Lebih canggih telefon pintar baharu yang kita beli, lebih teruja lah kita untuk memuat turun sebanyak mungkin aplikasi baru yang ‘compatible’ dengan telefon tersebut.
Namun, masalah yang selalu kita hadapi adalah apabila kita perlu memadam aplikasi-aplikasi tersebut apabila simpanan memori telefon sudah mencapai hadnya.
Hendak transfer foto, video, muzik, rakaman suara, nota dan dokumen daripada telefon ke komputer pun kadangkala menyusahkan dan memerlukan langkah-langkah berjela.
Akhirnya, kita lebih rela memadam sahaja semua itu daripada telefon sendiri.
HUAWEI Nova 7SE memiliki 4 lensa berbeza untuk memberikan foto dan video terbaik!
Well guys, pengguna HUAWEI Nova 7 Series tidak perlu stres lagi dengan isu ini.
Model telefon pintar terbaru HUAWEI ini bakal diperkenalkan pada 19 Jun ini dengan penuh bergaya dan memudahkan pengguna.
Ini kerana ia dilengkapi HUAWEI AppGallery untuk memuat turun kesemua aplikasi kegemaran kamu.
HUAWEI AppGallery merupakan aplikasi mobil ketiga terbesar dunia ini dengan pelbagai jenis aplikasi termasuklah daripada kategori popular (WhatsApp, Telegram, TikTok & Facebook) dan juga aplikasi yang diperkenalkan oleh HUAWEI sendiri.
HUAWEI Nova 7 Series juga menyokong aplikasi lain yang telah menjadi sebahagian daripada rutin harian kamu.
Shopping
HUAWEI AppGallery memuatkan aplikasi seperti Shopee, Lazada dan Carings untuk kamu dapatkan barangan keperluan secara online saja.
Ads
Hiburan
Apalah waktu hujung minggu tanpa menonton filem dan drama bersiri yang kamu gemari? Strim platform seperti Netflix, Viu dan DimSum dalam bahagian entertainment di HUAWEI AppGallery. Ia juga menawarkan permainan digital terbaru yang sedang trending.
HUAWEI AppGallery
Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran
HUAWEI AppGallery ini juga menawarkan kelebihan yang menarik sekali. Dari aspek keselamatan dan sekuriti, HUAWEI AppGallery telah terbukti dan dijamin selamat dengan pengiktirafan sijil CC EAL5+. Tambahan lagi, sekarang ia juga menawarkan HUAWEI Cloud dengan storan sebanyak 50GB sepanjang 12 bulan.
Tidak ketinggalan lagi, lebih banyak aplikasi yang kamu muat turun ke dalam HUAWEI AppGallery, lebih banyak HUAWEI Points yang akan kamu perolehi. Pengguna HUAWEI Nova 7SE kemudian boleh redeem semula hadiah daripada HUAWEI AppGalley Gift Centre. Kadangkala, ia juga menawarkan cabutan bertuah dari semasa ke semasa dengan hadiah yang lumayan.
FindApps
Tak dapat mencari mana-mana aplikasi yang kami namakan di atas? Jangan risau..
HUAWEI Nova 7 Series menyediakan fungsi FindApps untuk kamu mencari aplikasi yang kamu perlukan.
Sekiranya kamu tak dapat mencari aplikasi yang dimahukan daripada HUAWEI AppGallery dan HUAWEI FindApps, kamu boleh memuat turun APK sama ada daripada HUAWEI Browser atau daripada stor aplikasi ketiga seperti Aptoide dan Aurora.
Ads
Phone Clone
Sama ada kamu merupakan pengguna iOS ataupun Android, HUAWEI Phone Clone ini amat berguna untuk memindahkan foto, video, maklumat kenalan (contacts), nota, rakaman suara, dokumen, muzik dan fail sepantas 1GB per minit.
Kesemuanya lebih mudah dan selamat dipindahkan tanpa menggunakan wayar kabel, cloud dan hard disk.
Proses perpindahan juga tidak memerlukan jaringan Wi-Fi dan data. Apa yang pengguna HUAWEI Nova 7 Series perlu lakukan adalah skan kod QR dan mulakannya.
Tonton video untuk mengetahui lebih mengenai HUAWEI AppGallery:
*
Selain daripada Huawei AppGallery, berikut merupakan antara sebab kenapa kamu perlu memiliki Huawei Siri nova 7 baharu ini:
Warna Stylish
Huawei nova 7 SE tampil dengan tiga warna menarik iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Unik dengan perincian cahaya yang lebih bersinar dalam perpektif yang berbeza. Ia dilengkapi ciri-ciri perisian dan perkakasan yang direka dengan minimalis, lalu menjadikannya ringan dan nipis sekali.
