
Siapa ingat lagi dengan Nokia 3310 yang legend tu? Mungkin ramai Millennial hari ni tak kenal dengan phone ni. Tapi REMAJA ada satu perkara yang nak dikongsikan dengan semua orang.
Tahukah korang semua bahawa mesej pertama yang dihantar dari satu pengirim kepada penerima adalah “Merry Christmas” ? Mesej itu dihantar 25 tahun lalu pada 3 Disember 1992. Ia dihantar oleh jurutera Neil Papworth dari PC nya melalui rangkaian GSM Vodafone di UK kepada pemilik telefon bimbit Orbitel 901, iaitu Pengarah Vodafone Richard Jarvis.
Teknologi SMS sebenarnya telah lama wujud sebelum ini dan dipelopori oleh jurutera di Nokia Matti Makkonen, namun ia mengambil masa yang lama untuk system SMS mendapat penyebaran meluas kerana telco tidak menawarkan perkhidmatan tersebut dalam rangkaian mereka sehingga lewat tahun 1993. Ini kerana asalnya, telefon bimbit tidak direka untuk menaip namun (Nokia 2010) yang dikeluarkan pada Januari 1994 menjadi telefon bimbit pertama yang menyokong susunan SMS dengan mudah.

Pada tahun 1995, purata hanya 0.4 SMS dihantar kepada setiap pengirim setiap bulan. Menjelang akhir tahun 2000, angka meningkat kepada 24 setiap pelanggan sebulan, dan hari ini kira-kira 18.7 bilion SMS dihantar di seluruh dunia setiap hari. Sudah tentu, mesej menggunakan data telah mengambil alih SMS, dan kini ia merupakan medium Utama dalam penyebaran maklumat. WhatsApp saja telah menyebarkan mesej 550000000 setiap hari! Hebat tak hebat?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sayonara! Nikon Umum Tutup Selepas 20 Tahun Operasi Di Malaysia

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang kita boleh lihat banyak syarikat besar ataupun kecil mengalami kemerosotan akibat pandemik Covid19.

Terbaru, Nikon Malaysia secara rasminya mengumumkan pengunduran daripada pasaran Malaysia bermula 1 Januari 2021 ini. Pernah menjadi fenomena dalam industri DSLR serta merupakan pesaing jenama-jenama besar akhirnya Nikon tewas juga dengan pandemik Covid-19.
Akhir Oktober lalu, Nikon baru sahaja mengumumkan akan menghentikan operasi secara rasminya di Indonesia bermula 22 Oktober 2020.
Sumber Nikon Malaysia.
Dalam pada itu, para peminat Nikon masih lagi berpeluang mendapatkan barangan serta aksesori jenama ini menerusi syarikat pengedar di bawah Futuromic Photo AV Sdn Bhd.
Untuk info, Nikon bermula sejak 1917 apabila tiga pengilang optik terkemuka di Jepun yang digabungkan untuk membentuk syarikat optik bersepadu sepenuhnya sehinggalah Nikon berjaya menjadi syarikat gergasi yang menguasai industri kamera.

Di Malaysia, Nikon ditubuhkan pada Aprl 2001 dan mewakili Nikon Corporation dan berjaya menubuhkan satu asas yang kukuh menerusi pengedar tempatan.
Namun, wabak pandemik COVID-19 menyebabkan banyak syarikat termasuklah syarikat gergasi di dunia terpaksa mengecilkan operasi bagi mengurangkan kos. Sebelum ini, sekitar Jun lalu, syarikat Olympus yang sudah 84 tahun dalam industri kamera turut mengumumkan pengunduran daripada dunia kamera atas beberapa faktor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sony PlayStation 5 Mungkin Dijual Dengan Harga Serendah RM1,677

Sebelum ini sudah ada desas desus yang mengatakan bahawa PlayStation 5 (PS5) bakal dilancarkan pada tahun ini. Selepas 8 tahun kekal bersama model PlayStation 4, Sony akhirnya bersedia untuk memberi sesuatu yang baru untuk ‘kaki game’ semua.

