Aktivis alam sekitar terkenal dunia, Greta Thunberg, antara lebih 70 aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dibebaskan rejim Israel hari ini selepas beberapa hari ditahan di penjara negara itu.
Menurut laporan antarabangsa, kumpulan aktivis dari pelbagai negara itu akan diterbangkan ke Greece sebelum pulang ke negara masing-masing, termasuk aktivis dari Sweden, Perancis, Itali, Greece dan Sepanyol.
Dibebaskan Selepas Beberapa Hari Ditahan
Lapor Berita Harian, selepas hampir seminggu berada dalam tahanan tentera Israel, Greta Thunberg dan rakan-rakan aktivis akhirnya dijangka keluar dari Israel hari ini. Mereka merupakan sebahagian daripada 45 kapal flotilla yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, namun kapal mereka telah dipintas di perairan antarabangsa oleh pihak tentera Israel.
21 aktivis warga Sepanyol telah tiba di negara mereka semalam, manakala baki 70 individu lain dijadualkan diterbangkan ke Greece hari ini sebelum pulang ke negara masing-masing.
Kumpulan aktivis itu terdiri daripada 28 warga Perancis, 27 warga Greece, 15 warga Itali dan sembilan warga Sweden, termasuk Greta sendiri.
Ads
Disahkan Oleh Kerajaan Eropah
Kementerian Luar Itali dan Greece mengesahkan bahawa warga mereka yang terlibat akan diterbangkan dari Israel ke Athens, manakala Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, memaklumkan bahawa pihaknya akan membantu proses transit 15 rakyat Itali yang terlibat.
Dalam masa sama, Kementerian Luar Perancis turut mengesahkan bahawa 28 rakyatnya akan dihantar ke Greece, sebahagian besar daripada 30 warga Perancis yang ditahan oleh Israel.
Media Sweden pula melaporkan bahawa sembilan warganya — termasuk Greta Thunberg — dijangka tiba di Greece walaupun pihak kementerian negara itu masih belum mengesahkan lokasi akhir penerbangan mereka.
Ads
Masih Ada Yang Kekal Ditahan
Walaupun kebanyakan aktivis sudah dibebaskan, laporan turut menyebut bahawa 28 warga Sepanyol masih kekal ditahan di penjara Israel atas sebab yang belum didedahkan sepenuhnya. Beberapa organisasi hak asasi manusia kini menuntut penjelasan rasmi serta siasatan terhadap layanan kasar dan penahanan tanpa sebab kukuh yang berlaku sepanjang misi tersebut.
Misi GSF: Lambang Solidariti Dunia
Misi Global Sumud Flotilla (GSF) melibatkan lebih 45 kapal dari pelbagai negara dengan tujuan utama menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Namun, perjalanan mereka berakhir apabila tentera Israel bertindak memintas dan menahan kapal tersebut di perairan antarabangsa — tindakan yang mencetuskan kemarahan dan kecaman antarabangsa.
Walaupun begitu, pembebasan berperingkat aktivis hari ini memberi sedikit kelegaan kepada keluarga dan penyokong mereka di seluruh dunia yang menuntut keadilan serta hak kemanusiaan sejagat ditegakkan.
Ads
Keberanian Greta & Generasi Muda Dunia
Greta Thunberg bukan lagi sekadar ikon alam sekitar, tetapi kini menjadi simbol keberanian generasi muda dunia dalam menegakkan nilai kemanusiaan dan keadilan. Keputusannya untuk menyertai misi GSF membuktikan bahawa perjuangan anak muda hari ini tidak terbatas pada isu domestik, tetapi melangkaui sempadan — demi mereka yang tertindas.
Bagi remaja di Malaysia dan seluruh dunia, kisah ini menjadi inspirasi bahawa suara belia mampu menggoncang dunia, dan perubahan besar sering bermula daripada langkah kecil yang berani.
Dalam kejadian jam 9.07 pagi pada Ahad, pesawat Jeju Air 7C2216 yang membawa 181 orang penumpang dan kru teribat dalam nahas tergelincir dari landasan lalu merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan.
Pihak berkuasa di sana melaporkan 179 penumpang dan kru yang rata-rata merupakan warga Korea serta dua orang penumpang warganegara Thailand dianggap sudah terkorban setakat jam ini.
Manakala hanya dua orang mangsa yang terselamat. Kedua-dua mangsa wanita itu kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Mokpo.
Beberapa jam selepas nahas dilaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul petang tadi mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam pesawat Jeju Air berkenaan. Namun, pihak kedutaan akan terus memantau rapat insiden berkenaan.
“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yangg berada di dalam pesawat tesebut.
“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden ini, termasuk rakyat dan kerajaan Republik Korea,” catat kenyataan rasmi itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Begitupun, rakaman awal yang disiarkan oleh stesen TV tempatan menunjukkan pesawat Jeju Air tersebut cuba mendarat tanpa menggunakan gear pendaratan. Gear berkenaan dipercayai pihak berkuasa mengalami kerosakan disebabkan pelanggaran burung.
Ia kemudia tergelincir di atas tanah, merempuh tembok konkrit sebelum meletup dan terbakar. Akibat letupan tersebut, keseluruhan pesawat hampir musnah.
Nama Azhar Habib kini semakin meniti di bibir peminat sukan tanah air. Bintang muda Malaysia itu mencipta detik membanggakan apabila melonjak sebagai pemain nombor dua dunia kategori bawah 11 tahun, hasil kejayaan cemerlang di WTT Youth Contender Cappadocia 2026.
Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan reputasi Azhar Habib sebagai antara prospek paling cerah dalam arena pingpong antarabangsa.
Pada usia yang masih muda, beliau sudah menunjukkan tahap kematangan permainan yang jarang dimiliki pemain seusianya.
Kejuaraan WTT Youth Contender Cappadocia 2026
Dalam kejohanan berprestij yang menghimpunkan bakat muda terbaik dunia itu, Azhar membuktikan kelas sebenar apabila muncul juara kategori Bawah 11 Tahun (BU11) dengan persembahan penuh keyakinan dan kematangan di luar usia.
Sepanjang kejohanan, Azhar Habib mempamerkan konsistensi permainan yang tinggi, kawalan emosi yang baik serta kebolehan membaca corak permainan lawan dengan tepat. Faktor ini menjadi kelebihan utama beliau untuk melangkah jauh sehingga ke pentas final.
Pada aksi final, Azhar tampil dominan menewaskan wakil tuan rumah Turki, Ege Bolat, dengan keputusan straight set 3–0 (11–7, 11–9, 11–9).
Kemenangan tersebut bukan sahaja mencerminkan kelebihan teknikal Azhar, malah mempamerkan kekuatan mentalnya dalam perlawanan berintensiti tinggi.
Setiap set memperlihatkan kematangan taktikal Azhar Habib dalam mengawal tempo permainan, selain keupayaannya mengekalkan fokus walaupun bermain di hadapan penyokong lawan.
Namun, laluan ke pentas final bukan mudah. Di peringkat separuh akhir, Azhar berdepan cabaran sengit daripada pemain Iraq, Younus Ahmed, dalam perlawanan penuh debaran yang berlanjutan sehingga lima set.
Perlawanan tersebut menguji ketahanan fizikal dan mental Azhar Habib, namun beliau akhirnya berjaya mengatasi tekanan untuk menang 3–2, sekali gus mengesahkan tempat ke final dan membuktikan keupayaannya beraksi di bawah tekanan tinggi.
Lonjakan Ranking Dunia & Makna Besar Buat Malaysia
Kejayaan di Cappadocia ini melonjakkan Azhar ke ranking dunia No.2 BU11, satu pencapaian luar biasa bagi pemain seusia beliau dan bukti bahawa Malaysia masih memiliki bakat pingpong bertaraf dunia.
Kedudukan ranking ini bukan sekadar angka, sebaliknya menjadi petunjuk jelas bahawa program pembangunan bakat muda negara berada di landasan yang betul, terutamanya dalam melahirkan pemain pelapis berkualiti.
Lebih daripada sekadar pingat dan ranking, kejayaan ini memberi isyarat jelas bahawa Azhar Habib sedang berada di landasan tepat untuk menjadi aset penting sukan pingpong negara pada masa hadapan.
Dengan sokongan berterusan, pendedahan antarabangsa dan pembangunan yang betul, tidak mustahil nama Azhar Habib akan terus bersinar di pentas dunia dalam beberapa tahun akan datang, sekali gus mengharumkan nama Malaysia.
Tahniah Azhar Habib! Teruskan melakar sejarah dan membawa nama Malaysia ke puncak dunia. 🇲🇾👏
Sumber : Harimau Malaya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tokoh perniagaan terkemuka dan hartawan terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam baru-baru ini telah disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Khabar dukacita itu disahkan sendiri oleh syarikat pegangan pelaburannya, Usaha Tegas Sdn Bhd namun sebab kematian masih belum diumumkan.
“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024”
Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.
“Sifat filantropinya juga memberi kesan serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati,” jelas kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung pada ketika ini.
Berikut fakta mengenai Tan Sri Ananda Krishnan sepanjang hayat beliau:
Ananda atau nama penuhnya Tatparanandam Ananda Krishnan yang sering dirujuk sebagai ‘AK’ adalah antara individu terkaya di Malaysia dengan nilai bersih dianggarkan lebih AS$5 bilion.
Mendiang membina empayar yang pelbagai merangkumi telekomunikasi, media dan tenaga melalui syarikatnya, Usaha Tegas.
Perjalanannya dalam industri perniagaan bermula dengan usaha dalam perdagangan minyak, yang akhirnya berkembang menjadi pelaburan dalam teknologi dan media.
Antara pegangan kepentingannya termasuk dalam syarikat telekomunikasi Maxis, Astro Malaysia Holdings Bhd dan Bumi Armada Bhd. Mendiang juga melancarkan MEASAT, perintis industri satelit Malaysia.
Pada April lalu, Forbes menyenaraikan Ananda sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$5.1 bilion, selepas Robert Kuok dan Quek Leng Chan.
Tokoh yang dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur ini terkenal dengan sikap rendah dirinya.
Tan Sri Ananda merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari University of Melbourne.
Beliau juga pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Harvard Business School.
Mendiang komited dalam membantu kebajikan kemasyarakatan dengan melalui Yayasan Ananda Krishnan, mendiang memberi sumbangan besar kepada pendidikan, seni, sukan dan inisiatif kemanusiaan.
Beliau terkenal dengan sifat dermawan dengan memberikan biasiswa dan sokongan kepada individu yang memerlukan dan berdedikasi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Kami di Remaja mengucapkan salam takziah kepada keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.