Semangat untuk menyemai harapan dan mencipta kenangan indah buat kanakkanak dari komuniti terpinggir mendorong Miss World Malaysia 2024, Taanusiya Chetty, untuk menganjurkan satu lawatan istimewa ke Zoo Negara baru-baru ini.

Misi penuh makna ini merupakan sebahagian daripada projek Beauty With a Purpose (BWAP) komponen penting dalam pertandingan 73rd Miss World yang menekankan impak sosial oleh para peserta.

Kali ini, seramai 19 orang pelajar dari sebuah sekolah di Kepong dibawa menyertai program ini. Selain berpeluang mengenali lebih dekat pelbagai haiwan liar, mereka turut menikmati pengalaman pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan dan bermakna.

Misi Cipta Senyuman, Taanusiya Bawa Kanak-Kanak Kurang Kurang Bernasib Baik Ke Zoo Negara

Lebih manis, program ini turut melibatkan kerjasama Movement Dynamics dan tajaan daripada Kin Aesthetic. Anak-anak kecil ini juga diberi peluang menyertai aktiviti interaktif, menerima barangan keperluan harian serta menikmati makan tengah hari percuma.

Ads

Bagi Taanusiya, inisiatif ini sangat dekat di hatinya. Ia selari dengan objektif BeTheChange Malaysia satu gerakan belia yang diasaskannya bagi menyokong pembangunan kanak-kanak kurang bernasib baik, terutama dalam bidang pendidikan.

“Saya percaya bahawa setiap usaha kecil boleh membawa perubahan besar, terutama bila dilakukan bersama. Program ini bukan sekadar lawatan ke zoo, tapi tentang memberi peluang dan menyemai inspirasi untuk masa depan anakanak ini,” ujar Taanusiya.

Misi Cipta Senyuman, Taanusiya Bawa Kanak-Kanak Kurang Kurang Bernasib Baik Ke Zoo Negara

Ads

BACA JUGA: Gorgeous! Mahasiswi TESL Fasih 4 Bahasa, Taanusiya Chetty Dimahkotakan Miss World Malaysia 2024

Apa yang menarik, Taanusiya tak berhenti di sini saja. Beliau kini sedang merancang projek #BWAPTravels yang akan menjelajah ke seluruh negara termasuk kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi mengenal pasti keperluan pendidikan seperti alat pembelajaran dan infrastruktur sekolah.

Ads

Dan satu lagi inisiatif hebat yang sedang dirancang ialah “Projek RM1”, sebuah kempen kutipan dana awam untuk membantu menaik taraf sekolah dan membina jambatan sungai yang selamat buat para pelajar di kawasan pedalaman.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: ASTRO AWANI

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI