Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran Dakwa Diri Dicabul Oleh Sami Sewaktu Di Rumah Ibadat

Share

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang sami warganegara India yang dipercayai mencabul bekas ratu cantik Miss Grand Malaysia 2021 yang juga merupakan pelakon tempatan, Lishalliny Kanaran di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Pihak polis daerah Sepang semalam mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa yang berusia 27 tahun sekitar jam 8.15 malam pada 4 Julai lalu.

Pelakon dan Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran.

Menerusi akaun media sosial Instagram, Lishalliny memberanikan diri untuk membuat pendedahan mengenai kejadian berkenaan yang telah menganggu pemikiran.

Menurutnya yang mesra dengan panggilan Lisha, kejadian berlaku pada 21 Jun lalu ketika dia berkunjung ke kuil berkenaan seorang diri tanpa ibu yang selalu menjadi peneman ke sana. Mengakui dirinya kini secara perlahan-lahan baru ingin mendekati semula agamanya, insiden ini nyata merobek niat ikhlasnya itu.

Mangsa mendakwa dirinya dipelawa oleh suspek ke pejabatnya di kuil tersebut sebelum lelaki itu merenjiskan air sembahyang ke wajah dan memintanya menanggalkan baju sut Punjabinya.

Setelah Lisha enggan berbuat sedemikian, suspek yang merupakan sami sementara di kuil itu bertindak memasukkan tangannya ke dalam pakaian mangsa untuk mencabulnya sambil mendakwa tindakannya adalah satu bentuk restu kerana dirinya berkhidmat untuk Tuhan.

“Suspek memegang kepala saya dan terus berbisik (ayat-ayat suci)… kemudian tanpa amaran, dia terus memasukkan tangannya ke dalam blaus saya, ke dalam coli saya dan mula mencabul secara tidak senonoh.

“Satu-satu tempat yang saya fikir akan mendapatkan saya ketenangan, satu-satunya tempat di mana saya ingin bina pertalian dengan kuasa yang lebih hebat – di situlah ia berlaku. Di sebuah kuil,” katanya dalam nada kesal.

BACA: Lishalliny Kanaran Banggakan Negara Terpilih Top 20 Miss Grand International 2021 – Remaja

BACA: Ratu Cantik Malaysia Angkut ‘7 Puteri’ Ulek Mayang Di Miss Grand International 2021 – Remaja

Kes kini disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun, denda dan sebatan.

Pendedahan tersebut dilakukan Lisha setelah berdepan dengan episod trauma dalam kehidupannya sejak Jun lalu. Katanya lagi, dia memendamkan isu tersebut selama dua minggu sebelum akhirnya memberitahu ibunya pada 4 Julai lalu setelah ibunya pulang dari luar negara.

“Pendedahan ini amat sukar untuk saya lakukan, sekarang baru saya mendapat kekuatan untuk menjelaskan mengapa.

“Kami difahamkan, ada orang lain yang pernah membuat laporan mengenai suspek sebelum ini tetapi tiada tindakan diambil,” kata Lisha.

Dia dan keluargannya kemudia mendapati sami berkenaan telahpun meninggalkan kuil sewaktu mereka ke sana untuk menemuinya.

Tinjauan REMAJA pada ruang komen Lisha mendapati rakan-rakannya yang terdiri daripada bekas ratu cantik tanah air turut bersimpati dengan kejadian yang menimpannya itu dan berharap agar Lisha terus bertambah serta kembali positif seperti dahulu kala.

Saya benar-benar terkilan kamu perlu melalui semua itu. Tolong beritahu kami sekiranya kamu memerlukan seseorang untuk berada dengan kamu pada waktu ini. Kamu amat kuat.” – Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim.

OMG sukar untuk saya bayangkan betapa traumatiknya kejadian ini kepada kamu. Terima kasih kerana berkongsi mengenainya, kamu akan teruskan kehidupan sebagai seorang yang lebih kuat selepas ini.” – Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James.

Sukar untuk saya mempercayai pendedahan yang saya baca ini. Ini merupakan satu pengalaman yang mengerikan. Saya amat terkilan untuk kamu tetapi terima kasih kerana berkongsi mengenainya. Saya doakan kesejahteraan kamu.” – Miss World Malaysia 2022, Wenanita Angang.

Tiada siapa yang layak berdepan dengan insiden sebegini. Dan terima kasih keana memilih untuk bercakap dan berkongsi tentangnya.” – Miss Grand Malaysia 2022, Charissa Chong.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