Dengan sasaran Malaysia akan menjadi negara ‘cashless’pada tahun 2050, ini bermaksud kita ada lagi 30 tahun untuk menukar sistem wang yang kita guna pakai sekarang kepada sistem kad.
Korang perasan tak sejak beberapa bulan ini, bila pengunaan kad debit mula diperluaskan penulis dapati penulis jarang menyimpan duit tunai dalam dompet.
Kadangkala berdepan masalah juga apabila kita perlu membayar secara tunai tapi seluk-seluk duit tak ada dek kerana semakin jarang ke ATM mengeluarkan wang tunai.
Ads
Malah tidak lama lagi, untuk membeli tiket bas di kesemua terminal pengangkutan bas awam di seluruh negara juga akan menggunapakai sistem pembelian tanpa tunai dan cuma menggunakan e-dompet yang dikendalikan oleh 3 pengendali platform iaitu Boost, Touch ‘n Go serta GCash.
Buat masa ini, antara terminal yang telah mengamalkan pembelian tiket cashless ini adalah Terminal Amanjaya di Ipoh, Perak.
Ads
Langkah sama disusuli oleh Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang baharu saja melancarkan sistem pembelian menggunakan e-dompetnya semalam (22 Jan 2020).
Inisiatif sama akan juga dilakukan di terminal bas lain, namun secara berperingkat.
Ads
Ini kerana pengusaha syarikat bas terutama bas henti-henti yang mendapat subsidi daripada kerajaan, mereka disyaratkan untuk melaksanakan sistem pembelian tiket tanpa tunai.
Begitu juga bagi syarikat bas ekspres yang melalui destinasi utama turut disaran melaksanakan usaha ‘cashless’ ini.
Tahun ini, perkhidmatan pengangkutan awam disasar untuk ditransformasikan kepada sistem pendigitalan bagi memudahkan lagi urusan pengguna di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berpengalaman, Stacy Anam dimarahi bapa gara-gara membuat persembahan tribute buat abang kandungnya iaitu mendiang Chaq pada konsert minggu kelima The Hardest Singing Show (THSS).
Kata penyanyi lagu popular Pelangi Senja itu, keluarganya masih berdukacita atas pemergian Chaq yang meninggal dunia akibat kemalangan pada Mac tahun lalu di Hospital Sibu, Sarawak.
“Sebenarnya tadi (malam selepas konsert) ayah saya telefon. Dia marah kerana mengapa dijadikan persembahan. Mereka tidak tahu tentang persembahan ini. Sejujurnya saya sendiri pun masih belum boleh mengatasi perasaan rindu sejak kehilangannya.
“Saya fikir dengan membuat persembahan ditujukan khas buat dia, saya mungkin akan rasa tenang. Tetapi, saya ternyata silap kerana perasaan rindu itu tetap ada,” katanya.
Selain itu, Stacy turut memaklumkan sejak minggu pertama program THSS, dia sering mengalami serangan panik sebelum membuat persembahan dan mengakui hal tersebut amat jarang berlaku sebelum abang tercintanya meninggal dunia.
“Saya sangat jarang mengalami serangan panik, tetapi sejak minggu pertama saya mengalami serangan panik sebelum membuat persembahan. Mungkin kerana perkara seperti ini yang belum saya ‘selesaikan’.
“Bagaimanapun, Alhamdulilah persembahan menjadi bila saya keluarkan emosi sebenar. Tetapi, saya perlu banyak belajar lagi untuk menyampaikan secara betul terutama persembahan yang melibatkan emosi,” tuturnya lagi.
Pada malam tersebut, Stacy mendedikasikan khas persembahan pada malam itu buat Chaq dan berterima kasih kepada abangnya kerana telah menjadi pendorong buat dia menceburi bidang nyanyian.
Terdahulu, Chaq yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga pada 2009 menghembuskan nafas terakhir pada 21 Mac tahun lalu apabila mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jenayah tidak mengenal mangsa dan siapa kamu, kes keganasan dikalangan kanak-kanak,remaja dan wanita kian menjadi-jadi di negara di negara kita.
Mengambil kira hal ini, seorang pemilik akaun Twitter @JatIkhwan yang juga merupakan seorang peguam tampil berkongsi peralatan yang boleh digunakan oleh wanita, kanak-kanak dan warga emas sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Saya ada cari di internet peralatan yang wanita atau sesiapa saja boleh guna untuk cuba selamatkan diri. Salah satunya adalah ini- Rape Alarm. Bila alat ni diaktifkan, satu bunyi siren kuat 130/90 Db akan dikeluarkan untuk tarik perhatian orang etc. Sama-sama banteras jenayah. pic.twitter.com/pxdZegCqRB
Untuk pengetahuan semua alatan ‘Rape Alarm’ atau penggera rogol yang boleh membantu ramai orang. Rape Alarm berfungsi membantu anda untuk menyelamatkan diri kerana ia menghasilkan bunyi siren yang kuat sehingga mampu menarik perhatian orang sekeliing apabila diaktifkan.
Malah, bunyi siren itu memiliki kekuatan sehingga 130/90 Db dan dipercayai boleh didengari dalam lingkungan 1KM.
Sempat Kongsi Kedai Yang Menjual Alatan Ini.
Bagi anda yang ingin mendapatkan ‘Rape Alarm’ ini, ia boleh didapati di kedai MR.DIY dengan harga RM 7 sahaja untuk dua. Bunyi yang dihasilkan sangat kuat dan menyakitkan telinga mampu menyelamatkan anda kelak.
