
Impian jadi nyata buat penyanyi bersuara emas, Misha Omar apabila wajahnya terpampang di papan iklan digital gergasi Spotify di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).
Misha sendiri tidak dapat menahan rasa terharu dengan pencapaian luar biasa itu.
Katanya, kejayaan tersebut bukan hanya miliknya seorang, sebaliknya buat semua peminat yang sentiasa setia menyokong karier seninya.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Spotify kerana mengangkat suara wanita melalui kempen #SpotifyEQUAL ini,” katanya di Instagram.
Lebih bermakna lagi, Misha melihat penghargaan berprestij itu sebagai simbol pengiktirafan terhadap kekuatan kaum wanita dalam dunia seni suara.
“Sebagai wanita, setiap suara membawa seribu kisah tentang kasih sayang, kekuatan dan kecekalan,” jelas penyanyi lagu
Break itu.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.