Satu mayat lelaki dipercayai warga Malaysia berketurunan Cina telah ditemui oleh pihak berkuasa Austrarila di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, pada hari Ahad.
Mayat didakwa milik lelaki berusia 24 tahun bernama Jacky Chong Kai Wong itu dijumpai kira-kira pada jam 3.30 petang selepas penyiasat memulakan pencarian di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta.
Walaupun masih belum dikenal pasti secara rasmi, polis percaya ia milik Chong.
Ads
Menurut laporan portal 9News, Jacky dipercayai telah meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021. Chong sudahpun menetap di Sydney sejak 2016 namun tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.
Kata keluarganya kepada pihak polis, mereka percaya Chong mungkin bekerja di New South Wales sebelum kehilangannya.
Setelah penemuan mayat itu, polis kini akan menjalani pemeriksaan forensik dan proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas jasad bagi mengesahkan identitinya.
Ads
Terdahulu pada tahun 2021, pasukan petugas polis yang sedang menyiasat kes sindiket dadah pada waktu itu mendapati mangsa tidak dapat dikesan. Setelah siasatan dijalankan, tiga lelaki berusia 33, 22 dan 28 didakwa pada akhir Mac lalu berhubung kematian Chong.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengarruh, Ammar Ahyan baru-baru ini meraih perhatian di media sosial apabila menerima sebuah kejutan istimewa daripada ibu bapanya.
Anak sulung kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida itu bukan sekadar menghadiahkan anak sulung mereka itu dengan hadiah harian biasa tetapi ia berbentuk sebuah kereta mewah berjenama Porsche 718 Cayman.
Menerusi satu perkongsian di Tiktok dan Instagram milik Datin Nur Shahida, beliau berkongsi detik manis itu sambil menjelaskan bahawa pemberian tersebut merupakan tanda penghargaan buat anak sulung mereka yang kini semakin dewasa dan sudah memiliki lesen memandu.
“Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Iyalah dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej. Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kredit foto: IG Datin Nur ShahidaKredit foto: IG Datin Nur Shahida
Menurut Datin Nur Shahida, mereka sengaja merahsiakan ketibaan kereta berkenaan bagi memberikan kejutan kepada Ammar.
“Patut sampai awal kereta ni tapi ada delay sedikit. Jadi, Mama dengan Papa tahu hari ini sampai tapi sebab nak surprise kan Ammar kita rahsiakan. Nampak dia terkejut gila ya bila nampak kereta baru dia. InsyaAllah ada rezeki untuk anak-anak mama yang lain bila sampai masanya,” jelasnya lagi.
Dalam video yang sama, Datin Nur Shahida juga sempat berseloroh mengenai reaksi Ammar ketika menerima hadiah tersebut.
“So Ammar Ahyan happy sebab pagi tadi dia macam dah ‘ala Mama aduh’ dia dah macam tu kan tapi akhirnya dapat juga kereta, saja je nak prank Ammar Ahyan,” katanya sambil ketawa.
Kredit foto: IG Datin Nur ShahidaKredit foto: IG Datin Nur Shahida
Sementara itu, Datuk Seri Aliff Syukri turut menzahirkan rasa bangga dengan anak sulungnya itu dan menegaskan bahawa segala usaha yang dilakukan adalah demi kesejahteraan anak-anak.
“Kita cari duit, apa yang Abah buat ini untuk anak-anak Abah,” ujar beliau ringkas.
Datin Nur Shahida turut menambah, rezeki yang mereka peroleh juga turut dikongsi bersama anak-anak sambil berharap agar mereka kelak turut membantu dalam perniagaan keluarga.
“Sebenarnya ada rezeki anak-anak kat sini juga, jadi kita harap anak-anak pun tolong kita meniaga, nanti masing-masing pun ada juga manisnya nanti,” katanya.
Kredit foto: IG Datin Nur Shahida
Di akhir perkongsiannya, Datin Nur Shahida turut menitipkan pesanan bermakna buat Ammar agar tidak lalai dengan nikmat yang diterima dan sempat mengingatkan puteranya itu untuk tidak riak dan sentiasa tunduk ke bumi.
“Ingat, Allah boleh tarik rezeki bila-bila masa je jika hambanya tidak bersyukur,” tambahnya.
Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Agak geli dan menjijikkan! Namun ini realitinya, demi ‘mengisi’ perut Geng Plastik Hitam, peniaga sanggup sorokkan nasi dan lauk-pauk dalam tandas dan mesin basuh.
Seorang peniaga yang disyaki melakukan kegiatan jual beli kepada orang tidak berpuasa dalam operasi di Tangok, Bachok, Kelantan didapati menyorokkan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais telah dirampas.
Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof, berkata, pihaknya memberi amaran kepada peniaga tersebut iaitu seorang wanita berusia 40-an yang juga pemilik rumah berkenaan.
Operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah itu menjual makanan dan minuman kepada ‘geng plastik hitam’.
“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas.
“Selain itu, kita juga menemukan teh O ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.
“Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut memberi nasihat kepada peniaga berkenaan agar tidak menjual makanan kepada individu tidak berpuasa.
Selain wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang. Wanita itu juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, lagu Negaraku dengan gahnya telah berkumandang di Litar Catalunya, Sepanyol setelah pelumba negara, Syarifuddin Azman berjaya muncul sebagai juara perlumbaan pertama Moto 3 Kejohanan FIM Repsol 2021.
Biarpun Syarifuddin, 19 memulakan perlumabaan di petak ke-10, dia berjaya berada dalam kalangan kelompok hadapan sebelum menamatkan perlumbaan dengan mencatatkan masa 29 minit, 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.7 kilometer.
Pelumba remaja itu sekaligus berjaya menewaskan pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez yang sekadar berpuas hati di tangga kedua.
Biarpun kurang bernasib baik di perlumbaan kedua selepas tersingkir pada pusingan ke-11, kejayaan perlumbaan pertama itu telah membantu Syarifuddin untuk mengumpul 25 mata dan kini menduduki tangga ke-10 secara keseluruhan dengan kutipan 31 mata.
Tahniah Syarifuddin!
Namun, apa yang menarik mengenai momen tersebut adalah apabila video kemenangannya di podium tular di aplikasi TikTok.
Setelah tamat acara pemberian trofi kepada para pemenang, sudah menjadi tradisi untuk pelumba membuka botol arak lalu disimbah ke rakan mereka yang berdiri bersebelahan.
Namun, Syarifuddin ternyata sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan agama Islam dan dilihat berusaha mengelak dirinya daripada disembur oleh David dan pemenang tempat ketiga, Jose Antonio Rueda Ruiz.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @uhjourney, Syarifuddin yang lebih mesra dengan panggilan Damok berlari meninggalkan podium menuju ke sudut sisi balkoni sementara menunggu dua lagi orang pelumba itu menyelesaikan tradisi tersebut.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.