Nampaknya selepas ini, bagi anda yang mempunyai beg bagasi pintar ‘skuter’ tidak lagi bebas untuk menggunakan peralatan itu sesuka hati di kawasan lapangan terbang di Malaysia selepas arahan keselamatannya dikeluarkan.
Ini susulan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau ‘skuter’ sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapt Norazman Mahmud dalam arahan keselamatan bertarikh 15 November berkata, walaupun bagasi pintar yang boleh ditunggang itu menawarkan kemudahan kepada penumpang namun penggunaannya seperti di apron boleh menimbulkan risiko keselamatan.
Penggunaan beg bagasi pintar ‘skuter’ perlu dinyahaktifkan
Menurutnya, kawasan itu terdapat jentera berat, pesawat, kenderaan perkhidmatan darat dan petugas sekaligus memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan peralatan.
Ads
“Untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan lapangan terbang adalah penting untuk melarang sepenuhnya penggunaan bagasi pintar di kawasan larangan, menetapkan had laju di zon dibenarkan, dan mendidik penumpang dan petugas tentang amalan penggunaan yang selamat,” katanya.
Penggunaan bagasi pintar itu juga tidak dibenarkan digunakan melebihi kawasan tertentu seperti ruang terminal dan zon menunggu selain papan tanda larangan perlu dipasang untuk memaklumkan para pengguna.
Ads
Kawasan apron lapangan terbang
Selain itu, bagasi pintar yang dilengkapi motor elektrik perlu dinyahaktifkan sepenuhnya termasuk komponen bateri sebelum dibawa masuk ke kawasan apron.
Petugas di lapangan juga perlu dilatih bagi mengenal pasti bagasi pintar yang boleh ditunggang dan melaksanakan protokol keselamatan untuk mengendalikannya termasuk melaporkan segera sebarang penggunaan di kawasan apron kepada pengendali lapangan terbang atau pekerja keselamatan.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Penyedia perkhidmatan pengendalian darat perlu memastikan semua petugas mengetahui prosedur yang betul untuk memuatkan, menyimpan dan mengangkut bagasi pintar, terutamanya jika ia mengandungi bateri litium atau komponen elektrik lain yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan.
Susulan itu, syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang juga dinasihatkan untuk memaklumkan memasukkan arahan keselamatan itu menerusi pengumuman pra-penerbangan termasuk pada tiket.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres terkenal tanah air yang juga ikon global, Tan Sri Michelle Yeoh, dilihat hadir ke Masjid Negara sekitar jam 11.15 pagi tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Suasana di Dewan Solat Utama dilaporkan tenang dan penuh rasa hormat, apabila orang ramai turut hadir memberikan penghormatan kepada bekas Perdana Menteri kelima Malaysia itu.
Untuk info, istiadat penghormatan terakhir yang dijadualkan pada hari ini telah diawalkan kepada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 petang.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disembahyangkan selepas solat Zuhur, sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan dengan Masjid Negara.
Sebagai info tambahan, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
SUMBER: Buletin TV3
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai masa depan kepimpinan Kim Jong Un akhirnya mendapat bayangan baharu apabila agensi perisikan Korea Selatan mendedahkan bahawa pemimpin Korea Utara itu dipercayai telah memilih anak perempuannya sebagai pewaris takhta.
Menurut taklimat yang diberikan kepada ahli parlimen pada Khamis, anak perempuan beliau, Kim Ju Ae, yang dipercayai berusia 13 tahun, kini berada di tahap sebagai calon pengganti.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Ju Ae kerap dirakam berada di sisi bapanya dalam pelbagai acara berprofil tinggi. Malah, beliau turut mengiringi Kim dalam lawatan ke Beijing pada September lalu, yang merupakan kunjungan rasmi pertamanya ke luar negara, petik BBC.
This picture taken on May 14, 2024 and released from North Korea’s official Korean Central News Agency (KCNA) on May 15, 2024 shows North Korea’s leader Kim Jong Un (R) and his daughter Ju Ae (L) attending the inauguration ceremony of Jonwi Street in Pyongyang. (Photo by KCNA VIA KNS / AFP) / South Korea OUT /
Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS) menyatakan bahawa penilaian tersebut dibuat berdasarkan ‘pelbagai keadaan’, termasuklah penampilan awam Ju Ae yang semakin menonjol di acara-acara rasmi.