Ads
Kualiti
Selain itu, Huawei nova 7 Series disokong kuasa pemprosesan Kirin 820’s dan keupayaan AI yang hebat. Tampil dengan 64MP AI Quad Kamera, ia membolehkan gambar dirakam dengan hasil kualiti tinggi. Gambar pada waktu malam pun dapat dirakam dengan baik malah video berkualiti 4K cukup jelas.
Sokongan mode dual kamera ini membolehkan video dirakam pada waktu yang sama, depan dan belakang. Huawei nova 7 Series juga dilengkapi dengan hayat bateri 400mAh bersama 40W Huawei SuperCharge. Ia menjadikan pengecasan mampu dilakukan sehingga 70% dalam masa setengah jam saja!
Harga Berpatutan
Huawei nova 7 Series dikuasakan dengan Kirin 820 5G dan menyokong rangkaian 4G dan 5G. Ia bermaksud, telefon pintar ini akan memberikan pengalaman hebat melayari internet dengan amat lancar dan laju.
Siri telefon pintar ini juga hadir dengan aplikasi panggilan video MeeTime. Dengan sokongan video 1080p FHD, kamu bolehmenikmati panggilan dengan pemandangan berbeza walaupun cuma di alam maya.
Semua ini boleh kamu miliki pada harga serendah RM1,499!
*
Ah sounds like the perfect gadget for us!
Kini, anda boleh menikmati aplikasi-aplikasi yang paling kerap digunakan dengan Huawei AppGallery. Layari di sini untuk informasi lanjut mengenainya.
Untuk maklumat Huawei nova 7 Series pula boleh klik sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara masalah yang sering buat ramai orang pening adalah bila handphone buat hal. Jangan kata sehari, baru tiga jam telefon tak berfungsi pun dah rasa macam hidup tak keruan. Hiks!
Sudahnya, nak cepat sangat handphone tu okay, ramai yang terus membabi buta hantar ke kedai untuk dibaiki sampaikan ada yang diambil kesempatan kerana tidak tahu apa-apa tentang telefon bimbit.
Daripada korang boleh jimat duit, terus kena tipu beratus ringgit oleh tukang repair handphone tu.
Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, satu perkongsian yang telah dibuat sendiri oleh Man.Roux yang berpengalaman sebagai si pembaiki iPhone.
Berikut ada 5 situasi sebenar yang korang kena tahu sebelum kena tipu hidup-hidup di kedai baiki telefon bimbit, khasnya bagi pengguna iPhone.
1. Handphone terpadam atau tidak boleh hidup
Ramai kedai tipu customer cakap bateri atau board problem sedangkan hanya ribbon yang longgar (dalam gambar). Hanya perlu tekan semula, hanphone boleh hidup macam biasa. Ini mungkin disebabkan longgar kerana handphone terjatuh atau sebagainya.
2. iPhone tak boleh caj/charging tak masuk
Kedai akan cakap charging port atau plug in rosak dan kena tukar baru. Sedangkan kalua dibersihkan dalam charging port (lubang dekat tengah dalam gambar) korang boleh caj macam biasa.
Kebanyakan kedai akan suruh tukar housing (body), katanya sebab ianya semua sekali. Sedangkan korang boleh tukar lens saja tau. Nak rugi RM3++ ke nak jimat serendah RM 40? Hiks!
4. iPhone tak boleh touch atau hang
Korang boleh guna cara force restart sendiri (tekan power button + home button serentak dalam 5 saat). Kemudian, nanti akan keluar logo Apple dan boleh touch macam biasa.
Kebanyakan kedai akan cakap LCD atau digitizer problem, tapi sebenarnya tidak.
5. Back of front camera blank jadi gelap
Berkemungkinan ribbon camera (dalam gambar) iPhone korang tercabut je. Kebanyakkan masalah customer disebabkan longgar atau tercabut. So, bukan kamera yang rosak. Lebih baik check dulu jangan terus cakap nak tukar kamera.
