“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti.”
Itu merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad setelah teruk diasak oleh para pelajar di media sosial berikutan keputusan Kementarian Pengajian Tinggi (KPT), kelmarin untuk menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Keputusan yang dikeluarkan pada saat-saat akhir itu adalah berikutan kenaikan kes positif Covid-19 di luar jangkaan di seluruh negara pada minggu ini.
Ia jelas telah meresahkan bukan saja pelajar baharu malahan penjaga pelajar yang telah melakukan persediaan rapi menghantar anak mereka ke kampus untuk sesi pendaftaran bermula hari ini.
Justeru pagi tadi, Dr Noraini telah tampil di akaun Facebook beliau dengan permohonan maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan keputusan yang dibuat oleh KPT.
Sumber foto: BERNAMA.
“KPT telah berbincang dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.
Ads
“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleH terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti. Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman dan kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.
“Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” catat beliau. Posting tersebut telah menarik perhatian netizen terutamanya pelajar serta penjaga. Setelah 4 jam dimuat naik, ia telahpun menerima lebih daripada 1,400 komen balas.
Kampus IPT Masih Terima Pendaftaran
Sementara itu, suasana lengang pada hari pendaftaran telah dilaporkan di kampus universiti seluruh negara, hari ini.
Ia susulan arahan daripada KPT kepada pihak IPT untuk menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama bagi sesi Oktober 2020/2021.
Ads
Antara IPT yang telah memaklumkan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian menerusi kaedah terbuka, jarak jauh dan dalam talian ialah Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Teknologi Malaysia.
IPT lain turut dipercayai mengambil langkah yang sama, serta-merta.
Bagaimanapun, bagi pelajar yang telahpun tiba lebih awal sebelum notis dikeluarkan semalam, pihak universiti tetap memberi pilihan sama ada untuk terus berada di kampus atau pulang ke rumah.
*
Bercakap kepada rakan media di Awani, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya iaitu Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman memahami situasi pelajar yang telah tiba dari jauh ataupun sedang dalam perjalanan dari negeri lain.
Ads
Sumber Foto: Universiti Malaya.
“Hari ini, kami tetap teruskan acara sambutan pelajar baharu.
“Yang masih berada di rumah, tak mengapa. Boleh teruskan pendaftaran dan mengikuti semua aktiviti dan pembelajaran secara dalam talian.
“Yang sudah dalam perjalanan, boleh teruskan perjalanan dan kami sentiasa bersedia menerima kehadiran mereka,” kata beliau.
Sumber Foto: Universiti Malaya.
Sementara itu, Universiti Sains Malaysia pula mengambil inisiatif untuk meneruskan proses pendaftaran pelajar dengan mekanisma pandu lalu ataupun drive-through.
Proses yang mengambil masa hanya 3 minit itu adalah bagi pelajar yang telahpun tiba di kampus.
Sumber Foto: NST.
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM iaitu Aldrin Abdullah berkata pelajar diberi pilihan untuk mendaftar dan pulang ke rumah, mendaftar-meletakkan barangan peribadi di hostel dan pulang ke rumah ataupun mendaftar dan terus menetap di hostel yang ditetapkan.
*
Adakah korang di antara pelajar yang masih meneruskan niat untuk mendaftar masuk ke kampus? Ataupun korang mengambil keputusan untuk mendaftar secara online sahaja?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon karya terkenal Mukhsin, Yana Alyahya, akhirnya mengumumkan kehamilan bayi pertamanya, selepas lima bulan berahsia kepada umum.
Menurut Yana, dia dan suami tercinta, Jad Hanif Jimmy, menzahirkan rasa teruja bagi menyambut putera sulungnya itu.
“Selepas menanti lima bulan, kami teruja untuk mengumumkan yang kami sedang menantikan kelahiran cahaya mata lelaki.
“la merupakan satu perjalanan yang penuh ‘ups and downs’ dan perjalanan kita sebagai ibu bapa jauh lagi tapi kami teruja untuk menantikan si kecil ini,” tulisnya di Instagram.
Di samping itu, adik kepada pelakon terkenal, Sharifah Amani itu juga memohon doa orang ramai agar bayi mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
“Terima kasih kepada semua pihak yang tahu dan menyimpannya sebagai rahsia. Maafkan kami berdua sekiranya ada tersilap kata dan doakan kami berdua dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, insya-Allah.
“Saya sangat gementar untuk bergelar seorang ibu namun saya bersyukur kerana punya sistem sokongan yang kuat. Syukur juga bayi saya dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah,”katanya lagi.
Untuk rekod, pasangan dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi meningkat naik, Vanessa yang telah menjejakkan kaki di Shanghai untuk menyertai program ‘Sing! China 2023’di Zhejiang TV, tampil menjadi topik perbualan di China kerana mempunyai bakat nyanyiannya yang hebat dan personalitinya yang unik.
