Berbagai saranan dilontarkan rakyat Malaysia sejak kes COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak. Ada yang menjadi doktor (sekelip mata ada gelaran, hikz) termasuk menyarankan air ketum sebagai minuman terbaik dapat mencegah virus ini.
Bacalah saranan dari pakar perubatan Dr Imelda Balchin mengenai cara terbaik cegah virus ini dari menjangkiti kita semua. Paling penting, stay at home agar kita dapat memutuskan rangkaian wabak ini dan terhindar dari mereka yang telah dijangkiti.
Kenapa minum air banyak kali setiap 15 minit TIDAK mencegah kemasukan virus dalam badan dan tidak membunuh atau merawat virus COVID19?
Mari kita belajar bagaimanakah virus ini masuk ke dalam badan.
Virus ini masuk ke dalam badan melalui hidung, mulut dan mata. Bukan melalui tangan. Tangan anda hanyalah pembawa virus ini ke hidung, mulut dan mata anda melalui sentuhan.
Di dalam hidung, mulut dan mata ialah sel-sel mucous membranes di mana virus ini boleh melekap melalui protin yang ada di permukaan virus. Ia menggunakan receptor yang ada di permukaan sel mucous membranes kita untuk memasuk ke dalam sel mucous membranes manusia.
Ads
Bila dah masuk ke dalam satu sel, virus ini tak perlu berjalan pun ke dalam saluran pernafasan manusia atau atau ke dalam perut. Virus ini akan terus mengarahkan satu sel badan manusia yang dimasukinya untuk membuat banyak-banyak virus. Kemudian virus lain masuk lagi dalam sel manusia yang lain dan mengarahkan sel manusia membuat lebih virus. Inilah cara pembiakan virus.
Inilah cara virus merebak di dalam badan manusia. Ia masuk dalam sel manusia yang tertentu dan mengarahkan sel membuat virus ini. Virus ini juga ada di dalam sistem penghadaman manusia dan salah satu gejala yang dilaporkan dari Wuhan ialah juga diarrhoea atau cirit-birit. TIADA BUKTI jika telan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuh virus ini, sebab pada hakikatnya ia berada di DALAM sel kerongkong kita dan hidup di DALAM sel.
Bila pengidap virus batuk: sembuhan virus ke udara boleh terkena kepada orang lain yang berjarak dekat dengan pengidap virus. Di sini lah Bagaimana SOCIAL DISTANCING atau JARAK SOSIAL sekurang-kurangnya 1 meter boleh melindungi anda dan mencegah jangkitan.
Jika pengidap virus hembus hingus, atau batuk ke atas tangan, virus yang berada di atas tangannya boleh dibasuh buang dengan air dan sabun. Inilah cara berkesan untuk menghentikan penularan jangkitan virus melalui sentuhan. JAGA KEBERSIHAN TANGAN SELALU.
Ads
Basuh tangan sebelum pegang benda lain.
Jika pengidap virus tak basuh tangan dan pegang-pegang benda di sekelilingnya, virus itu boleh hidup di atas permukaan barang selama lebih kurang 72 jam (menurut kajian virus). Sebab inilah anda mesti basuh tangan selalu walaupun anda tiada contact dengan pengidap virus untuk membuang virus yang anda sentuh di atas tangan sebelum anda sentuh hidung, mulut atau mata anda.
Jika pengidap virus ini batuk ke atas tangannya atau sentuh mulut/hidung/matanya dan kemudian salam tangan anda, anda boleh terima virus ini di tangan anda. Cara terbaik mencegah penularan virus ini ialah JANGAN BERSALAMAN.
Ads
Sebab inilah Kementerian Kesihatan Malaysia memberi anda semua nasihat
1) Jaga kebersihan tangan
2) Basuh tangan selalu dengan air dan sabun. Hanya jika TIADA air dan sabun, boleh guna sanitiser dengan kandungan 60-70% alkohol ke atas.
3) Jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
4) Tak payah bersalam-salaman.
5) Tutup mulut bila bersin, batuk dan kemudian basuh tangan. Sebaik-baiknya gunakan mask jika anda ada gejala ini.
6) Nasihat terbaru ialah DUDUK DI DALAM RUMAH dan elakkan apa-apa perhimpunan.