Bila dah tahu punca masalah handphone kita, senang sikit la nak bawa berbincang dengan si tukang repair. Tak ada la kena tipu hidup-hidup. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari lalu, Apple telah pun melancarkan iOS 14 dengan memperkenalkan 10 ciri terbaharu yang bakal digunakan secara rasmi untuk iPhone 12 dan beberapa generasi iPhone terdahulu.
iPhone 6S, 6S Plus dan iPhone SE Generasi Pertama akan mendapat kemas kini sistem operasi berkenaan diikuti iPhone 7 serta iPhone 7 Plus. Pengguna peranti iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X sehingga kepada iPhone SE Generasi kedua akan mendapat kemas kini berkenaan apabila ia dilancarkan secara meluas.
Namun begitu, ramai yang berpendapat sejumlah ciri baharu yang diperkenalkan oleh Apple sebenarnya telah lama wujud di dalam sistem operasi Android.
Jom kita lihat antara 10 ciri iOS 14 yang dikatakan hampir sama dengan sistem Android.
1. Mod Picture-in-Picture
Fungsi -in-picture (PIP) adalah ciri baru yang disediakan oleh Apple ke dalam versi iOS 14. Pengguna boleh membuka dua aplikasi sekaligus. Sebagai contoh, korang boleh menonton video dan menggunakan aplikasi lain pada waktu yang sama, di mana video tersebut berubah menjadi kecil dan anda boleh meleretnya ke mana-mana sudut mengikut keselesaan.
Tetapi, kalau korang pengguna Android, anda pasti sudah terbiasa dengan fungsi ini. Fungsi ini telah diperkenalkan secara terbina sejak Android Oreo yang dilancarkan hampir tiga tahun yang lalu.
2. App Library
Apple menambah fungsi App Library dimana ia dilihat sebagai jawapan pihak mereka untuk talam aplikasi yang ada pada peranti Android. Jika diperhati, ia dilihat menggunakan idea asas yang sama dengan talam aplikasi pada peranti Android tetapi diperkembangkan. Melalui fungsi ini, aplikasi akan dikumpulkan secara automatik mengikut kategori dalam satu folder khas. Folder khas untuk aplikasi yang baru dimuat turun, yang kerap digunakan, media sosial, penstriman dan banyak lagi.
Daripada hasil tinjauan amanz.my, didapati ciri ini mirip seperti yang disokong pada talam aplikasi Poco Launcher pada Poco F1 berasaskan Android 8.1 Oreo dua tahun yang lalu. Ciri yang sama turut boleh ditemui pada pelancar Lawnchair tetapi perlu dilakukan secara manual.
3. App Clips
App Clips diaktifkan menerusi imbasan kod QR atau sentuhan NFC sahaja. Demo yang diperlihatkan menunjukkan App Clips digunakan untuk menyewa skuter elektrik dengan pantas tanpa pengguna perlu memasang aplikasi terlebih dahulu. Ciri App Clips adalah sama seperti Instant Apps yang diperkenalkan oleh Google pada tahun 2016 tetapi implementasinya masih belum dapat dilihat secara meluas sehingga hari ini.
4. Widget pada Home Screen
Sebelum ini widget yang disokong sejak iOS 8 pada iPhone dan iPad hanya dipaparkan pada Notification Center. Kini pengguna bebas meletakkan widget di mana-mana skrin yang diingini. Akhirnya pada tahun 2020, iOS mengikuti sistem widget yang telah disokong sejak Android 1.0 lagi.
5. Wind Down Mode
Apple juga membuat peningkatan utama pada iOS 14 dengan memperkenalkan fungsi Wind Down Mode yang direka khas untuk memastikan pengguna mendapatkan tidur yang cukup. Melaluinya, pengguna boleh menetapkan waktu tidur dan bangun mengikut masa yang diinginkan dan peranti akan mengaktifkan mod ‘Do not disturb’ secara automatik.
Ia akan kembali ke mod normal pada waktu pagi ketika pengguna bangun daripada tidur. Difahamkan, terdapat juga pilihan akses pintas untuk meditasi dan bermain muzik yang santai pada fungsi ini.
fungsi ini kelihatan sama dengan fungsi Bedtime Mode menerusi tetapan Digital Wellbeing pada peranti Android sejak 2018. Yang menarik di sini ialah sebelum menggunakan nama Bedtime Mode, ia menggunakan nama Wind Down, dengan kata lain bukan sahaja ciri tetapi namanya juga dipinjam Apple dari Android, Fungsi yang disertakan Bedtime Mode juga lebih pelbagai seperti kemampuan menukar skrin ke monokrom bagi memaksa lagi anda untuk tidur.
