Pemilihan 30 finalis pertandingan ratu cantik Miss Universe Thailand (MUT) yang berlangsung hujung minggu lalu bertukar dramatik setelah berlakunya pertukaran peserta.
Terdahulu, organisasi MUT telahpun melangsungkan pusingan uji bakat melibatkan 45 peserta. Menerusinya, mereka hanya memilih 30 peserta untuk dijadikan sebagai finalis akhir. Pusingan tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.
Di bahagian panel jurinya pula, ia terdiri daripada kelompok profesional serta empat bekas juara MUT termasuklah Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020), Maria Poonlertlarp (MUT 2017) dan Chalita Suansane (MUT 2016).
Lalu, 30 finalis yang dipilih bagi edisi MUT 2022 ini diyakini bijak, mempunyai skil komunikasi yang baik dan mampu ‘beraksi’ di bawah tekanan.
Begitupun, peminat dunia ratu cantik dikejutkan dengan ketiadaan salah seorang peserta kegemaran mereka yang gagal meloloskan diri ke kelompok Top 30. Peserta dimaksudkan ialah ‘First’ Patraporn Wang yang merupakan juara Miss Intercontinental 2014 dan pernah melayakkan diri sebagai finalis Top 5 Miss Universe Thailand 2019.
‘First’ Patraporn Wang. Foto : InstagramPatraporn sewaktu menyertai Miss Universe Thailand 2019. Foto : InstagramPatroporn merupakan salah seorang gadis dunia ratu cantik yang sentiasa komited menyokong rakan-rakan peserta lain dalam apa jua pertandingan ratu cantik di Thailand. Foto : InstagramPatraporn sewaktu berada di Kuala Lumpur untuk pertandingan Miss Intercontinental Malaysia sebagai jemputan khas. Foto : Instagram
Biarpun kegagalan Patraporn menyertai kelompok Top 30 ini mencetuskan perdebatan, jelas gadis berketinggian 180cm ini agak cemas semasa berdepan pusingan uji bakat yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube MUT itu.
Ads
Menurut penonton dari Thailand lagi, Patraporn turut melakukan kesilapan mendedahkan namanya sewaktu berada di belakang tirai; peraturan yang diberikan organisasi adalah untuk menjawab tanpa mendedahkan identiti diri agar juri boleh menilai kecerdasan pemikiran peserta dan mengenepikan rupa fizikal terlebih dahulu.
Patraporn menerusi akaun Instagram-nya meluahkan kesedihan dek kerana impiannya yang berkecai di peringkat awal. Namun, dia segera menerima nasibnya ini malah kelihatan telah ‘move on’ dengan melibatkan diri dalam sebuah projek berasaskan kecantikan.
Patraporn tidak dapat menyembunyikan rasa sedih sewaktu diumumkan tidak layak menyertai Top 30 Miss Universe Thailand 2022. Foto : Instagram
Tidak sampai sehari keputusan Top 30 diumumkan, MUT kembali dengan kejutan dan mengumumkan peserta bernombor MUT06 yang dikenali sebagai Kanokwan Chusuk terpaksa disingkirkan disebabkan statusnya sebagai seorang guru. Sebagai info, Thailand menerapkan satu peraturan sejak tahun 1961 di mana seorang guru tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik.
(Dari Kiri) Patraporn Wang diserap masuk manakala Kanokwan Chusuk ditarik semula kelayakannya.
Justeru lewat malam tadi, Patroporn diumumkan sebagai peserta MUT31 dan diserap masuk untuk mengenapkan jumlah finalis menjadi 30 orang.
Tinjauan REMAJA pada bahagian komen dan halaman pencinta dunia ratu cantik mendapati tidak semua orang bersetuju dengan penyerapan semula ini.
Mereka mempersoalkan mengapa identiti Kanokwan Chusuk tidak dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sesi uji bakat. Malah, ada juga inginkan kepastian sama ada Patraporn Wang benar-benar menduduki tangga peserta ke-31 terbaik ataupun ini sekadar stun publisti semata. DRAMA!
Ads
Biarpun begitu, masih ramai menyokong penyerapan Patraporn ini kerana beranggapan gadis tersebut mampu mengubah landskap dunia ratu cantik di Thailand.
Berbekalkan pengalaman, skil persembahan di atas pentas dan kecantikan yang dimilikinya, tidak dinafikan Patraporn kini membayangi kehadiran 29 finalis MUT 2022 yang lain dan tidak mustahil juga untuknya menebus kekecewaan awal ini dengan memenangi gelaran Miss Universe Thailand 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasalah bila dah teruk sangat perlu bekerja atau belajar melebihi tengah malam, mulalah linggkaran gelap bawah mata ataupun dark circles mulai mengancam!
Selain daripada kurang tidur, dark circles juga boleh berpunca daripada faktor lain seperti stres dan gaya hidup tak sihat.
Namun, jenis dark circles rupanya berbeza antara satu sama lain. Malah, cara merawatnya pun ada perbezaannya. Cer tengok kalau korang hadapi masalah yang mana.
Warna Keunguan
Ia selalu berlaku kepada mereka yang berkulit cerah. Disebabkan faktor genetik itu, pembuluh darah di bahagian mata ‘menyerlahkan’ lagi dark circles jika mata tak mendapat rehat yang cukup.
Warna Kebiruan
Korang mesti berdepan masalah warna kebiruan ini jika kekurangan tidur. Ini kerana darah tak berjalan dengan lancar kebahagian mata.
