Nama Tan Sri Michelle Yeoh bukan lagi asing dalam industri perfileman antarabangsa. Dari pentas Asia ke Hollywood, perjalanan kariernya penuh dengan dedikasi, disiplin dan keberanian mencabar batas. Terbaharu, pelakon kelahiran Malaysia ini sekali lagi mengharumkan nama negara apabila bakal dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame.
Dikenali menerusi lakonannya dalam filem Wicked, Crazy Rich Asians dan Everything Everywhere All at Once, pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian besar dalam kerjaya gemilangnya di pentas hiburan antarabangsa. Beliau akan menerima bintang tersebut dalam kategori Filem (Motion Pictures).
Ads
Menurut laman web rasmi, pelakon berusia 63 tahun itu akan menerima bintang ke-2,836 di Hollywood Walk of Fame yang dianugerahkan oleh Hollywood Chamber of Commerce. Majlis perasmian akan berlangsung pada Rabu, 18 Februari, jam 11.30 pagi waktu Pasifik (19 Februari, 1 pagi waktu IST) di 6927 Hollywood Boulevard.
Menariknya, Michelle Yeoh turut tersenarai dalam Hollywood Walk of Fame Class of 2024, yang menghimpunkan beberapa nama terkenal lain termasuk mendiang Chadwick Boseman, yang menerima bintang ke-2,828 secara anumerta pada 20 November 2025. Senarai tersebut turut menampilkan Chris Pine, Kevin Feige, Gal Gadot, Maggie Gyllenhaal, Chris Meledandri, Gwen Stefani dan Toni Braxton, antara lain. Pengumuman penerima baharu ini telah dibuat sejak Jun 2023.
Pengiktirafan ini bukan sekadar simbol nama di laluan ikonik Hollywood, tetapi bukti konsistensi dan pengaruh besar Michelle Yeoh dalam industri perfileman dunia. Dari Malaysia ke pentas global, beliau membuktikan bahawa bakat Asia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bintang antarabangsa lain.
Ads
Inspirasi buat generasi muda? Sudah tentu. Kerjaya Michelle Yeoh adalah contoh jelas bahawa kerja keras, keberanian dan keyakinan terhadap diri sendiri mampu membuka jalan ke pentas dunia.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor popular, Kamal Adli menzahirkan rasa bangga buat isteri tercinta yang juga aktres jelita, Uqasha Senrose yang tidak pernah mengeluh menjaga puteri sulung mereka, Hawra Uqaira.
“Uqasha Alhamdulillah okey baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby itu.
“Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.
“Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung,” kayanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama terbaharu Viu, Nafsu.
Selain itu, Kamal turut berkongsi perkembangan Uqaira dan cabarannya sebagai seorang bapa.
“Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.
“Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga.
“Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur. Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, pasangan kesukaan ramai itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bermula 1 Ogos 2020, seluruh masyarakat Malaysia diwajibkan untuk memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam dan berada di tempat awam yang sesak.
Tiada lagi alasan kerana korang boleh didenda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peratuan memakai pelitup muka ini.
Namun begitu, korang tidak perlu bimbang untuk berbelanja besar bagi membeli topeng muka pakai buang kerana menurut Public Health Malaysia, topeng muka kain atau buatan sendiri juga telah terbukti berkesan dan boleh digunakan oleh orang awam.
Hasil kajian mendapati kombinasi beberapa jenis fabrik mampu bertindak untuk menapis titisan air dengan berkesan dan dalam masa yang sama tidak akan melemaskan si pemakai.
Korang juga boleh menjahit sendiri face mask dengan berpandukan info dan tutorial yang disediakan oleh Public Health Malaysia.
Lapisan luar
Gunakan kain kapas. Contohnya kain t-shirt, kain cadar, sarung bantal. Lagi banyak thread count adalah lebih baik untuk bertindak sebagai penapis mekanikal titisan air.
Lapisan dalam
Gunakan 2 lapis kain yang lebih nipis dan mempunyai fungsi penapis elektrostatik seperti kain sutera, kain chiffon atau kain fennel.
Bahan-bahan:
– Dua keping kain kapas berbentuk sempat segi berukuran 10” x 6”
– Dua keping tali getah, tali, helai kain atau getah rambut
– Jarum dan benang
– Gunting
– Mesin jahit
Cara menjahit:
1. Potong dua kain kapas segi empat tepat (10 x 6 inci)
– Susun dua keping kain segi empat tepat ini. Jahit kedua-dua helo kain secara berlapis
2. Di sisi yang Panjang, lipat ¼ inci dan jahit, sisi berikutnya lipat ½ inci dan jahit
3. Masukkan tali getah (6 inci), ikat tali tersebut untuk dijaikan tali pengikat di telinga
4. Kemudian, masukkan bahagian yang diikat di dalam lipatan sisi, jahit di atas dan bawah lipatan. Sesuaikan panjang tali dan jerutan dengan saiz wajah. Siap!
