
Aktres terkenal tanah air yang juga ikon global, Tan Sri Michelle Yeoh, dilihat hadir ke Masjid Negara sekitar jam 11.15 pagi tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Suasana di Dewan Solat Utama dilaporkan tenang dan penuh rasa hormat, apabila orang ramai turut hadir memberikan penghormatan kepada bekas Perdana Menteri kelima Malaysia itu.
BACA: PM Kelima Malaysia, Pak Lah Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun. Al-Fatihah

Untuk info, istiadat penghormatan terakhir yang dijadualkan pada hari ini telah diawalkan kepada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 petang.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disembahyangkan selepas solat Zuhur, sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan dengan Masjid Negara.

Sebagai info tambahan, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
SUMBER: Buletin TV3
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Azhar Habib Kini Pemain No.2 Dunia Bawah 11 Tahun, Harapan Baharu Pingpong Malaysia

Nama Azhar Habib kini semakin meniti di bibir peminat sukan tanah air. Bintang muda Malaysia itu mencipta detik membanggakan apabila melonjak sebagai pemain nombor dua dunia kategori bawah 11 tahun, hasil kejayaan cemerlang di WTT Youth Contender Cappadocia 2026.
Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan reputasi Azhar Habib sebagai antara prospek paling cerah dalam arena pingpong antarabangsa.
Pada usia yang masih muda, beliau sudah menunjukkan tahap kematangan permainan yang jarang dimiliki pemain seusianya.
Kejuaraan WTT Youth Contender Cappadocia 2026

Dalam kejohanan berprestij yang menghimpunkan bakat muda terbaik dunia itu, Azhar membuktikan kelas sebenar apabila muncul juara kategori Bawah 11 Tahun (BU11) dengan persembahan penuh keyakinan dan kematangan di luar usia.
Sepanjang kejohanan, Azhar Habib mempamerkan konsistensi permainan yang tinggi, kawalan emosi yang baik serta kebolehan membaca corak permainan lawan dengan tepat. Faktor ini menjadi kelebihan utama beliau untuk melangkah jauh sehingga ke pentas final.
Pada aksi final, Azhar tampil dominan menewaskan wakil tuan rumah Turki, Ege Bolat, dengan keputusan straight set 3–0 (11–7, 11–9, 11–9).
Kemenangan tersebut bukan sahaja mencerminkan kelebihan teknikal Azhar, malah mempamerkan kekuatan mentalnya dalam perlawanan berintensiti tinggi.
Setiap set memperlihatkan kematangan taktikal Azhar Habib dalam mengawal tempo permainan, selain keupayaannya mengekalkan fokus walaupun bermain di hadapan penyokong lawan.
Namun, laluan ke pentas final bukan mudah. Di peringkat separuh akhir, Azhar berdepan cabaran sengit daripada pemain Iraq, Younus Ahmed, dalam perlawanan penuh debaran yang berlanjutan sehingga lima set.
Perlawanan tersebut menguji ketahanan fizikal dan mental Azhar Habib, namun beliau akhirnya berjaya mengatasi tekanan untuk menang 3–2, sekali gus mengesahkan tempat ke final dan membuktikan keupayaannya beraksi di bawah tekanan tinggi.

Lonjakan Ranking Dunia & Makna Besar Buat Malaysia
Kejayaan di Cappadocia ini melonjakkan Azhar ke ranking dunia No.2 BU11, satu pencapaian luar biasa bagi pemain seusia beliau dan bukti bahawa Malaysia masih memiliki bakat pingpong bertaraf dunia.
Kedudukan ranking ini bukan sekadar angka, sebaliknya menjadi petunjuk jelas bahawa program pembangunan bakat muda negara berada di landasan yang betul, terutamanya dalam melahirkan pemain pelapis berkualiti.
Lebih daripada sekadar pingat dan ranking, kejayaan ini memberi isyarat jelas bahawa Azhar Habib sedang berada di landasan tepat untuk menjadi aset penting sukan pingpong negara pada masa hadapan.
Dengan sokongan berterusan, pendedahan antarabangsa dan pembangunan yang betul, tidak mustahil nama Azhar Habib akan terus bersinar di pentas dunia dalam beberapa tahun akan datang, sekali gus mengharumkan nama Malaysia.
Tahniah Azhar Habib! Teruskan melakar sejarah dan membawa nama Malaysia ke puncak dunia. 🇲🇾👏
Sumber : Harimau Malaya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi Keselamatan, Penggunaan Bagasi Pintar Kini Dilarang Di Kawasan Apron Lapangan Terbang