Menurut NIS, mereka kini akan memerhatikan sama ada Ju Ae bakal menghadiri kongres parti Korea Utara yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini. Kongres berkenaan merupakan acara politik terbesar negara itu dan diadakan setiap lima tahun sekali.
Ahli parlimen Lee Seong-kwen turut berkongsi perkembangan terbaharu mengenai status Ju Ae kepada pihak media.
“Memandangkan Kim Ju Ae telah menunjukkan kemunculannya di pelbagai acara, termasuk ulang tahun penubuhan Tentera Rakyat Korea dan lawatannya ke Istana Matahari Kumsusan, serta terdapat tanda-tanda beliau mula menyuarakan pendapatnya mengenai dasar negara tertentu, NIS percaya beliau kini telah memasuki tahap ‘calon pengganti’,” kata Lee.
FILE PHOTO: North Korean leader Kim Jong Un and his daughter Kim Ju Ae stand at a hotel reception counter as they attend an inauguration ceremony for hotels in the tourist resort in Samjiyon City, North Korea, December 20, 2025, in this picture released by North Korea’s official Korean Central News Agency. KCNA via REUTERS ATTENTION EDITORS – THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. REUTERS IS UNABLE TO INDEPENDENTLY VERIFY THIS IMAGE. NO THIRD PARTY SALES. SOUTH KOREA OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN SOUTH KOREA./File Photo
Sebelum ini, Ju Ae disifatkan oleh NIS sebagai sedang ‘dilatih’, namun kini tahapnya dikatakan sudah meningkat kepada ‘calon pengganti’.
Untuk rekod, Ju Ae merupakan satu-satunya anak Kim Jong Un dan isterinya, Ri Sol Ju, yang diketahui umum.
Walaupun NIS percaya bahawa Kim Jong Un mempunyai seorang anak lelaki yang lebih tua, kewujudan anak tersebut tidak pernah diakui mahupun dipaparkan dalam media Korea Utara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa sebak dan penuh kerisauan terhadap keselamatan isterinya, Ardell Aryana, yang kini menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menerusi hantaran di Threads, Adhwa berkongsi keadaan semasa kapal Mikeno, iaitu salah sebuah kapal yang mengetuai flotilla menuju Gaza dan dipercayai membawa beberapa delegasi Malaysia termasuk Ardell.
“Mikeno sedang ke hadapan. Ya Allah jagakan isteriku 🤲🏻❤️ Entah masih atas kapal atau tak. Semangat juangmu tak pernah aku sangkal,” tulis Adhwa penuh emosi.
Hilang Kontak Selepas Intimidasi Israel
Menurut Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), kapal Mikeno kini gagal dihubungi selepas berlakunya intimidasi oleh tentera Israel di perairan antarabangsa. Situasi ini menimbulkan keresahan besar kerana difahamkan kapal tersebut menjadi antara sasaran awal konvoi flotilla.
Delegasi Malaysia termasuk Ardell Aryana yang menaiki kapal berkenaan masih belum dapat dipastikan status terkini mereka. Hal ini membuatkan ramai ahli keluarga dan rakyat Malaysia gelisah menantikan khabar baik.
Netizen Titip Doa & Kata Semangat
Perkongsian Nadzmi segera mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Rata-rata menitipkan doa agar Ardell serta seluruh aktivis yang terlibat dipelihara keselamatan dan dilindungi sepanjang misi ini. Malah, ramai juga memuji ketabahan Nadzmi yang tetap kuat di sebalik keresahan menunggu berita daripada isterinya.
“Semoga Ardell dan semua delegasi selamat kembali ke tanah air.” “Air mata jatuh baca doa seorang suami. Semoga Allah jagakan mereka.”
Ardell Tetap Kental Walau Berdepan Cabaran
Sebelum ini, Ardell dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika dalam perjalanan, namun tetap bertegas mahu meneruskan misi bantuan untuk Palestin. Sikap berani dan semangat kentalnya membuatkan ramai remaja menganggap Ardell sebagai inspirasi, kerana berani meletakkan kepentingan kemanusiaan mengatasi kepentingan diri.
Buat masa ini, doa seluruh rakyat Malaysia terus mengiringi Ardell, Nadzmi Adhwa serta semua aktivis flotilla. Semoga mereka dilindungi Allah dan pulang dengan selamat membawa mesej kemanusiaan buat dunia.
mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih tempat ketiga Miss World Asia 2026, Taanusiya Chetty kini bersedia membuka langkah baharu dalam dunia hiburan.
Pemilik nama penuh Taanusiya...