rosak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!