Nampaknya selepas ini, bagi anda yang mempunyai beg bagasi pintar ‘skuter’ tidak lagi bebas untuk menggunakan peralatan itu sesuka hati di kawasan lapangan terbang di Malaysia selepas arahan keselamatannya dikeluarkan.
Ini susulan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau ‘skuter’ sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapt Norazman Mahmud dalam arahan keselamatan bertarikh 15 November berkata, walaupun bagasi pintar yang boleh ditunggang itu menawarkan kemudahan kepada penumpang namun penggunaannya seperti di apron boleh menimbulkan risiko keselamatan.

Menurutnya, kawasan itu terdapat jentera berat, pesawat, kenderaan perkhidmatan darat dan petugas sekaligus memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan peralatan.
“Untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan lapangan terbang adalah penting untuk melarang sepenuhnya penggunaan bagasi pintar di kawasan larangan, menetapkan had laju di zon dibenarkan, dan mendidik penumpang dan petugas tentang amalan penggunaan yang selamat,” katanya.
Penggunaan bagasi pintar itu juga tidak dibenarkan digunakan melebihi kawasan tertentu seperti ruang terminal dan zon menunggu selain papan tanda larangan perlu dipasang untuk memaklumkan para pengguna.

Selain itu, bagasi pintar yang dilengkapi motor elektrik perlu dinyahaktifkan sepenuhnya termasuk komponen bateri sebelum dibawa masuk ke kawasan apron.
Petugas di lapangan juga perlu dilatih bagi mengenal pasti bagasi pintar yang boleh ditunggang dan melaksanakan protokol keselamatan untuk mengendalikannya termasuk melaporkan segera sebarang penggunaan di kawasan apron kepada pengendali lapangan terbang atau pekerja keselamatan.

Penyedia perkhidmatan pengendalian darat perlu memastikan semua petugas mengetahui prosedur yang betul untuk memuatkan, menyimpan dan mengangkut bagasi pintar, terutamanya jika ia mengandungi bateri litium atau komponen elektrik lain yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan.
Susulan itu, syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang juga dinasihatkan untuk memaklumkan memasukkan arahan keselamatan itu menerusi pengumuman pra-penerbangan termasuk pada tiket.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Liek Hou Raih Emas Pertama Buat Malaysia, Bakal Terima Habuan RM 1 Juta!

Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara Cheah Leik Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), hari ini.
Pada aksi final berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Liek Hou membuktikan status selaku pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam masa 42 minit.
ARTIKEL BERKAITAN : Raih LAPAN Kali Kejuaraan Buat Malaysia, 10 Fakta Tentang CHEAH LIEK HOU!

Kemenangan itu turut menyaksikan Liek Hou meraih pingat emas kedua berturut-turut pada temasya sukan terbesar dunia tersebut, sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu.
Sebaik melangkah masuk ke dalam gelanggang, pingat emas sebenarnya sudah boleh dianggap berada dalam genggaman pemain berusia 36 tahun itu memandangkan dia baru sahaja menewaskan Nugroho di peringkat Kumpulan A sebelum ini.

Sebagai rekod, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Liek Hou bakal menikmati habuan RM1 juta selaku pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, sama seperti yang diterima ketika menjadi juara pada Paralimpik Tokyo sebelum ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

