Mesin Penapis Air Boleh Jadi Punca Kebakaran Ketika Ini, Saranan Bomba…

Share

Semagaimana kita tahu, kebanyakan kawasan di Lembah Klang mengalami masalah air selama empat hari bermula hari ini. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Memandangkan sudah menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan mesin penapis air di rumah.

Baru-baru ini, terdapat sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemanas air yang dibiarkan berfungsi tanpa bekalan air akan menyebabkan overheating dan boleh mengakibatkan kebakaran.

Jadi, jangan lupa tutup suis bagi mesin penapis air dirumah jika kawasan korang turut mengalami gangguan air. Yelah malang tak berbau kan.

 

Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL

IKLAN