Seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, Mira Filzah nyata mempunyai kelebihan pada malam ini setelah pelakon manis tersebut diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2019.
Berlangsung di Putrajaya Convention Centre, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 telah mengiktiraf Mira sebagai penerima anugerah tertingginya dengan undian sebanyak 6,320,463.
Foto: BH Online
Sebelum menerima anugerah daripada penyanyi, Aisyah di kemuncak acara sebentar tadi, Mira terlebih dahulu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Wanita Popular.
Ads
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki ini kepada Allah SWT. Anugerah ini adalah untuk emak abah, Meeracle Legacy, Mira Biru. Terima kasih juga kepada pihak media yang tidak putus-putus menyokong kerjaya Mira sepanjang 4 ke 5 tahun ini.
Mira membuktikan popularitinya pada tahun ini setelah hamper kesemua projek drama lakonannya ‘menjadi’. Ia bermula sejak tayangan filem Rise: Ini Kalilah, Sangkar, drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda, dan terbaru drama Sweet Dreams.
Selain hebat di hadapan kamera, Mira juga perlahan-lahan menjadi ikutan peminat fesyen berhijab di Malaysia setelah gaya tudung dan pemakaiannya mudah diterima terutamanya oleh remaja perempuan.
ALAHAI… Sebagai kanak-kanak, mungkin ramai yang berangan-angan untuk menjadi seperti watak adi wira atau ‘superhero’ kegemaran mereka yang ditonton atau dibaca di media tertentu.
Baru-baru ini, tiga adik-beradik lelaki di Bolivia berdepan padah selepas sengaja membiarkan labah-labah Black Widow menggigit mereka gara-gara mahu menjadi watak adiwira, Spider-Man.
Kesemua mangsa berusia lapan, 10 dan 12 tahun itu dilaporkan sedang menggembala kambing di bandar Chayanta di Potosi ketika kejadian itu berlaku pada 14 Mei lalu.
Ketiga-tiga mangsa berharap dapat bertukar menjadi Spiderman selepas digigit labah-labah berbisa itu seperti yang dipaparkan menerusi filem adiwira terbabit.
Bagaimanapun, ketiga-tiga adik-beradik itu mula mengalami simptom dalam tempoh beberapa minit hingga terpaksa dikejarkan ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka.
Namun, keadaan mereka dilaporkan semakin teruk termasuk gejala seperti demam, berpeluh dan sakit otot yang memaksakan mereka berpindah ke sebuah hospital di Llallagua.
Menurut Ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro, mereka berjaya dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital seminggu kemudian.
“Insiden itu sepatutnya menjadi amaran bahawa segelintir kanak-kanak menganggap apa yang berlaku di dalam filem adalah perkara nyata. Mereka tidak sedar gigitan daripada labah-labah Black Widow boleh menyebabkan kematian kepada golongan itu,” ujarnya.
Menurut National Geographic, bisa labah-labah Black Widow adalah 15 kali lebih kuat berbanding ular orok-orok dan antara spesis labah-labah paling ditakuti di dunia dan paling berbisa di Amerika Utara.
Bisa labah-labah tersebut boleh mempengaruhi sistem saraf dan pembengkakan serta gejala jangka panjang seperti sakit otot, mual dan kelopak mata membengkak. Bagaimanapun, Black Widow sejenis tidak agresif dan hanya mengigit untuk mempertahankan diri.
Difahamkan, spesis tersebut berasal dari Amerika Utara, Amerika Selatan dan selatan Eropah malah ia juga ditemui di Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.
Tu la obses sangat dengan filem yang ditonton, nasib nyawa tidak melayang.
Ketegangan berhubung imej kaabah serta kawasan Masjid Al-Haram di Mekah dalam permainan Fortnite telah cuba diredakan oleh pengurusan permainan video multiplayer itu, minggu ini menerusi satu kenyataan balas di akaun Facebook Fortnite Timur Tengah.
Terdahulu, ketegangan bermula setelah Pusat Antarabangsa untuk Fatwa Elektronik di Universiti Al-Azhar, Mesir memberi peringatan agar pemain Fortnite terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam untuk berhati-hati setelah mendapati adanya struktur Kaabah dalam permainan video tersebut.
Ia dibimbangi akan mencetuskan konflik kepercayaan agama jika Kaabah dimasukkan ke dalam permainan bergenre sebegitu. Malah, ia boleh menyebabkan salah faham dan akan ada pihak beranggapan Fortnite sendiri yang memasukkan imej Kaabah itu.
Perkara tersebut telah dinafikan Fortnite Timur Tengah dalam satu kenyataan di Facebook rasmi mereka demi meredakan spekulasi.
“Fortnite ingin menjelaskan sesuatu mengenai isu penyalahgunaan rumah ibadat dalam permainan. Perkara (Kaabah) yang dimaksudkan adalah ‘island’ yang dicipta oleh pemain dalam creative mode. Island di sini merujuk kepada kawasan yang tidak boleh dihancurkan (dalam kes ini, Kaabah & Masjid AL-Haram).