Berikutan perkongsian Ikhwan, netizen memberikan reaksi positif dan kebanyakannya mahu mendapatkan penggera tersebut sebagai langkah persediaan untuk menghadapi saat cemas nanti.
Walau bagaimanapun, Ikhwan tidak menyarankan pengguna untuk bergantung seratus peratus kepada alat ini dan sekurang-kurangnya perlu ketahui ilmu pertahanan diri yang mudah. Semoga perkongsian daripada Ikhwan ini bermanfaat.
Kalau dah bagus why not kita cuba kan, demi keselamatan diri kita juga.
Sumber : Twitter Ikhwan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Azam baru, nak kurus! Rasanya setiap tahun memang selalu kita dengar semua orang cakap “Tahun ni aku kena kurus” dan sampai la ke tahun hadapan nampaknya masih simpan azam yang sama dan tak pernah pun jadi kenyataan.
Nah, itu semua hanya cakap-cakap kosong bagi mereka yang tak pernah ada usaha nak memperbaiki diri. Ramai yang memandang sinis bila individu bertubuh besar menyatakan hasrat ingin menurunkan berat badan.
Bagi mereka, individu ini hanya hangat-hangat tahi ayam sebab dah sebati dengan ‘makanan’, mana mungkin mampu tahan nafsu makan.
Walaupu bagaimanapun, banyak sebenarnya kisah individu bertubuh besar yang dah pun kurus memberi inspirasi buat orang lain. Bezanya hanya dengan cara bagaimana mereka kurus dan rutin yang diamalkan setiap hari.
Nak Kurus Bukan Hanya Diet
Bagi Afil Syazwan Jefri, dia memilih untuk melakukan diet secara sihat dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menggunakan ubat-ubatan untuk kurus. Dia menganggap tidak ada hasilnya pun, daripada buang duit dan masa, lebih baik ‘angkat punggung’ dan buat sesuatu.
Lelaki ini pernah mencecah berat sehingga 98 kg pada Ramadan tahun lepas dan sememangnya setiap kali menjelang bulan puasa dia akan cuak umpama kucing mendengar guruh kerana dia tahu beratnya akan naik kaw-kaw.
Jadi, apa yang dia buat? Cepat-cepat tanam azam dan atur strategi untuk jalani kehidupan yang lebih sihat.
Berikut merupakan tip yang dikongsi oleh lelaki ini:
1. Cut semua minum manis dan banyak minum air kosong. Dalam sehari, cuba untuk habiskan at least dua botol besar mineral water. Balik rumah, minum lagi. Memang mula-mula susah tapi nanti lama-lama dah terbiasa dan jadi okay.
2. Dari segi makanan, saya makan juga nasi cuma kecilkan sikit saiz hidangan tu. Tengah hari, banyak makan ikan bakar atau ayam bakar. Sayur kena makan juga bagi seimbang sikit.
3. Dinner, kalau selalu ikut time perut, tapi untuk selamatkan keadaan, saya dinner lebih awal. Paling lewat pun jam 8 malam. Then kalau tengah malam saya lapar lagi, saya makan kacang kuda yang kuning tu. Then tidur awal.
4. Setiap pagi, on weekdays saya akan berjalan kaki. Ini untuk dua tiga bulan pertama sebab nak lari, tak mampu lagi. Lagi satu, takut bumi bergegar kalau saya lari. Haha. Just kidding.
So, saya akan berjalan kaki, setiap pagi 6 km. Selalunya, 1 jam dah settle dah. On weekend, saya akan berjalan 10 km. Berjalan pun janganlah malas sangat. Jalan bagi laju sikit dan biar berpeluh dan rasa jantung tu pam laju.
5. Bila berat saya dah turun seperti yang saya nak, cuba maintain untuk lari (non stop) 2 km every day. Sampailah sekarang, saya kekalkan benda tu. Kalau tak mampu one shot, buat 1 km pagi dan 1 km petang atau malam.
6. Untuk naikkan muscle, kalau tak sempat ke gym, saya akan push up. Sehari, saya buat 100-200 kali push up atau BM dia, tekan tubi. Buat 50 kali bukan lebar dan 50 kali bukaan kecil atau diamond. Itu minimum.
Untuk push up, saya akan buat 20 kali, then rehat 20 saat then sambung lagi 20 kali, dan cukupkan 100 atau 200 kali.
Kalau tak mampu, sama juga macam berlari. Bahagikan kepada dua bahagian. Contohnya 50 atau 100 kali di sebelah pagi sebelum pergi kerja, dan 50 atau 100 kali sebelum tidur.
Sekarang, berat Afil sudah pun 78.8 kg dan selama lebih kurang setahun, dia berjaya menurunkan 16.3 kg. Lihat saja progress yang ditunjukkan daripada gambar before dan after, memang boleh jadi inspirasi buat anda yang nak menurunkan berat badan juga.
Bukan nak sado, kurus atau apa, tapi dia cuba untuk turunkan berat untuk elak mengah, cepat penat, sakit kaki dan mudah rasa ngantok. Mungkin ada yang kata “Tak nampak beza pun”, Afil dengan selamba menjawab, “Who cares”.
Nasihatnya kepada individu yang bertubuh besar, kita boleh turunkan berat badan sedikit demi sedikit kalau kita betul-betul nak. Jadi, jangan putus asa dan jangan berhenti.
“Kalau kau percaya bahawa diet semata-mata boleh turunkan berat, kau kolot sebab itu adalah mitos. Nak tak nak, kau kena juga bergerak dan keluarkan peluh,” tambahnya lagi.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.