Menuju Zaman 5G, Penduduk Kuala Lumpur Bakal Nikmati Internet Selaju 100Mbps MINIMUM

Share

Siapa kata tak untung kalau kita hidup di Kuala Lumpur?

Masalah kos sara diri yang tinggi memanglah tak dapat dielakkan. Mana-mana ibu negara di dunia ini pasti akan menghadapi masalah yang sama.

Namun, di sebalik beban kos, pasti ada banyak kelebihan sekiranya menetap di bandar seperti Kuala Lumpur. Contohnya, teknologi internet 5G yang bakal diperkenalkan tak lama lagi.

Menarik tu!

Facebook telah mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk membantu Kuala Lumpur mendapatkan jaringan internet 5G dengan menawarkan teknologi ‘Facebook Terragraph’.

Kuala Lumpur adalah ibu negara kedua yang dipilih Facebook bagi projek terbaru ini selepas Budapest, Hungary.

‘Facebook Terragraph’ kata mereka akan bekerjasama bersama Telenor (syarikat telekomunikasi milik Norway) untuk menjalankan ujian Terragraph di Kuala Lumpur. Dengan menggunakan teknologi gelombang kecil ( millimeter-wave frequencies

), syarikat penawar jaringan interner di Malaysia dapat dihubungkan dengan lebih pantas.

Exciting kan!

Buat masa ini, mereka juga sedang mensasarkan kepada kawasan luar bandar di sekitar Kuala Lumpur agar tiada lagi masalah internet kurang memuaskan berlaku. Bila dah dapat 5G, kadar kelajuan internet juga akan melebihi 100Mbps, iaitu tahap terpantas sekarang.

Mark Zuckerberg ketika berucap di MWC, Barcelona semalam.

Berita yang disampaikan oleh Facebook sidang Mobile World Congress (MWC) 2018 di Barcelona ini agak menarik untuk dibincangkan.

Kalau nak tahu broadband mana yang menawarkan pilihan terbaik bolehlah layari iMoney.my. Sebab kita boleh memilih broadband mengikut kelajuan, bajet dan kesesuaian kita. Cool kan?

IKLAN