“Kami ingin tegaskan bahawa syarikat kami menghormati semua agama dan bekerjasama dengan pencipta kandungan permainan bagi menyediakan pengalaman bermain yang selamat untuk semua orang,” catatnya pada 30 Jun lalu.
Ia tertakluk dalam bahagian ‘Save Environment’ atau persekitaran permainan selamat, di mana:
“Pemain tidak dibenarkan untuk menyebar atau mempromosi kandungan haram termasuklah yang berbentuk gangguan (harassment), buli, serangan, perjudian, penyebaran dadah, penipuan, penggodaman dan cetak rompak. Fortnite juga tidak benarkan kandungan yang boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan terhadap pihak lain.”
Dalam bahagian ‘Intolerance’ atau tiada toleransi pula, “Fortnite tidak mendiskriminasi sebarang kaum, tempat kelahiran, warna kulit, agama, jantina, orientasi seksual, warganegara atau sebarang kumpulan. Permainan ini dicipta bukan untuk menjatuhkan, meminggirkan atau melemahkan mana-mana individu atau kumpulan.”
Di samping itu, penciptaan Island juga tidak boleh bertujuan untuk menipu dan mengeksploitasi pemain lain. Ia juga tidak boleh disertakan teks, simbol atau imej tertentu.
*
Biarpun penjelasan Fortnite terhadap penyalahgunaan ‘kebebasan mencipta Island’ ini sedikit sebanyak telah meredakan spekulasi kononnya Fortnite yang mencipta struktur Kaabah tersebut, sebilangan pihak di ruang komen masih meminta pihak Fortnite mencari pemain yang menciptanya untuk dikenakan tindakan.
Sungguhpun ia tidak boleh dihancurkan, namun imej terbabit berjaya mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat Islam.
Kraich GB berkata, Kaabah dan masjid tidak harus diletakkan dalam pemainan seperti ini memandangkan ia adalah kawasan mulia dan perlu dihormati.
Noo Ali setuju dengan pandangan tersebut dan berkata simbol penting dalam agama Islam itu harus dipertahankan; sama juga seperti struktur penting dalam agama lain contohnya gereja bagi masyarakat beragama Kristian.
Dia juga berharap agar Fortnite dan Epic Games akan mengambil tindakan dalam hal ini seperti menggam (ban) pemain tersebut.
Rayakan sebulan. Tak hairanlah, pada hujung-hujung minggu, ramai yang buat open house. Tradisi kunjung mengunjung ini bukan saja mampu mengeratkan silaturahim, ia juga satu asbab tuan rumah untuk bersedekah. Sudah pastilah pasti setiap open house, pelbagai hidangan dihidangkan.
Dalam bab menjamu selera nie, kadang kala kita sudah menjaga tertib tetapi adakalanya tanpa diduga ujian datang. Paling haru jika makanan kita makan menjadi asbab kepada masalah kesihatan serius.
Pengalamana doktor ni berkongsi merawat seorang wanita berusia 30-an yang difahamkan merupakan seorang kelainan upaya akibat tercekik dodol sememangnya harus dipuji. Ini kerana doktor yang merawatnya, Dr Rosli Abd Jalil dari Poliklinik Bio-Sucinas di Johor Bharu dapat menyelamatkan wanita ini dari kehilangan nyawa akibat tercekik dodol.
Baca perkongsian pengalamannya dalam satu kejadian yang berlaku di Johor Bharu.
Alhamdulillah satu nyawa berjaya diselamatkan hari ini!
Siapa kata perkhidmatan GP tak penting?
Pada pagi ini sekitar jam 11.30pagi, 21 Jun 2019,
klinik kami dikejutkan dengan seorang pesakit wanita berumur sekitar 30an yang diusung oleh keluarga tanpa sedarkan diri dalam suasana yang sangat panik!
Tiada nadi
Tiada pernafasan spontan
Tiada tekanan darah
Badan yang terkulai layu.
Tanpa berlengah,
saya terus memulakan CPR
secara berterusan selama lebih 20 minit.
dan terus memberikan oksigen melalui ‘oropharyngeal airway’,
Ketika sedang memasukkan ‘laryngoscope’, saya ternampak seketul benda hitam di tekak pesakit! Dengan penuh kepayahan saya cuba untuk mengeluarkan benda tersebut,
Alhamdulillah saya berjaya keluarkan ketulan hitam tersebut, Ohhh… dodol rupanya!
Sebaik dodol berjaya dikeluarkan, saya meneruskan proses CPR dan pemberian oksigen yang berterusan..
Pada minit ke 25, pesakit mula terbatuk dan mula sedarkan diri…
Wajah-wajah duka bertukar ceria. ‘Alhamdulillah’ itu yang mampu saya lafazkan.
Pesakit segera dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah dengan selamatnya.
(Catatan Dr Rosli Abd Jalil.
& gambar dengan keizinan bapa pesakit).
Sumber : Poliklinik Bio- Sucinas
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!