Laman KKM tak beri nasihat minum air suam setiap 15 minit. Laman KKM tak beri nasihat berjemur di bawah kepanasan matahari. Laman KKM tak beri nasihat makan pisang, bawang putih, ikan singgang, sarang burung, minum air panas, letak bawang merah di sekeliling anda atau telan megados vitamin C.
Sila ikut nasihat KKM melalui :
1) LAMAN WEBSITE KKM www.moh.gov.my,
2) laman media sosial Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
3) laman twitter @KKMPutrajaya
4) Ketua Pengarah Kesihatan
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar pelepasan jawatan Perdana Menteri benar dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru saja disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Ramai tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku sekarang?
Sebelum kita merujuk kepada apa yang bakal berlaku, kita lihat dulu kuasa pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara baginda. Kuasa pelantikan ini disandang oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 40(2) itu menyatakan, ‘Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini’.
Peruntukan ini jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, perlantikan itu juga adalah di atas kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri.
Namun situasi terkini, Perdana Menteri telah meletakkan jawatan dan bukannya dipecat.
Apabila perkara ini berlaku, di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, seluruh kabinet akan secara automatik dibubarkan dan kabinet baru perlu dibentuk semula. Kesemua jawatan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri perlu dikosongkan.
*
Malaysia jelas bakal menerima barisan kepimpinan baharu. Adakah kita sudah bersedia?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika kita kebiasaannya suka membelai kucing peliharaan, lain pula kisahnya dengan seorang remaja lelaki di Bukit Panjang, Singapura ini apabila dirinya terkantoi memperlakukan seekor kucing dengan tindakan berbaur seksual.
Menurut laporan portal Mothership semalam, perbuatan remaja yang menyerupai seks di luar tabii itu telahpun dirakam oleh litar kamera tertutup yang ada di luar bangunan sebuah flat jenis HBD di sana.
Beberapa imej seterusnya bersifat sensitif dan memaparkan aksi penderaan terhadap binatang.
Dia dilihat melondehkan seluar, memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak tidak senonoh terhadap kucing berkenaan dari bahagian belakang.
Kucing berkenaan jelas cuba meloloskan diri daripada rangkulan remaja terbabit namun dia terus mengangkat haiwan tidak bersalah itu sebelum meneruskan perbuatan terkutuk.
Klip yang dirakam pada 8 April sekitar jam 1.51 tengah malam ini kini telahpun tular terutamanya dalam kalangan warganet di Singapura yang mengutuk perbuatan remaja tersebut.
Pada 10 April lalu, pemilik kucing berwarna kelabu kehitaman yang dikenali sebagai Ismul menerusi hantaran di Instagram berkata beliau telahpun melaporkan kes ini kepada pihak polis Singapura. Malangnya, polis berkata tidak banyak tindakan susulan yang boleh mereka lakukan.
Justeru, Ismul sedang cuba mendapatkan pembelaan terhadap nasib kucing peliharaannya menerusi badan berkuasa lain yang relevan dalam kes-kes penderaan haiwan.
Lapornya kepada Mothership, kucing tersebut masih hidup namun menunjukkan tanda-tanda trauma susulan insiden terbabit terutamanya sekiranya ia diangkat dan dipikul.
Dalam pada itu, Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) Singapura meluahkan rasa bimbangnya berhubung insiden ini. Ia menyeru agar pihak berkuasa menyiasat isu ini dengan segera memandangkan bukti paparan litar kamera tertutup sudahpun tular dan berada dalam tangan.
“Negara Singapura ialah sebuah kawasan yang dikongsi bersama oleh manusia dan komuniti haiwan. Mereka juga layak untuk dilayan dengan penuh bermaruah dan mendapat jaminan untuk hidup secara selamat dalam komuniti ini,” catatnya.
CWS juga berharap agar lebih banyak subjek pendidikan yang berfokuskan kepada penjagaan haiwan peliharaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh pemilik haiwan peliharaan serta komuniti secara amnya dalam kurikulum sekolah.
Ish ish, tak ada masalah dicari masalah. Geramnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pagi tadi nak layan lagu di YouTube tiba-tiba entah kenapa tidak boleh diakses. Dikhabarkan masalah ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi serata dunia.
Ramai juga pengguna media sosial sedang membahaskan isu ‘besar’ ini.
Ahhh, rasa tak lengkap hidup kalau tak ada YouTube kan. Hehe.. Diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kami nak dengar lagu dan tengok video di YouTube. Hiks!
UPDATED: YouTube dah okay gaiss. Yeayy..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!