6. Translate App
Translate App membolehkan pengguna boleh membuat terjemahan bahasa melalui percakapan dengan mudah. Ia boleh mendengar perbualan dan terus memberikan alih bahasa secara bertulis atau sebaliknya. Ia sama seperti fungsi yang ditawarkan pada Google Translate.
Tetapi Android dilihat lebih setapak ke hadapan kerana telah menawarkan 108 bahasa. berbanding 11 bahasa sahaja di Translate App buat masa ini. Google Translate sudah wujud sejak 2006 dengan aplikasi telefon pintarnya dilancarkan pula pada tahun 2011.
7. Notifikasi panggilan telefon lebih kecil
Apple juga telah mengemaskini untuk paparan notifikasi panggilan masuk dengan saiz yang lebih kecil pada bahagian atas skrin. JSebelum ini, pengguna iPhone akan berhadapan dengan paparan penuh skrin, sekaligus mengganggu pengalaman penggunaan ketika melayari web.
Paparan notifikasi yang bersaiz kecil ini telah disokong pada Android sejak 2014 menerusi Android 5 Lollipop yang diberi nama Heads Up Notification.
8. Antaramuka siri lebih kompak
Apabila diseru, sebuah ikon Siri beranimasi akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin yang tidak lagi menutup keseluruhan skrin. Sekiranya pertanyaan diberikan, sebuah skrin kecil pop naik akan memaparkan maklumat yang relevan sekali lagi tidak menutup keseluruhan skrin peranti.
Sekali lagi antaramuka pembantu maya yang lebih kompak ini dipinjam dari Google Assistant yang dilancarkan pada tahun 2016 bagi menggantikan Google Now menerusi Google Pixel. Ia kemudiannya diberikan kepada kesemua peranti Android 6.0 Marshmellow dan ke atas yang menyokong GMS.
9. Menukar aplikasi default pelayar web dan emel
Di iOS 14, Apple akhirnya membenarkan pengguna menukar aplikasi lalai (default) pelayar web dan emel. Selepas 14 iterasi perisian akhirnya ia diberikan sedangkan telah diminta oleh pengguna iOS sejak sekurang-kurangnya 12 tahun yang lalu. Di Android pengguna bebas mengubah aplikasi lalai mereka sejak Android 2.2 Froyo sedekad yang lalu.
10. Carian emoji terbina pada papan kekunci
Ia adalah ciri yang amat-amat diperlukan kerana setakat ini sebanyak 3304 emoji telah diluluskan oleh Unicode. Angka ini akan bertambah setiap tahun sehingga sukar untuk mengikuti perkembangan. Selama ini di iOS pengguna perlu melakukan carian emoji secara manual. Dengan kotak carian emoji terbina, pengguna iOS 14 dapat mencari emoji paling sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
Bagaimana pula dengan Android? Ciri ini telah disokong di papan kekunci Gboard sejak 2016 dan boleh digunakan peranti Android 4.4 dan ke atas. Gboard lebih maju boleh melakukan carian emoji dan GIF beranimasi serentak.
Walau bagaimanapun, perbandingan ini bukanlah untuk melaga-lagakan pengguna Android mahu pun iOS. Hiks! Ia adalah sebagai info yang mungkin ramai ingin tahu, lebih-lebih lagi kepada pengguna Apple yang bakal menggunakan sistem iOS 14 ini.
Apa-apa pun, sama ada menggunakan iOS atau pun Android, pilihan tetap ditangan korang.
Semuanya gara-gara ingin memberi fokus kepada 3 model iPhone lain.
Sejak awal tahun ini, sudah ada ura-ura sahih yang menyatakan iPhone SE2 bakal diperkenalkan pada fasa kedua (mungkin Jun) tahun ini. Sekaligus, ramai peminat rekaan iPhone original yang lebih tebal dan kecil tak sabar menantikan kemunculannya.
Malah, kami juga dapat memerhatikan banyak peniaga aksesori telefon pintar telah mula mengeluarkan stok aksesori bagi model SE2.
Namun, laporan dari sumber Forbes minggu ini menamatkan angan-angan pembeli apabila Apple dikatakan akan memberi menangguhkan pelancaran tersebut.
Ini kerana mereka ingin memberi fokus kepada pelancaran 3 model iPhone baru pada tahun ini iaitu iPhone XI, iPhone XI Plus dan juga iPhone 9. Hhmph! Keluar juga nombor 9 tu kan.
Tapi jangan risau, perancangan untuk melancarkan iPhone SE2 masih onz. Cuma kena tunggu mungkin sehingga tahun hadapan je.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!