Sony PlayStation 5 didatangkan dengan dua varian iaitu Sony PS5 Pro dan PS5. Berdasarkan info yang dinyatakan oleh mydrivers, PS5 Pro akan dilancarkan tidak lama lagi dengan harga 499 USD bersamaan lebih kurang RM2,097 dan untuk varian yang bukan Pro, ianya berharga 399 USD bersamaan RM1,677.

Walau bagaimanapun, harga ini masih belum 100% disahkan lagi, cuma anggaran sahaja. Difahamkan lagi, untuk varian Pro ia mampu menyokong revolusi sehingga 8k berbanding PS4 Pro sebelum ini yang hanya menyokong 4k sahaja.
Okay kaki gamers semua, rasanya sempat lagi ni korang nak menabung. Ikat perut sikitlah guys. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Kelebihan Aplikasi Telegram Berbanding WhatsApp Yang Korang Kena Tahu!

Selain menggunakan aplikasi WhatsApp, rasanya ramai diantara kita yang menggunakan Telegram sebagai medium komunikasi antara satu sama lain.

Namun, baru-baru ini aplikasi WhatsApp menjadi topik perbualan ramai kerana bakal memperkenalkan dasar privasi yang mewajibkan pengguna untuk berkongsi data mereka dengan Facebook pada Februari 2021. Hal ini ditentang oleh ramai pihak kerana dianggap berbahaya atau menyalahgunakan privasi pengguna. So mungkin alternatifnya ialah bertukar kepada aplikasi Telegram.
Buat yang tidak familiar dengan aplikasi Telegram, kami senaraikan 10 kelebihan Telegram berbanding WhatsApp.
Berikut adalah fungsi Telegram:
File Transfer Lebih Besar

Telegram boleh menghantar apa sahaja jenis fail, dan telegram tak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar. Malah, sesiapa yang pentingkan kualiti imej gambar atau video, telegram tempat paling mudah dan cepat.
Group Chat

Group chat boleh masukkan 1000 orang ahli, namun kalau lebih dari 1000 orang ahli maka perlu upgrade ke Supergroup yang boleh masuk sehingga 5000-100,000 orang ahli. Lebih menarik lagi tentang Group Chat ni selain boleh jadikan semua ahli group sebagai admin dan fungsi reply adalah dengan cara :
i) Mention
Boleh mention kawan-kawan dalam group hanya dengan meletakkan simbol @ dan akan keluar senarai username ahli-ahli group.
.
ii) Hashtag
Hashtag boleh digunakan dalam mesej. Tujuan hashtag ni apabila kita ingin cari sesuatu perkara, kita boleh cari melalui search dan mulakan dengan #.
Dapat Menambah Rakan Melalui Username

Menurut pembangun aplikasi ini, ciri ini direka untuk mengurangkan penyalahgunaan nombor telefon, Dengan cara itu, privasi pengguna dapat dilindungi dengan selamat.
Telegram menggunakan username sebagai ganti nombor telefon kita. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon.Dan username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram.
Uninstall Telegram

Katakan tiba-tiba handphone ‘jam’, dan nak uninstall beberapa apps, antaranya Telegram.
Boleh je uninstall telegram dengan senang hati sebab semua mesej, nota penting, dalam tu tak akan hilang!
Bila install balik, masukkan nombor telefon yang sama, masih boleh lihat 100% sama macam sebelum kita uninstall. Kalau whatsapp ter-uninstall? Selamat hari raya lah. Kan.
Fungsi ‘Search’

Best nya Telegram ni, korang boleh search apa sahaja yang korang minat, nanti akan keluar list yang korang search tu. Contoh nak tengok movie secara percuma je, search movie, akan keluar channel movie yang dah set sebagai public. Kalau private kena join ikut link.
Contoh lain nak tengok drama melayu, keluar semua list channel dan berapa orang ahli channel yang dah join channel tersebut. Pendapat Lia, join channel yang mempunyai ahli yang ramai. Confirm channel tu mesti best!
Ruang Penyimpanan Tanpa Had

