Penyanyi terkenal, Minho daripada kumpulan popular SHINee baru-baru ini mencuri perhatian para peminat apabila berkongsi rutin kecergasannya sepanjang berada di Jakarta, Indonesia. Kehadiran idol K-Pop ini sempena penglibatannya dalam acara muzik turut diserikan dengan komitmennya yang tinggi terhadap gaya hidup sihat, sekaligus mengundang kekaguman orang ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram pada 17 Januari lalu, Minho atau nama sebenarnya Choi Minho (35) telah memuat naik rekod larian sejauh 5.02 kilometer yang dilakukannya pada waktu tengah hari di sekitar bandar Jakarta. Dalam catatan tersebut, beliau berjaya mencatatkan masa 24 minit 13 saat dengan purata ‘pace’ 4 minit 50 saat bagi setiap kilometer, meskipun suhu pada ketika itu mencecah 29 darjah Celsius.
Di samping itu, aksi Minho berlari dalam keadaan cuaca panas dan kualiti udara Jakarta yang agak mencabar nyata menarik perhatian peminat. Di mana, ramai peminat yang meluahkan rasa kagum serta terkejut dengan tahap disiplin dan ketahanan fizikal penyanyi tersebut, memandangkan tidak semua individu mampu melakukan aktiviti larian dalam keadaan sedemikian.
Gelagat Minho ketika sempat meluangkan masa untuk bersukan di waktu lapang sebelum konsert di Jakarta baru-baru ini.
Ads
Tidak terhenti di situ, beliau turut berkongsi gambar selepas menamatkan sesi latihan di gim pada hari yang sama. Perkongsian itu sekaligus membuktikan kesungguhannya dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan sebelum membuat persembahan di ‘HUG K-Pop Concert’ yang berlangsung di Nusantara International Convention Exhibition (NICE), PIK 2, Jakarta.
Dalam salah satu hantaran, Minho menulis ringkas, “Larian selesai, latihan dada. Kekuatan otot juga penting,” yang segera dibanjiri komen positif daripada peminat. Pada masa yang sama, salah seorang peminat menulis bahawa berlari pada waktu tengah hari di Jakarta bukanlah perkara mudah, namun Minho tetap melakukannya, mencerminkan penghargaan mereka terhadap dedikasi idola kesayangan.
Ads
Dalam pada itu, komitmen Minho terhadap aktiviti sukan diteruskan keesokan harinya apabila pada 18 Januari, beliau sekali lagi berkongsi rutin kecergasan dengan melakukan larian dan sesi latihan gim pada sebelah petang di hotel penginapannya. Walaupun jadual konsert yang padat, Minho tetap meluangkan masa untuk menjaga kesihatan fizikal secara konsisten.
Dedikasi Minho yang sentiasa mencuri perhatian peminat.
Ads
Menariknya, perkongsian demi perkongsian tersebut terus menjadi topik perbualan hangat di media sosial, sekaligus mengukuhkan imej Minho sebagai seorang selebriti yang bukan sahaja berdisiplin, malah menjadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada rutin hariannya.
Untuk rekod, Minho sememangnya dikenali sebagai antara ahli SHINee yang paling aktif dalam bidang sukan. Selain larian dan latihan gim, beliau juga sering terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal seperti bola sepak, golf dan latihan stamina. Gaya hidup aktif ini bukan sahaja membantu mengekalkan prestasi pentasnya, malah menjadi inspirasi kepada peminat untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat.
Wah! Memang mantap dan hebat betul tenaga dan stamina Minho kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diijab kabulkan pada pagi Jumaat yang barakah, sempurna mereka berdua terletak di atas pelamin akad nikah.
13 September 2019 menjadi tarikh istimewa buat pereka fesyen duo Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin bersama suri pilihan, Nurida Suraya. Bertempat di Glasshouse Seputeh Kuala Lumpur, mereka berdua telahpun menjadi topik pasangan yang menanti hari diijab kabulkan sejak awal tahun ini setelah mereka mengesahkan sudah bertunang.
