
Penyanyi terkenal, Misha Omar, bakal mengadakan konsert solo terbaharunya yang dinamakan MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE pada 21 Disember 2024.
Konsert ini akan berlangsung di Odeum at Jiospace, Petaling Jaya, bermula jam 8.30 malam. Ini merupakan konsert solo pertama Misha selepas kali terakhir mengadakan persembahan di Istana Budaya pada tahun 2021.
Berbeza dengan konsert besar sebelumnya, penyanyi lagu popular Sampai Bila itu memilih untuk mengadakan persembahan kali ini dalam skala lebih kecil tetapi lebih bermakna buat para peminatnya. Ini juga adalah cara Misha menghargai peminat yang telah menyokongnya sepanjang dua dekad dalam industri muzik.
Menurut Misha, walaupun konsert ini kecil, ia adalah langkah pertama menuju impian untuk mengadakan konsert yang lebih besar pada masa depan.
“Sebagai penghibur yang sudah dua dekad berada dalam industri, saya memang ada impian untuk mengadakan konsert besar.
“Tapi, saya lebih suka bermula dengan langkah kecil sebelum menuju ke sesuatu yang lebih besar,” katanya.
Konsert yang dianjurkan oleh Double M Productions ini dijangka berlangsung selama 90 minit dengan muzik yang disertai oleh pemuzik-pemuzik berprofil tinggi. Misha akan dibantu oleh Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal dan Ayop Azril sebagai pengarah muzik bersama sembilan pemuzik. Selain itu, Jennifer Thompson akan bertindak sebagai pengarah konsert dan Simon Khoo sebagai pengarah teknikal.
Selain itu, Misha juga menjelaskan bahawa nama Back to Basic dipilih kerana ia merujuk kepada perjalanan awal kerjayanya sebagai penyanyi.
“Konsert ini membawa saya kembali ke saat-saat awal saya sebagai penyanyi, ketika pertama kali menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman pada tahun 2002,” tambah Misha.
Bagi para peminat yang sudah lama menantikan Misha kembali ke pentas, konsert ini pastinya satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Misha menjanjikan kejutan menarik untuk semua yang hadir pada malam tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: NIDJI Tetap Teruskan Perjuangan Muzik Meskipun Tanpa Giring, Mahu Fokus Konsert Solo Februari Ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Bekas MB Terengganu Tampil Dengan Imej Kpop, G-Dragon Jadi Inspirasi Cash Farhan

Sekali imbas ingatkan penyanyi kpop G-Dragon, rupa-rupanya penyanyi baru ini adalah anak jadi Malaysia yang dikenali sebagai Cash Farhan.
Muhamad Asyrol Farhan Ahmad merupakan anak bongsu kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kini muncul dengan lagu solo pertama berjudul Trust.
Baru berusia 23 tahun, anak muda ini tidak mahu dianggap menumpang status bapanya, sebaliknya dia ingin orang mengenalinya dengan bakat yang ada.
Cash Farhan menjadikan penyanyi daripada ahli kumpulan Big Bang sebagai sumber inspirasinya dalam menghasilkan karya muzik.
Tapi memang betul la, kalau korang lihat Cash Farhan ni sekali pandang macam artis kpop kan? Hiks!
Apa-apa pun kami ucapkan all the best untuk Cash Farhan. Semoga cita-citanya sejak kecil nak jadi penghibur tercapai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami Rindu Dengan 4 Jenis ‘Cikgu Cool’ Ini, No 03 Tu Memang Sporting Habis!

Walaupun ada di antara korang yang dah lama meninggalkan zaman sekolah, ada satu hari yang korang akan ingat sampai bila-bila
HARI GURU 16 MEI.
Jika dahulu di sekolah, pada hari ini kita akan berebut menemui cikgu masing-masing di kelas dan bilik guru untuk memberikan hadiah seikhlas mungkin. Penulis selalu bagi cawan baru, korang pula macam mana? Hehe.
Beberapa tahun telah berlalu dan sukar untuk pelajar Malaysia melupakan cikgu. Apatah lagi kalau cikgu korang cool tahap mega seperti di bawah, lagilah sayang ketat-ketat!
01
Cikgu ‘Simpankan Please’

