Bagi peminat animasi ‘Minions’, filem sekuel siri ini sudah pun ditayangkan di pawagam dengan judul Minions: The Rise Of Gru. Dibesarkan pada tahun 1970-an, Gru merupakan peminat kumpulan penjahat Vicious 6 yang diketuai oleh legenda Wild Knuckles.
Apabila kumpulan itu menyingkirkan ketua mereka, Gru menyimpan cita-cita untuk menjadi penjahat dan menyertai kumpulan mereka. Dibantu oleh pengikutnya, Kevin, Stuart, Bob dan Otto, Gru berjaya membina sarang penjahat pertama mereka.
Foto: United International Pictures
Malangnya, Gru tidak berjaya menarik perhatian Vicious 6 sewaktu temu duga mencari penjahat baharu dan sebaliknya kanak-kanak itu telah menjadi musuh kumpulan itu. Gru kemudiannya menyedari penjahat juga memerlukan bantuan daripada rakannya dan tidak mempunyai pilihan untuk beralih kepada sekutu yg lain, Wild Knuckles.
Foto: United International Pictures
Secara keseluruhannya, jalan cerita filem ini agak ringan dan sepertinya memang dijadikan sasaran untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk ke pawagam. Unsur komedi yang diselitkan menghiburkan, lebih-lebih dengan kemunculan watak Otto.
Ads
Foto: United International Pictures
Kemunculan anak kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memegang watak sebagai Kung Fu Master Chow turut menjadi perhatian. Dialog-dialog spontan Minions juga berjaya mencuit hati lebih-lebih lagi ada perkataan bahasa Melayu yang disebut seperti ‘Terima Kasih’.
Walaupun hanya berdurasi selama 1 jam 30 minit, tetapi apa yang kami boleh katakan ia sesuai dengan jalan cerita yang ringkas tetapi tetap menghiburkan. Pendek kata, memang berbaloi untuk ditonton di pawagam lebih-lebih lagi bersama kanak-kanak.
Ads
Foto: United International Pictures
Minions: The Rise of Gru telah mendapat kutipan sebanyak AS$127.9 juta di dalam negara selepas empat hari tayangan dan dianggarkan akan menerima kutipan global lebih daripada AS$200 juta.
Ads
Bagi yang belum menonton, korang boleh menonton Minions: The Rise of Gru yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai penjualan tiket seawal 7 pagi untuk tayangan filem Avengers: Endgame di pawagam GSC dan TGV Malaysia.
Berita tersebut sedikit sebanyak telah mengejutkan netizen yang tidak percaya ketaksuban penonton di Malaysia yang ingin merebut tiket filem tersebut pada minggu pertama tayangannya, sehinggakan pawagam perlu membuat slot tayangan ekstra.
Nampaknya, peminat siri Marvel di Indonesia juga mengalami simptom yang sama. Tetapi mereka advance sedikit, Avengers: Endgame di sana akan mula ditayangkan bermula jam 5 pagi.
Sebelum waktu solat Subuh tu!
Info tular ini pada awalnya dikongsikan di akaun Facebook ‘Fans Filem Box Office’. Tertera di posting tersebut yang 12 pawagam Cinemaxx terpilih di Indonesia akan mula menayangkan filem tersebut seawal jam 5 pagi pada 24 April ini.
Ia akan terus ditayangkan sekerap mungkin hingga jam 5 pagi pada 25 April agar seramai mungkin peminat Avengers boleh menonton pada hari pertama tayangan.
Hebatkan?
Harapnya, penonton di Indonesia tidak memuat naik apa-apa spoilers lah pada hari itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu, DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah cukup disayangi oleh rakyat kerana memiliki keperibadian yang sangat murni dan berjiwa rakyat.
Sifat murni baginda berdua nampaknya diwarisi oleh anakanda baginda yang sentiasa tampil positif dan tinggi nilai pekerti setiap kali bertemu dengan rakyat. Ini boleh dilihat menerusi perkongsian di laman sosial ramai memuji anakanda baginda berdua ini yang sentiasa mengambil berat dan membantu rakyat marhaen setiap kali musibah melanda.
Hari ini, 17 September 2020 merupakan hari keputeraaan Tengku Mahkota Pahang, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang ke-25 tahun.
Tunku Azizah menerusi laman Instagram baginda @airtangan_tunkuazizah memuatnaik gambar Tengku Hassanal yang kacak dalam persalinan serba kuning.
“Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah …. semoga Allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan ….. murahkan rezeki, sihat waalfiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah …… dan yang penting, di temukan dengan sebaik2 jodoh , wanita yang solehah , beriman dan bermaruah mulia … ini doa seorang IBU …. saya bersyukur kehadrat Ilahi yangtelah mengurniakan saya Hassanal … besar dah anak Mamma!” ucap Tuanku Azizah dalam hantaran di laman Instagram.
Dapat kita lihat doa seorang ibunda yang sangat mementingkan kesihatan, agama serta jodoh yang baik buat anakandanya.
Kami di pihak editorial Remaja mengucapkan selamat hari keputeraan kepada Tengku Hassanal semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT dan terus menjadi pemimpin yang terbaik dan contoh yang positif untuk remaja khasnya dan rakyat jelata secara umum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah kamu bahawa dunia perniagaan di retail store di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin mengecil dan tidak mendapat sambutan? Mengapa perkara ini berlaku?
Ini kerana kuasa membeli generasi baru kini lebih terarah kepada pembelian secara talian atau online shopping. Pada masa kini, bukan sahaja pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dalam talian malah segala macam servis juga boleh dibeli dan dipesan menerusi telefon pintar sahaja.
Uniknya berbelanja secara online, kamu kadangkala tidak mendapat maklumat selengkapnya tentang barangan yang ditawarkan. Dan disebabkan risiko inilah ada orang yang terpedaya dengan iklan jualan yang mereka lihat di Internet.
Lain yang dijangka, lain pula yang dapat. Nak salahkan siapa? Mungkin salah sendiri sebab tak semak laman sesawang atau info lengkap produk atau ia adalah salah satu bentuk penipuan?
10 orang di bawah ini telah mendapat pengajaran yang besar. JANGAN SESEKALI BERBELANJA TANPA USUL-PERIKSA DENGAN LANJUT!
1. Ini permaidani ke sarung tangan? LOL
2. Dalam gambar bukan main cantik lagi rekaannya. Hehe