Putih salju menjadi tema utama buat keseluruhan majlis pada pagi ini. Kedua mempelai termasuklah tetamu selebriti yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Rizman dan Suraya. Ini termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Fattah Amin, Ziana Zain, Erra Fazira dan beberapa lagi nama terkenal industri.
Jom tengok gaya mereka pada pagi ini. Tiba-tiba teringin pula nak memakai putih sedondon, eh!
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Instagram: CTDK
Pagi ini sangat bermakna buat sahabat saya Rizman. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buatmu.
Ziana Zain
Instagram: Fedtri Yahya
Erra Fazira
Instagram: InTrend
Adikku Alhamdulillah..
Fattah Amin & Alvin Chong
Instagram: Alvin Chong
Alhamdulillah #RizmanSuraya
Nampak suci tak? Haha someone made it back in time! We are here for #RizmanSuraya!
Fazura
Instagram: Fattah Amin
We’re here for Rizman’s nikah with the gang. I will try my best not to cry.
Jodoh terbaik untuk sahabatku Rizman.
Nazim Othman
Instagram Nazim Othman
My bestfriend is getting married this morning OMG.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri animasi dari Malaysia, Mechamato terus mencipta kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Terbaru, Mechamato mencipta sejarah apabila memenangi tempat pertama bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023. Lebih membanggakan ia merupakan pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun.
Untuk info, keputusan itu diumumkan menerusi laman rasmi TAAF di mana filem tersebut menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat. Mechamato sekaligus mengalahkan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.
Di media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak berkongsi kegembiraan mengenai Mechamato menang Anime Fan Award dengan orang ramai.
“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023! Terima kasih semua atas undian dan sokongan!” tulisnya. Tahniah diucapkan kepada MONSTA!
Sebelum ini, filem animasi Mechamato Movie mencetuskan fenomena tersendiri selepas berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM5 juta hanya dalam masa tiga hari selepas ditayangkan di seluruh negara termasuk Brunei.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja tidak kenal dengan ikon perfileman, Tan Sri Michelle Yeoh. Ketangkasan beliau dalam melakukan adegan aksi semestinya mencuri perhatian setiap penonton.
Seluruh Malaysia turut bangga apabila pemenang anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan akan menerima bintang dengan ukiran namanya sendiri di Hollywood Walk of Fame.
Beliau yang turut disertai oleh 30 profesional hiburan lain telah diberi penghormatan untuk menerima bintang ukiran nama mereka di laluan ikonik Los Angeles, California tersebut.
Penerima penghormatan tersebut yang dipilih daripada ratusan pencalonan telah melalui saringan teliti oleh jawatankuasa pemilihan Walk of Fame, sekaligus menjadikan mereka layak dek kerana justifikasi kerjaya masing-masing.
Sekadar info, bintang kelahiran Ipoh ini merupakan orang Asia pertama yang memenangi Anugerah Akademi untuk pelakon terbaik bagi peranannya dalam filem Everything Everywhere All at Once pada bulan Mac.
Sebelum itu, dia juga memenangi Golden Globe untuk Persembahan Terbaik oleh Pelakon dalam Filem — Muzikal atau Komedi dan Anugerah Persatuan Pelakon Skrin untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama.
Walaupun tarikh belum ditetapkan untuk upacara penganugerahan bintang tersebut, penerima dilaporkan mempunyai dua tahun untuk menjadualkan majlis dari tarikh pemilihan sebelum ianya tamat tempoh.
Bagi mereka yang ingin tahu, The Walk of Fame bermula pada tahun 1960 dan terdiri daripada lebih daripada 2,700 bintang yang tertanam di kaki lima sepanjang 15 blok Hollywood Boulevard dan tiga blok Vine Street di Los Angeles.
Penerima penghargaan dipilih menerusi enam kategori iaitu filem, televisyen, teater langsung/persembahan langsung, radio, rakaman dan hiburan sukan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Dispatch, BBC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Padang Merbok dibuka semula sepenuhnya kepada orang awam selepas lebih tiga tahun, sekali gus mengembalikan fungsi ruang rekreasi dan komuniti di Kuala Lumpur.