Buat julung kalinya pada episod kedua, Vanessa membuat persembahan sulungnya dengan memilih lagu pilihan Riding The Wind, daripada penyanyi dan pengubah lagu yang berbakat iaitu, David Huang.
Persembahan nyanyiannya yang mantap dan penampilannya yang matang telah menarik perhatian semua penonton di studio. Selain itu, Vanessa telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor yang berhasrat untuk rekrut sebagai salah seorang ahli pasukannya mereka. Keempat-empat mentor menjelaskan mengapa Vanessa harus berada dalam pasukan merekadan akhirnya berlaku perebutan dan perdebatan yang mencuit hati netizen.
Ketika menyanyikan lagu tersebut, Vanessa telah menyanyikannya dengan gaya tersendiri selain dari merombak lagu daripada lagu asal, dia juga mampu mengawal rasa gemuruh dan lebih menekankan pada interpretasi nyanyian yang halus namun masih kekal padu, telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor.
Emil Chau, sangat teruja pada episod kali ini berbanding episod lepas kerana kehadiran Vanessa dalam program tersebut dan Emil Chau juga berusaha untuk memenangi hatinya untuk menyertai pasukannya.
Selain, Emil Chau membuat tawaran perjanjian untuk mengunjungi keluarga Vanessa di Malaysia pada bulan September 2023 ketika dia akan mengadakan konsert di sana, dan berharap untuk bertemu dengan mereka jika Vanessa menyertai pasukannya.
Pada masa sama, Henry Lau, sangat teruja dan memberikan tumpuan apabila menyedari bahawa Vanessa menyanyikan lirik Riding the Wind dengan kelainan serta emosi yang berat, dengan segera meminta dia untuk menunjukkan tiga cara berbeza untuk menyampaikan lirik tersebut secara spontan.Henry juga berbesar hati untuk merekrut Vanessa dalam pasukannya, dan dia akan memberikan sokongan penuh untuk membantu Vanessa mencari kepakaran dalam muzik.
Selain itu, Vanessa berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas ‘Sing! China 2023’ dengan gaya yang berbeza dan serba boleh pada masa akan datang. Vanessa juga berjanji untuk memberikan tumpuan dan usaha yang maksimum dalam setiap persembahannya.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan nama Shah Rukh Khan, bukan? Boleh dikatakan dialah figura Bollywood generasinya mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa.
Sehingga ke hari ini babak-babak lakonannya dalam filem-filem popular masih melekat di hati peminat filem seluruh dunia.
Melihatkan wajah serta bentuk badannya ramai yang mungkin tak menyangka bahawa Shah Rukh Khan kini sudah berusia 52 tahun!
A very proud dad!
Dia juga merupakan bapa kepada tiga orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan. Baru-baru ini, ramai pihak mula tertumpu kepada anak gadisnya iaitu Suhana Khan yang muncul sebagai cover majalah fesyen dan gaya hidup popular iaitu Vogue India.
Peminat Bollywood di Malaysia juga tertanya-tanya siapakah gerangannya anak kesayangan Shah Rukh Khan ini? Jom kenali Suhana Khan!
1. Anak Ayah
Dia sangat rapat dengan ayahnya sehinggakan pernah meletakkan status ‘daddy’s little girl’ di Instagram pada suatu ketika dahulu.
2. Peminat TV
Sebagai seorang yang suka dengan industri lakonan, Suhana Khan juga tidak ketinggalan menonton pelbagai filem dan siri TV popular. Antara drama TV paling disukainya ialah ‘Black Mirror’ dan ‘Orange is the New Black’.
3. Usia
Dilahirkan pada 22 Mei 2000 di Mumbai, Indua, Suhana Khan kini berusia 18 tahun.
4. Bola Sepak
Siapa sangka gadis jelita ini pernah menjadi kapten bagi pasukan bola sepak di sekolahnya.
Suhana merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Dia mempunyai seorang abang, Aryan Khan dan adik lelaki, Abram Khan.
6. Personaliti
Dalam temu bualnya bersama Vogue, Suhana Khan menyatakan bahawa dirinya merupakan seorang yang sangat pemalu. Sama seperti ayahnya dahulu.
7. Beauty With Brain
Selain bola sepak, Suhanan juga berbakat dalam bidang penulisan dan pernah memenangi pertandingan Katha National Story Writing Competition.
8. Pop Star
Suhana merupakan seorang peminat setia bekas ahli One Direction iaitu Zayn Malik.
9. Peminat
Walaupun belum muncul dalam mana-mana filem sebagai pelakon namun Suhana Khan kini sudah mengumpul peminat yang cukup ramai di laman media sosial.
10. Tarian
Tak sah kalau nak jadi pelakon Bollywood tapi tak minat menari. Like father like daughter, Suhana Khan mempunyai bakat dalam bidang tarian dan pernah muncul menarik dalam program video pop dance ‘Shiamak Dawar’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.