Musim pertandingan ratu cantik ataupun pageant nyata sedang melanda dunia.
Ini berikutan dua buah pertandingan mega yang sedang berlangsung pada waktu yang sama. Miss Universe 2019 bakal menobatkan juaranya pada 8 Disember ini di Atlanta, Amerika Syarikat. Manakala, acara akhir Miss World 2019 pula akan dilangsungkan pada 14 Disember kelak di United Kingdom.
Jauhnya wakil Malaysia pula 'terbang' untuk membawa nama negara!
Sebagai penyokong, apa kata kita pastikan perjalanan mereka itu berbaloi dengan memberi undian kepada Shweta Sekhon dan Alexis SueAnn
.
.
.
Undian bagi peserta Miss Universe 2019 telahpun dibuka bermula 2 hari lalu. Korang boleh tunjukkan sokongan kepada wakil Malaysia dengan melayari laman web missuniverse.com, scroll dan klik pada profil Shweta Sekhon.
Peserta yang menerima undian terakhir peminat akan mara ke peringkat Top 20 pada malam finale Miss Universe secara automatik. Undian pula akan berakhir pada Jumaat, 11.59 pm waktu Atlanta USA (sekitar jam 1 tengah hari Sabtu, waktu Malaysia).
Ads
Mungkin kali ini, wakil dari Malaysia akan mara ke peringkat Top 20 Miss Universe setelah kita gagal menembusi carta itu untuk tempoh yang cukup lama.
*
Seorang lagi wakil Malaysia yang tak kurang cantik, bijak dan berbakat juga kini sedang berjuang di pentas ratu cantiknya.
Ads
Dia ialah Alexis SueAnn yang sedang bertarung untuk pertandingan Miss World 2019yang sedang berlangsung di London, United Kingdom.
Berbanding Miss Universe yang hanya akan memilih 20 orang finalis akhir, Miss World menempatkan carta Top 40 dan salah satu cara mereka mara adalah menerusi undian ini.
Ads
Untuk mengundi, layari laman web Miss World, scroll dan klik pada profil Alexis SueAnn. Buat masa ini, Alexis nyata sedang menerima sokongan padu rakyat Malaysia. Dengan bantuan korang, gadis berketinggian 175sm ini mempunyai peluang cerah untuk mengharumkan nama negara.
*
Untuk melihat persiapan gaun & kostum tradisional milik Shweta Sekhon, klik pautan di bawah:
Jujurnya, trend pencuci mulut ataupun desert di Malaysia ini bagaikan putaran roda.
Kadangkala, ia ada kemudian tidak lagi diperkenalkan. Ada juga restoran yang memperkenalkan desert tertentu hanya sekali setahun.
Selain itu, penulis juga perasan ada putaran trend perisa di kalangan francais. Sebaik saja satu perisa popular ditamatkan oleh satu francais, sebuah lagi francais akan mengeluarkan perisa yang seakan sama kerana ia diminati oleh pembeli di Malaysia.
Contohnya, jika sebelum ini Family Mart mengeluarkan aiskrim Sea Salt Sofuto, kini tiba giliran McDonald’s pula untuk memperkenalkan desert berperisa sea salt versi mereka.
Ia merupakan perisa terbaru untuk McFlurry dan mempunyai campuran aiskrim vanila bersama rasa sea salt di dalamnya.
Sea Salt Sofuto oleh Family Mart.
Seperti yang dikomen oleh netizen di Facebook McDonald’s, ini adalah peluang kedua untuk korang merasai keunikan desert berperisa sea salt setelah ia sukar untuk didapati di Family Mart Malaysia.
Sedikit manis, sedikit masin daripada campuran garam laut itu memang menjadikan kombinasi ini sebagai sesuatu yang menyegarkan.
Sea Salt McFlurry.
Lebih menarik, Sea Salt McFlurry ini juga cukup Instagrammable dengan warna biru dan ungu ‘sprinkles’ yang ditaburkan di atasnya.
