Nama Dr. Syafiqa Hayra bukanlah asing bagi warga maya yang mengikuti perkembangannya di media sosial. Merupakan salah seorang anak kepada Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os, dia kini bertugas sepenuh masa sebagai doktor perubatan.
Baru-baru ini perkongsian di akaun TikTok miliknya menjadi tular apabila dia berkongsi kisah tentang kenangan sebuah stetoskop yang dibelikan oleh ayahnya saat berada di tahun-tahun terakhir pengajian sebelum bergelar seorang doktor.
Stetoskop berona merah jambu itu menjadi lambang semangat, kebanggaan dan nilai kasih sayang sejati seorang ayah kepada anak.
“Lain orang lain kisahnya. Aku? Stetoskop berusia hampir 10 tahun ini takkan ku tukar sampai bila-bila. Akan ku jaga dengan rapi. Pemberian Allahyarham abah yang paling bermakna untuk aku.
“Happy abah masa belikan stetoskop ni untuk aku mengenangkan anaknya tak lama lagi akan graduate dan jadi doktor. Setiap kali berjalan atau berkerja memang abah sebut berulang kali dibibirnya, anak aku belajar medic di Mesir, tengah nak jadi doktor,” kongsi Syafiqa kisah arwah bapanya membelikan steteskop tersebut.
Ads
Mengenang kisah pemberian ayahnya yang dianggap paling berharga itu. Syafiqa turut imbas kembali momen yang mana dia hampir kehilangan steteskop tersebut akibat kecuaian orang lain.
“Pernah sekali ada seorang hamba Allah meminjam stetoskop ni dan terlupa untuk pulangkan semula masa berkhidmat di HKL. Merata aku mencari sambil bergenang air mata mengenangkan pemberian abah yang paling aku sayang ni.
Ads
“Dari satu wad ke satu wad yang lain, merata-rata aku cari mengenangkan stetoskop kesayangan aku ni hilang. Nasib baik jumpa. Dengan stetoskop ini aku lulus professional exam untuk jadi seorang doktor.
“Dengan stetoskop ini juga lah aku guna setiap hari untuk dengar pesakit batuk, sakit dada, sakit perut, bercakap dengan patient pekak pun pernah guna stetoskop ni. Mengalir pahala abah setiap kali aku memeriksa pesakit dengan menggunakan stetoskop ni,” kongsinya panjang.
Selain itu Dr. Syafiqah yang merupakan graduan Universiti Mansoura Mesir turut berkongsi yang ayahnya sangat bangga apabila dia mengambil jurusan perubatan dan sentiasa berkongsi dengan orang lain bahawa anaknya bakal bergelar seorang doktor kelak.
Imbas kembali, Mr Os merupakan figura yang cukup terkenal era 80-an dan 90-an dalam dunia seni tempatan. Pelawak, pengarah dan pelakon serba boleh ini banyak menghiburkan rakyat Malaysia baik di kaca televisyen mahupun pentas sepanjang kerjayanya dalam dunia seni.
Pada akhir usianya, Mr Os berkhidmat sebagai seorang pemandu teksi. Allahyarham meninggal dunia pada tanggal 8 April 2016 akibat penyakit kanser yang dihidapinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk pengetahuan korang, seorang saintis warganegara Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom iaitu Dr Serena Nik-Zainal sebelum ini pernah dianugerahkan dengan ‘Hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner’ pada tahun 2019. Ia di atas kejayaan beliau menjalankan kajian untuk mempercepat penafsiran holistik genom kanser.
Terbaru pada bulan ini, Dr Serena sekali membanggakan Malaysia selepas menerima anugerah Francis Crick Medal & Lecture 2022 di atas sumbangannya terhadap kajian punca barah.
Wah.. #bangga!
Menurut laporan The Royal Society, anugerah ini diberikan kepada Dr Serena atas kejayaan analisisnya berkenaan tanda-tanda mutasi pada genom barah; yang mana pada ketika ini telah diterapkan dalam terapi melibatkan barah.
Menerusi akaun Twitternya, Dr Serena telah memuat naik ciapan bagi menzahirkan rasa teruja dan berterima kasih di atas penghormatan besar ini.
Wow!