Cloud storage semakin diperlukan pada masa kini kerana fail yang disimpan melalui cloud storage lebih selamat, tidak mudah hilang, tidak berada dalam peranti, dan mudah diakses.
Salah satu cloud storage yang boleh anda gunakan adalah Telegram. Aplikasi ini menyediakan ruang penyimpanan tanpa had yang bermaksud anda boleh menyimpan mesej, gambar, dan pelbagai fail lain di dalamnya secara percuma.
Mesej Rahsia

Telegram juga mempunyai ciri yang dikenali sebagai mesej rahsia atau Secret Chat. Fungsi ini tidak akan ditemui pada aplikasi WhatsApp dan aplikasi sembang yang lain. Anda boleh menghantar mesej yang private and confidential.
Secret Chat ini menggunakan end-to-end encryption yang bermaksud tidak ada pihak lain yang mengethui mesej anda kecuali mereka yang berada di chat room yang sama. Telegram juga tidak dapat mengetahui apa yang anda bualkan di Secret Chat.
Secret Chat juga mempunyai self-destructed properties atau dapat memadamnya dalam jangka masa yang anda tentukan. Penghantar dan penerima mesej juga tidak dapat forward kepada orang lain.
Ada Touch ID / Password

Untuk setengah orang, maklumat dalam telegram dia tu sangat privasi. Mungkin dia ada simpan banyak maklumat dalam telegram, jadi dia boleh set password hanya untuk apps Telegram sahaja.
Caranya mudah, pergi ke Setting – Privacy and Security. Boleh set password korang kat situ.
Lepas ni segala maklumat penting dalam telegram akan lebih selamat dengan adanya password. Menarik bukan?
Channel Telegram

Apa beza Channel dengan Group Chat?
Bezanya adalah Channel untuk medium penyiaran maklumat dengan cara ‘one way communication’, manakala Group Chat tujuan untuk berkomunikasi beramai-ramai dalam group.
Channel Telegram terbahagi kepada 2 iaitu:
i) Public – Boleh sebar luas dan tiada had keahlian
ii) Private – Ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin sendiri
Step untuk buat Channel Telegram,
Step 1: Pada senarai menu, klik pada New Channel dan masukkan maklumat channel anda
Step 2: Tetapkan sama ada nak buat Public Channel atau Private Channel
Step 3: Masukkan link
Step 4: Done!
Apa kelebihan Channel Telegram ni?
1. Ahli dalam channel unlimited, contoh ahli channel Lia sekarang dah lebih 15,000.
2. Ahli yang baru join dapat lihat semua post yang terdapat di dalam channel termasuk post paling awal.
3. Hanya admin sahaja yang boleh post dalam channel.
4. Ahli dalam channel cuma boleh ikuti perkembangan pada berita yang dipost.
5. Ahli hanya dapat lihat butang mute dan unmute sahaja.
6.Kalau 1 post admin delete, semua ahli takkan nampak lagi post tersebut.
7. Jumlah views bagi setiap mesej yang buka dan baca akan ditunjukkan di bahagian bawah kanan bersebelahan dengan masa.
Boleh Log In Dari Pelbagai Peranti

WhatsApp secara umumnya hanya boleh digunakan pada dua peranti iaitu satu telefon pintar dan satu pada dekstop. Korang tidak boleh log masuk pada dua telefon pintar sekaligus untuk mengelakkan daripada digodam.
Tidak seperti Telegram, aplikasi ini dibolehkan log masuk akaun korang pada lebih dari satu peranti serentak. Hal ini akan memudahkan pada anda yang menggunakan pelbagai telefon pintar.
Menarik betul. Tapi malangnya, ada ura-ura mengatakan aplikasi Telegram ini akan dikenakan kaedah ‘paid features’. Tapi buat masa sekarang jangan risau, perkhidmatan mesej di Telegram masih kekal percuma.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

