Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan pelakon dan ratu cantik, Shweta Sekhon apabila sanggup menurunkan hampir 6 kilogram demi menjayakan watak Dr Malini dalam filem adiwira, Keluang Man.
Wanita yang pernah menggalas gelaran Miss World Malaysia 2016 dan Miss Universe Malaysia 2019 itu akui, peluang ini adalah tiket penting untuk menapak kukuh dalam industri lakonan tempatan.
“Saya perlu melalui sesi uji bakat berkali-kali dan prosesnya tak mudah.
“Apabila ambil saya dan minta turunkan berat badan kerana nak rahang kelihatan, saya turuti kehendak kerana laluan saya bukan mudah untuk jadi Dr Malini,” jelas Shweta.
Sepanjang tempoh tiga bulan persiapan, Shweta benar-benar menjaga pemakanan dengan ketat selain aktif bersenam menerusi rutin gimnasium, yoga dan pilates.
“Dalam tempoh tiga bulan saya berjaya turunkan berat badan sehingga hampir enam kg, malah masih lagi menjaga makan sepanjang penggambaran,” katanya lagi.
Ads
Yang menarik, dia bukanlah satu-satunya pelakon yang jaga makan di set. Menurutnya, suasana di set Keluang Man sangat positif dan semua pelakon seakan ‘satu keluarga’ yang saling menjaga disiplin.
“Kami sudah seperti keluarga, semua orang dalam set ini memang jaga makan. Jadi, produksi tak perlu susah-susah sediakan makanan yang banyak,” tambahnya.
Ratu cantik berasal dari Kuala Lumpur itu turut menyatakan keterujaannya beraksi dalam filem Melayu buat pertama kali.
Ads
“Saya pernah bintangi beberapa drama, tapi ini kali pertama saya berlakon dalam filem Melayu.
“Saya sangat berharap dapat cipta nama dalam industri filem dan drama Melayu, tapi saya perlu perbaiki penguasaan bahasa Melayu agar dapat diterima,” tuturnya lagi.
Filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nas, Datuk Rosyam Nor, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan ramai lagi.
Shweta yang berketurunan Punjabi sebelum ini aktif dalam dunia peragaan dan pernah mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2019 di Atlanta, Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai buat kali kedua selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Aktor berusia 42 tahun itu, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Selepas prosiding, Farid dilihat tenang dan menerima perpisahan ini dengan hati terbuka.
Terdahulu, pasangan ini pertama kali bercerai pada 10 Ogos tahun lalu, namun mereka kembali rujuk selepas 21 hari. Diana kemudiannya memfailkan permohonan cerai buat kali kedua pada 4 November.
Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah buat pelakon Rashidi Ishak & isteri tercinta…
Selepas empat tahun hidup solo, bintang berkaliber, Rashidi Ishak dikhabarkan telah menamatkan zaman duda dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wan Hasliza Wan Zainuddin, hari ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan penerbit, Saiful Zahairie Zainuddin menerusi platform Facebook miliknya, sebentar tadi.
“Alhamdulillah. 2.2 2023. Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak. Semoga bahagia ke akhir hayat,” coret Saiful ringkas menerusi sebuah kapsyen.
Pada perkongsian itu, Saiful memuat naik foto Rashidi mengenakan baju Melayu berona putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu berbaju kebaya serba putih juga.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan mereka bahagia hingga ke Jannah Allah.
Pelakon drama popular Kampung People itu bagaimanapun belum mendedahkan lagi berita baik itu kepada umum.
Sekadar infornmasi, Rashidi sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama aktres popular, Vanidah Imran pada tanggal 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika yang masing berusia 21 dan 18 tahun.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun melayari alam berumah tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah hype dan promosi meluas oleh pengamal media antarabangsa, kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink akhirnya menjayakan konsert atas talian pertama mereka pada tengah hari tadi.
Konsert yang digelar ‘The Show’ ini seharusnya menemui peminat pada bulan Disember lalu. Namun disebabkan oleh beberapa insiden kes positif COVID-19 yang membelengu acara hiburan di Korea, label Blackpink iaitu YG Entertainment mengambil keputusan untuk menunda konsert tersebut sehingga ke hari ini.
Usai jam 1 tengah hari waktu Malaysia, para BLINKS sudahpun bersiap sedia di hadapan televisyen, komputer riba, tablet dan telefon pintar mereka untuk didendangkan dengan lagu popular, Kill This Love
..and we were already blown.
