
Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan pelakon dan ratu cantik, Shweta Sekhon apabila sanggup menurunkan hampir 6 kilogram demi menjayakan watak Dr Malini dalam filem adiwira, Keluang Man.
Wanita yang pernah menggalas gelaran Miss World Malaysia 2016 dan Miss Universe Malaysia 2019 itu akui, peluang ini adalah tiket penting untuk menapak kukuh dalam industri lakonan tempatan.
Sepanjang tempoh tiga bulan persiapan, Shweta benar-benar menjaga pemakanan dengan ketat selain aktif bersenam menerusi rutin gimnasium, yoga dan pilates.
BACA: Shweta Sekhon Belajar Semula Bahasa Punjabi Demi Keluang Man -“Saya Lagi Fasih Berbahasa Melayu…”
“Dalam tempoh tiga bulan saya berjaya turunkan berat badan sehingga hampir enam kg, malah masih lagi menjaga makan sepanjang penggambaran,” katanya lagi.
Yang menarik, dia bukanlah satu-satunya pelakon yang jaga makan di set. Menurutnya, suasana di set Keluang Man sangat positif dan semua pelakon seakan ‘satu keluarga’ yang saling menjaga disiplin.
Ratu cantik berasal dari
Kuala Lumpur itu turut menyatakan keterujaannya beraksi dalam filem Melayu buat pertama kali.Filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nas, Datuk Rosyam Nor, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal
dan ramai lagi.Shweta yang berketurunan Punjabi sebelum ini aktif dalam dunia peragaan dan pernah mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2019 di Atlanta, Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.