Lebih teruk jika bahagian putih pada mata mulai bertukar kemerahan. Solusinya, ‘qada’ tidur! Dan jaga pola tidur korang agar kembali stabil.
Warna kecoklatan
Busted! Korang selalu merasa gatal pada bahagian mata dan mengesat mata dengan kasar.
Seperti masalah kulit kepala, bahagian mata merasa gatal mungkin kerana faktor kekeringan kulit. Untuk mengelak ia dari berterusan, sapukan eye cream atau pakai eye mask pada setiap malam. Produk tersebut boleh memberi lembapan lebih pada mata.
Selain itu, perbanyakan makanan dengan kandungan mineral dan vitamin. Kurangkan makanan yang berminyak okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes sekumpulan remaja yang membakar sekolah Tahfiz baru-baru ini membuka mata masyarakat kepada bahaya pengaruh dadah dan masalah sosial di negara ini. Sedang isu ini hangat diperkatakan, polis Butterworth pula telah menyerbu sebuah parti dadah private dan menahan 26 individu yang hampir kesemuanya remaja berusia 15-19 tahun.
High Ketika Parti Diserbu
Ketika serbuan jam 11 pagi itu dilakukan, semua pengunjung parti kelihatan masih dalam keadaan khayal. Kesemua yang ditahan turut positif ujian ketamine, dan sesetengahnya turut positif methamphetamine. Mereka dikatakan telah membeli ‘pek parti’ yang berisi pil Erimin 5 dan Ketamine untuk pesta satu malam di sebuah unit homestay itu.
Kebanyakan remaja yang ditahan merupakan pelajar sekolah menengah berhampiran, dua ialah pelajar kolej vokasional, manakala yang lain-lain majoritinya tidak bekerja.
Penganjur Remaja 21 Tahun, Guna Sosial Media
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Abdul Hamid berkata, polis telah merampas 0.81g pil Erimin 5, 1.5g ketamine, dan 0.39g dadah yang tidak dikenalpasti berserta penyedut minuman dan alatan lain di lokasi berkenaan.
Menurutnya lagi, penganjur parti dadah tersebut merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun yang berkolaborasi dengan seorang mekanik berusia 20 tahun. Mekanik tersebut telah bertemu dengan pengedar dadah bergelar ‘Boss’ di Juru Auto City untuk membeli dadah beberapa jam sebelum parti.
Parti rahsia itu dianjurkan dengan mudah melalui media sosial, dan kumpulan yang menggelar diri mereka Group Goyang Yuk itu dikatakan sudah beberapa kali mengadakan parti serupa.
Kesemua 26 yang ditahan direman selama 4 hari dan disiasat atas kesalahan memiliki dadah terlarang di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pesanan kami dari Team REMAJA, hargailah kehidupan dan masa depan korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya bila kita menyentuh soal pemakaian atau penggunaan kanta lekap, pastinya lebih cenderung kepada pengguna yang sudah dewasa. Tapi tahukah anda bahawa kanak-kanak dan remaja juga boleh menggunakannya dengan selamat?
Dengan menggunakan kaedah yang betul serta tip yang diberikan oleh optometrist, golongan kanak-kanak dan remaja boleh menggunakan kanta lekap dalam kegiatan harian terutamanya untuk pembelajaran di dalam kelas.
Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 4 juta pengguna di bawah umur 18 tahun menggunakan kanta lekap secara harian. Secara fizikalnya, mata kanak-kanak bertoleransi dengan kanta lekap pada usia muda. Malah ada sesetengah kes melibatkan bayi menggunakannya disebabkan kondisi congenital cataracts yang berlaku ketika lahir.
Menurut Association of Malaysian Optometrist (AMO) yang turut melancarkan National Eye Health Awareness Campaign (NEHA) 2017 semalam, ramai kanak-kanak di Malaysia menggunakan kanta lekap pada usia antara 15 hingga 16 tahun. Malah, ada juga yang mula menggunakan lebih awal jika mereka mampu mengendalikan penggunaan dengan cara yang betul. Apakah yang perlu dilakukan sebelum mereka mula menggunakan kanta lekap?
Jumpa optometrist untuk dapatkan pemeriksaan secara komprehensif
a. bagi memastikan keadaan mata sihat dan sesuai untuk menggunakan kanta lekap
b. preskripsi kanta lengkapyang betul akan diberikan oleh optometrist
c. memberikan kanta lekap yang bersaiz sesuai dengan mata
Bagaimana pula dengan kriteria kanta lekap yang baik untuk digunakan oleh kanak-kanak dan remaja?
a. Kanta lekap pakai buang secara harian merupakan pilihan yang paling baik dan menyihatkan. Ia akan dibuang selepas seharian digunakan atau sebelum tidur.
b. Material kanta lekap yang breathable. Seperti kesemua tissu yang lain, mata juga memerlukan oksigen bagi mematikan ia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kanta lekap yang breathable membenarkan oksigen memasuki menerusinya supaya mata kekal sihat.
c. Permukaan yang lembut dan licin. Ini agar mata berasa lebih selesa, apatah lagi untuk kegunaan sepanjang hari.
Tip Menggunakan Kanta Lekap
*ketahui lebih lanjut tentang penggunaan kanta lekap untuk kanak dan remaja di laman web AMO, www.amoptom.org atau boleh hubungi 011-2610 2040
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.