Seperti yang ramai jangkakan, YG tidak ‘lokek’ untuk berbelanja dalam bab persediaan mana-mana konsert kumpulan dii bawah labelnya.
Sebaik saja lagu kedua (Crazy Over You) dan ketiga (How You Like That – that dance number though, hot!) dipersembahkan, penulis sudah dapat mengagak bahawa konsert atas talian ini akan berjalan pantas.
Ya, adalah momen di mana Blackpink berinteraksi bersama penonton, Lisa mengucapkan hi kepada ibu bapanya di Thailand, keempat-empat ahlinya mengingati semula konsert pertama yang mereka jayakan pada tahun 2018 dan beberapa lagi momen interaksi.
Namun, hampir 90 peratus intipati The Show memfokuskan kepada persembahan Blackpink. But hey, that is what we came for, right? Cumanya, penonton sedikit ‘semput’ dengan persembahan back-to-back mereka.
Blackpink meneruskan rentak cemerlang dengan lagu-lagu popular seperti Playing With Fire, Lovesick Girls, Sour Candy (OMG thank you set designer) sehinggalah ke beberapa persembahan kegemaran penulis seperti Pretty Savage dan Love You To Hate Me.
Bahagian rap Lisa menerusi Love You To Hate Me misalnya masih menjadi salah satu muat naik popular yang tular di media sosial. She just perfected it with that eye rolls at the end.
Sudah tentu, BLINKs ternanti-nantikan persembahan solo ahli Blackpink. Di sinilah momen di mana masing-masing selesa untuk ‘menjadi diri sendiri’ dan benar-benar menguasai kreativiti serta identiti diri selaku penghibur.
Penulis harus mengucapkan tahniah kepada Jennie sebaik saja penghibur berusia 25 tahun menamatkan persembahan SOLO, hari ini
I literally stood up and gave her an applause. Ini merupakan persembahan terbaik SOLO yang pernah Jennie jayakan selain daripada di Coachella 2019. She just had fun with the rap addition dan apabila seorang penghibur berada dalam elemennya tersendiri, tiada apa yang dapat menghentikannya.
Sudah tentu, kita semua menghargai momen Lisa yang menari sambil menyanyikan lagu Say So nyanyian original Doja Cat. Dia mengingatkan penulis kepada ahli Wonder Girls dengan kostum tersebut. Sementara itu, Jisoo berjaya menonjolkan emosinya sebagai seorang vokalis (dan pelakon) menerusi lagu nyanyian Tove Lo, Habits.
Tumpuan penuh terarah kepada Rosé apabila buat pertama kalinya, single solo pertamanya berjudul GONE akan didengarkan kepada BLINKs di seluruh dunia. And what a beautiful moment that was.
Blackpink menyudahkan konsert The Show dengan lagu-lagu kegemaran ramai, Ddu DU Ddu Du, Whistle, Bombayah dan Forever Young.
Jadi persoalannya, adakah konsert atas talian kali ini mencapai jangkaan luar biasa yang diletakkan pada bahu YG Entertainment dan Blackpink ataupun tidak?
Secara peribadinya, mereka amat memuaskan hati peminat dari aspek visual. Set pentas, klip video dan pakaian mereka menepati standard yang telah diletakkan YG selama ini.
Beberapa perubahan tempo, penambahan babak, bait nyanyian serta rap dan bahagian tarian ekstra amatlah kami hargai. Ia membuatkan Blackpink tampil segar walaupun mereka menyanyikan beberapa lagu yang telah berusia hampir 4 tahun.
Adakah penulis kecewa apabila mendapati Ice Cream dan Bet You Wanna tidak dimasukkan ke dalam senarai trek persembahan hari ini? Ya. Lebih-lebih lagi lagu Bet You Wanna. Ia merupakan salah satu daripada lagu kegemaran ramai daripada album penuh tersebut. Seperkara lagi, penulis sebenarnya amat mengharapkan agar trek Love You To Hate Me dikekalkan seperti ritma asal.
BAGAIMANAPUN, kesemua itu tidak sama sekali merencatkan sejam tontonan The Show.
Kesimpulannya, ia merupakan sebuah konsert atas talian yang padu. Blackpink telah membuktikan bahawa mereka bukanlah grup perempuan yang hanya bergantung harap kepada populariti, dunia glamor, pakaian berjenama dan hype picisan.
Mereka telah mengotakan jangkaan menggunung para peminat dan jujur, I think they have exceeded our expectation this time around.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.