Thrilled & hugely grateful for this immense honour 😌
Francis Crick Medal & Lecture 🧬!
Thank you @royalsociety !
Thank you 🙏 to all that have taught, supported, pushed & mentored me.
So appreciative!
“Terima kasih kepada semua yang telah mengajar, menyokong, mendorong dan membimbing saya. (Saya) sangat menghargainya! Kepada pasukan saya yang hebat, ini adalah untuk kita,” catat beliau pada hari Selasa lalu.
Menerusi anugerah The Francis Crick Medal & Lecture ini, Dr Serena yang kini bertugas sebagai seorang doktor dan saintis di Pusat Penyelidikan Kanser UK, Universiti Cambridge bakal menerima pingat gangsa dan ganjaran wang tunai sebanyak £2,000 (RM11,568).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelaran ratu pecut diraih oleh atlet olahraga kebangsaan, Azreen Nabila Alias setelah berjaya meraih emas bagi acara 100 meter wanita di kejohanan Sukan Universiti EMAS (AUG) 2022 yang sedang berlangsung Stadium Sisaket City, Thailand.
Azreen mencatatkan masa 11.88s bagi mengungguli acara tersebut mengatasi seorang lagi pelari kebangsaan, Nor Sarah Adi di tempat kedua dengan catatan 11.97s. Sementara itu, atlet tuan rumah, On-Uma Chattha pula berpuas hati dengan pingat gangsa setelah mencatatkan 12.41s.
Kata atlet kelahiran Terengganu itu kepada pemberita dari Malaysia di sana, dia tidak menjangkakan kejayaan terssebut memandangkan keadaan kesihatannya yang sedikit merosot sejak kelmarin.
“Saya cuma hendak lakukan yang terbaik dan pegang kata-kata jurulatih. Kemenangan ini ternyata menggembirakan saya apabila dapat tebus semula kekalahan sebelum ini,” katanya.
Terdahulu pada tahun lalu, Azreen pernah mencipta fenomena di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila merekodkan dua catatan masa di bawah 12s termasuk satu rekod peribadi terbaik 11.77s.
Turut menyumbang pingat emas daripada kem olahraga Malaysia ialah atlet lontar peluru, Kamal Farhan A Rahman menerusi lontaran sejauh 16.47 meter. Manakala enam lagi atlet olahraga lain telah menghadiahkan pingat perak untuk Malaysia menerusi Sarah Adi, Nurul Hidayah Lukma (baling tukul besi), Mohamad Amirul Arif Mohd Azri (1,500m), Teoh Kim Chyi (400m), Muhammad Firdaus Mohamad Zemi (400m) dan R.Kirthana (lompat kijang).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi GiatMARA bakal memperkenalkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Junior di seluruh negara secara berperingkat mulai tahun ini.
Untuk permulaan, seramai 5,000 pelajar berusia antara 12 hingga 16 tahun disasarkan mengikuti kursus asas jangka pendek yang ditawarkan di 231 GiatMARA. Seramai 55 pelajar sudah menerima kursus latihan asas TVET di GiatMARA Padang Terap selama lima hari selepas ia dilancarkan pada 13 Mac lalu.
Pelajar akan menjalani latihan atau kursus asas jangka pendek selama dua atau tiga hari pada hujung minggu atau cuti sekolah. Antara kursus yang ditawarkan adalah asas kemahiran seperti pendawaian elektrik, membaiki basikal, latihan masakan seperti membuat kek dan jahitan.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai TVET, selain mereka boleh buat sendiri jika berlaku kerosakan di rumah. GiatMARA juga bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan ketua kampung bagi memudahkan pelajar yang berminat menyertai program berkenaan.
Peserta akan disediakan makan dan minum serta sijil serta selepas tamat kursus, mereka boleh memilih sama ada mahu meneruskan belajar kemahiran ke peringkat tertinggi atau belajar dalam bidang akademik.
Tidak dinafikan inisiatif yang dibuat ini dapat memberikan peluang khususnya masyarakat di luar bandar untuk menyertai kursus dan kelas-kelas kemahiran. Semoga program ini dapat menarik minat pelajar sekolah dan diharap agar lebih banyak lagi program seumpama ini dijalankan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.