Biasalah, apabila kita baru dihadiahkan oleh ibu bapa dengan telefon bimbit pertama (yasss, finally!) kita mesti ingin membawanya ke sekolah juga. Macamlah dekat rumah tu ada orang nak curi phone tersebut.
Terutamanya bagi korang yang ada flip phone Motorola atau telefon sabun Sony Ericsson dulu, susah betul nak berenggang dengan telefon.
Bila kena spot check mengejut oleh pengawas di dalam kelas, mulalah gelabah nak sorok mana!
Cikgu Kimia kita pun pura-pura jalan dari hadapan ke belakang kelas dengan handbag dia (emm, pengawas tak pelik ke?) Para pelajar pun apa lagi, masukkanlah telefon masing-masing secara berjemaah ke dalam beg.
02
Cikgu ‘Genapkan Markah’

Korang tahu tak betapa peritnya nak lulus subjek Additional Maths!
Like, kenapa perlu ada Add Maths bila ada subjek Matematik, penulis masih tak faham. Jadi, berlambaklah pelajar yang akan struggle dalam subjek tersebut. Kadangkala, nampak macam mereka dah plan untuk gagal bersama-sama.
Namun, akan ada waktu istimewa di mana cikgu sengaja menggenapkan markah gagal tadi. Dari 38 terus naik ke 40, tak kisahlah markah simpati atau tak.
Yahoo!
03
Cikgu ‘Main Sama-Sama’

Semasa tiba waktu Pendidikan Jasmani (PJ), ada di kalangan pelajar yang memang terlebih semangat. Itu sajalah masa untuk mereka bergiat aktif di luar ruang kelas.
Malangnya, ada juga segelintir pelajar yang tidak berapa – hhm – talented dengan aktiviti sukan ini. Mereka selalu akan dihalau oleh geng ‘All Stars’ ini semasa PJ. Pada waktu itu, muncullah sosok badan tegap lagi macho milik cikgu PJ. Dia hanya perlu berkata, “Main sama-sama, kalau tak aku halau semua sekali.”
Tuhan je tau perasaan sebak pelajar nerdy tadi. Thank you cikgu!
04
Cikgu ‘Tolong Senyap-Senyap’

Huh, tolong apa tu?!
Untuk pelajar sekolah kebangsaan biasa, mereka tidak begitu bertuah seperti pelajar sekolah berasrama elit yang selalu diagihkan soalan contoh sebelum musim peperiksaan.
Bagaimana mereka ingin mendapatkan kertas soalan tersebut? Cikgu yang mempunyai connection akan berjaya mendapatkan contoh kertas peperiksaan daripada sekolah berasrama elit untuk diberikan sebagai latihan kepada para pelajarnya.
Thank you cikgu, disebabkan usaha cikgu itulah, kami boleh berjaya!
* * * * *
Apa-apa pun, REMAJA ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar di Malaysia!
Tanpa kalian, siapalah kami?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#GIRLPOWER: “6 Pagi Di Gunung Kinabalu…” – Hawa Rizwana Berjaya Tawan Puncak Tertinggi Di Asia Tenggara

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu”
Gunung Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia. Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, ia tentunya memberi cabaran tersendiri bagi mereka yang gemar aktiviti lasak dan pendakian.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jauh Perjalanan Abang Ini Pergi Interview’, Lelaki Jepun Berpakaian Lengkap Sut Berjaya Daki Gunung Kinabalu’

Baru-baru ini pelakon dan pengacara terkenal, Hawa Rizwana mengejutkan para peminat apabila memuatnaik gambarnya di puncak tertinggi Asia Tenggara tersebut sambil memegang bendera Astro.
“6 pagi hari ini di Gunung Kinabalu,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran yang sama, bintang Real Men Malaysia itu turut berkongsi pemandangan indah sepanjang laluan trek pendakian tersebut.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mengekspresikan kekaguman mereka terhadap wanita berjiwa kental itu.
“Saya belum sampai sana lagi,” komen pelakon baru Tracie Sinidol yang turut berasal dari negeri tersebut.

“Powerrrrrr!!” puji rakan selebriti, Uyaina Arshad.
“Wow hebat. Tahniah Hawa!” puji Fizo Omar.

Sekadar info, Hawa atau nama sebenar Hawa Rizwana Ahmad Redzuan merupakan seorang penyampai berita Malaysia yang pernah menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.
BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Hawa Rizwana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