Haihh tengok je gambar sudah membuatkan penulis jealous dengan mereka yang telah merasainya bermula hari ini.
Hanya pada harga RM7.00 korang boleh mendapatkannya secara McDelivery, pandu laju ataupun takeaway dari restoran.
Tapi ingat, ia tidak dihidangkan dengan gelas kaca seperti di dalam poster tau! Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang jurugambar luar negara telah berjaya mengambil gambar kawah bulan dengan menggabungkan fasa menjadi satu gambar.
Andrew McCarthy mengumpulkan ribuan gambar fasa-fasa bulan tersebut untuk menunjukkan permukaan dengan lebih jelas dan luar biasa. Dia mengambil gambar di terminal bulan, garis di antara cahaya dan gelap bulan untuk memberi clarity dan kontras.
Menurut jurugambar itu lagi, dalam masa dua minggu, dia mengambil bahagian gambar yang mempunyai kontras paling banyak (tepat sebelum pergerakan bulan berhenti di mana bayang-banyang menjadi panjang), sejajar dan digabungkan bagi menunjukkan tekstur yang luar biasa di seluruh permukaan bulan.
Proses ini agak sedikit memenatkan kerana kedudukan bulan tidak berbaris dari hari ke hari, jadi setiap gambar harus dipetakan dalam bentuk 3D dan perlu disesuaikan untuk memastikan setiap gambar sejajar.
Hasil gambar ini diambil menggunakan ASI1600MM dan edgeHD 800.
Jom kita lihat hasil gambar permukaan bulan dengan jelas daripada Andrew McCarthy.
Benarlah pepatah “cantik laksana bulan” tu dah tak boleh pakai sebab permukaan sebenar bulan adalah penuh dengan kawah. Hiks!
Walau bagaimanapun, hasil gambar ini memang sangat menggagumkan.
Melihat anak memegang segulung ijazah adalah satu hadiah buat ibu bapa, namun begitu bukan semua ibu bapa dapat merasai nikmat tersebut pada hari graduasi. Ajal maut di tangan tuhan, kerana Allah lebih menyayanginya, anak ini dijemput ilahi lebih awal daripada orang tuanya.
Detik sebak itu dilalui oleh penyanyi yang popular dengan lagu ‘Di Persimpangan Dilema’, Datuk Nora Ariffin sewaktu hari konvokesyen. Dia merakam detik si ibu yang menggantikan tempat arwah anaknya mengambil sijil sambil menahan sebak.
Beliau mewakili arwah anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan menerima skrol diploma di Majlis Konvoskesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 baru-baru ini.
Melalui satu hantaran yang dikongsi di Instagram, Nora seisi keluarga berasa bangga dan gembira dengan pencapaian arwah Alif Johan.
ARWAH SEMPAT MENGHABISKAN PENGAJIANNYA DI PERINGKAT DIPLOMA DALAM JURUSAN DIPLOMA PERFILEMAN DI FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI DI UITM CAWANGAN PUNCAK PERDANA, SELANGOR SEBELUM KEMBALI MENEMUI PENCIPTA-NYA.
“Ini untuk Alif. Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah. Tahniah. Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UiTM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayatnya. Terima kasih UiTM. Moga legasi arwah dapat diteruskan,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.
Menerusi video yang dikongsikan laman Facebook Universiti Teknologi Mara, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkongsi serba sedikit tentang perihal arwah anaknya itu.
Menurut Nora, Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana. Meskipun berasa sedih kerana arwah tidak ada bersama semasa momen bersejarah tersebut, Nora berkata kejayaan Alif adalah pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam bidang pelajaran.
Di samping itu, Nora turut memberitahu bahawa arwah seorang yang sangat rajin dan banyak mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantunya dalam menghasilkan video. Sebagai ibu, Nora reda dengan pemergian Alif.
Perkongsian Nora menerusi Instagram mendapat respon dalam kalangan warga maya. Ramai yang menzahirkan kegembiraan atas kejayaan Allahyarham dan dalam masa sama berkongsi rasa sayu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!