Namun begitu, sekiranya korang menggunakan topek muka fabrik ini, setiap kali guna teruslah dicuci jangan pula dipakai berulang kali.
Menggunakan topeng muka fabrik memang lebih jimat, namun korang perlu sentiasa menjaga kebersihan pelitup muka tersebut.
Ya, kini korang mempunyai sebuah lagi rancangan realiti terbitan Astro yang menampilkan sesuatu yang unik untuk ditonton pada setiap minggu.
Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) merupakan sebuah pertandingan sukan tarian street dance terbesar di Malaysia yang menampilkan penari-penari unggul tempatan. Sebagai sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan dan diperkasakan oleh Rakan Muda, #BTGMY merupakan satu nafas baharu terhadap pertandingan yang mengangkat gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik selari dengan kehendak remaja masa kini.
Bukan itu sahaja, KBS juga amat mementingkan aspek perpaduan dalam kalangan anak muda menerusi aktiviti gaya hidup aktif sebegini. Budaya tarian tidak mengenal kaum ataupun asal-usul kenegerian. Sebaliknya, budaya tarianlah yang memupuk semangat perpaduan bukan sahaja dalam kalangan peserta tetapi juga dalam kalangan mereka yang menonton di seluruh negara.
Biarpun setiap peserta #BTGMY mendambakan kejuaraan berpihak kepada pasukan mereka sendiri, sebagai pelapis budaya dan seni tarian di Malaysia; tentunya para peserta saling memahami minat mendalam dan pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap seorang daripada mereka demi mengejar impian dalam bidang tarian.
Basically, para peserta #BTGMY akan disenarai pendek daripada ratusan belia dari seluruh Malaysia yang telahpun menghantarkan video tarian mereka tempoh hari. Bukan itu sahaja, peserta yang berjaya mengujakan para hakim ketika uji bakat on-ground di AEON Mall Shah Alam sekitar bulan Julai lalu juga ada yang terpilih tau!
#BTGMY kemudiannya akan memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan memilih seramai sepuluh orang kru tarian ataupun peserta berdasarkan kebolehan menari mereka.
Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking; Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA; Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Three Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011; Seven.
Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya ‘street dance’ mereka dalam pelbagai cabaran yang diberikan. Hanya dalam kalangan yang terhandal akan kekal sehingga ke garisan akhir.
Menerusi sidang media yang dianjurkan itu, #BTGMY telahpun mengumumkan Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC sebagai hos utama rancangan sekaligus mengangkat tiga bahasa perantara sepanjang musim pertama ini berlangsung. Sementara itu, kemunculan pelakon dan pelawak popular Malaysia, Zizan Razak pula diberikan tugasan sebagai juri.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir bagi melancarkan program, Breaking merupakan sukan terkini yang diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris 2024 dan ia adalah salah satu bentuk sukan yang relevan dengan remaja sekarang.
“Dengan kerjasama Astro menerusi Battleground Malaysia: Road to Gold, kementerian amat komited untuk membantu para penari yang berbakat besar dengan memantapkan kemahiran mereka dalam bidang tarian serta mencungkil ramai lagi bakat yang boleh mewakili Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan tarian termasuk di Sukan Olimpik kelak,” ulasnya.
Ternyata, KBS menerusi Hannah Yeoh ingin memberi peluang penyertaan agar anak muda dari seluruh negara dapat menyerlahkan lagi bakat ‘street dance’ terpendam mereka.
Haa siapa kata sukan, tarian dan hiburan tidak boleh digabungkan? Barulah kita semua sebagai penonton program #BTGMY pun bersemangat untuk memberikan sokongan tidak terhingga kepada bakal atlet Malaysia yang akan membawa harapan negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selari dengan kempen Road To Goal.
Buat pengetahuan korang, acara grand finale #BTGMY bakal diadakan secara langsung pada 3 November 2023 di hadapan para juri antarabangsa.
Juara akan membawa pulang RM100,000 manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain itu, peserta-peserta daripada ahli kumpuran juara juga akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.
*
Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (saluran 104), Vinmeen (saluran 202) dan SHOWCASE (saluran 413) pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 29 September. Ia juga ditayangkan di Astro AEC (Saluran 306) pada setiap Sabtu, jam 11 malam bermula 30 September.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: ASTRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...