Ummi Umairah binti Saiful Anuar satu nama yang mungkin asing bagi kita semua, namun jika disebut Umai pasti ramai yang kenal dengan penyanyi cilik yang semakin meningkat dewasa ini.
Merupakan anak saudara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia ialah anak sulung kepada adik penyanyi terkenal itu, Siti Saerah. Mewarisi bakat nyanyian daripada ibu dan juga ibu saudaranya, Umai memiliki suara yang merdu dan pandai menyanyi walaupun masih muda.
Jadi tidak hairanlah jika sejak kecil lagi dia sudah menghiasi kaca televisyen.
BAKAT SEMULA JADI
Bukti kepada bakat yang dimiliki, dia pernah menjadi antara enam peserta terbaik Ceria Megastar Ministar pada tahun 2019 ketika berusia lapan tahun dan kemudiannya menjadi juara rancangan Famili Duo bagi episod kedua hasil gandingan paduan suara dengan ibunya.
Aktif dengan aktiviti nyanyian di sekolah, baru-baru ini gadis manis ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian kategori perempuan sekolah rendah di Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2022 peringkat negeri Pahang.
Dalam hantaran di laman Instagramnya itu, Umairah dilihat bergambar dengan piala yang dimenangi serta menunjukkan sijil kepemangan yang menyatakan dia memperoleh tempat pertama.
Congratulation Umai!
Ads
PESAN SITI NURHALIZA
Selain itu, baru-baru ini dalam satu video yang dimuat naik ke dalam sebuah akaun YouTube menampilkan gelagat Umai yang hadir ke belakang tabir konsert Music of The Soul yang menampilkan ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Umai yang dilihat sudah hampir sama tinggi dengan ibu saudaranya itu tampil mengabadikan kenangan berfoto bersama. Siti Nurhaliza yang sememangnya rapat dengan anak saudaranya itu seraya berkata, “Dah besar dah budak ni, belajar rajin-rajin.”
Ads
Umai yang tersipu-sipu malu mengangguk sambil mendengar nasihat ibu saudaranya itu. Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Umai kini sudah berusia 11 tahun dan sedang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Chin, Kuantan, Pahang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tan Rouxin baru berada dalam tingkatan empat, namun dia membuktikan yang usia bukanlah penghalang untuk berjaya. Merupakan anak kelahiran Johor Bahru, atlet yang mewakili negeri Johor Darul Takzim ini mempamerkan aksi cemerlang yang membanggakan.
Dia berjaya merangkul enam emas dalam acara 50m kuak dada, 100m kuak dada, 200m kuak dada, 100m kuak lentang, 200m kuak lentang dan 200m rampaian individu selain memperoleh satu pingat perak dan satu pingat gangsa untuk dua lagi acara berbeza.
Bercakap kepada media, gadis yang lincah di kolam renang ini seolah-olah tidak percaya dengan pencapaian yang digenggam.
“Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong dan sentiasa berada di belakang saya selama ini. Kejayaan kali ini juga sangat tak disangka-sangka. Dengan enam pingat emas pada penampilan pertama saya di SUKMA, ia adalah perkara luar biasa. Saya sendiri tidak percaya,” ujarnya.
Sebagai seorang atlet, semestinya gadis ini memiliki impian untuk bertanding di pentas yang lebih besar. Kongsinya, “Selepas ini saya mahu melayakkan diri ke Sukan SEA Kemboja tahun depan kerana itu adalah harapan terbesar saya setakat ini.”
Ternyata impiannya itu bakal menjadi kenyataan apabila kecemerlangannya mendapat perhatian Persatuan Renang Malaysia (MS). Dengan kejayaan yang membanggakan ini Tan Rouxin sudah mula diintai oleh MS untuk disenaraikan dalam skuad Sukan SEA 2023.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung MS, Mae Chen dalam satu temubual bersama media. Dia memberitahu bahawa pihaknya sedang menimbangkan untuk membawa masuk atlet berusia 16 tahun itu ke dalam skuad kebangsaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila mendapat tempat pertama dalam pertandingan Adobe Certified Professional World Championship 2024 yang diadakan di California, Amerika Syarikat.
Pelajar semester 5 Diploma Rekabentuk Grafik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Izzul Zafran Abd Razak menewaskan 47 peserta daripada 40 negara untuk membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai US$8,000 (RM36,170), sijil, medal dan trofi kemenangan.
Izzul telah menghasilkan poster bertajuk Digital Skills for A Sustainable Future menggunakan aplikasi Adobe Creative Cloud dalam kejohanan dunia yang berlangsung pada 28 hingga 31 Julai lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihak kementerian akan memberikan penghargaan bersesuaian kepada Izzul Zafran sebagai menghargai usahanya dalam mengharumkan nama negara.
“Saya fikir ini satu pencapaian yang amat baik dari segi akademik dan kita akan cuba cari kaedah bagaimana pelajar ini boleh berkongsi pengalaman untuk dijadikan sumber inspirasi kepada pelajar lain”
Tambah beliau, kejayaan Izzul wajar dijadikan contoh kepada pelajar lain untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan mengharumkan nama negara terutamanya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasionnal (TVET).
Sekadar info, pertandingan tahunan itu terbuka kepada pelajar berusia 13 hingga 22 tahun di seluruh dunia bagi membuktikan kemahiran dan kecekapan mereka menggunakan perisian Adobe Creative Cloud dalam mencipta atau mereka bentuk poster.
Panel juri terdiri daripada pakar industri reka bentuk termasuk The King’s Trust International yang menyemak projek akhir peserta dan pemenang dipilih berdasarkan daya tarikan visual, keupayaan memenuhi keperluan pelanggan dan estetika jenama serta penggunaan profesional aplikasi berkenaan.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain catur muda daripada Pulau Pinang, Poh Yu Tian raih anugerah gelaran International Master (IM) selepas memperoleh kedudukan 2,429 dalam Kejohanan Catur Remaja Asia Timur (EAYCC) Ke-8 di Pulau Pinang.
Remaja berusia 15 tahun itu telah mempamerkan persembahan cemerlang secara keseluruhan dalam kalangan pemain Malaysia apabila berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun terbuka, juara acara rapid serta penyertaan dalam acara Blitz (catur kilat).
Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan Yu Tian sebagai pemain termuda dan ke-10 di Malaysia yang mendapat gelaran IM, sekali gus membolehkan dirinya menjadi penerima pertama trofi Piala PMX, yang disampaikan oleh anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Nurul Nuha pada acara penutupan kejohanan berkenaan.
Selain Yu Tian, pemain catur Malaysia di bawah Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) yang turut berjaya mempamerkan kejayaan cemerlang dalam kejohanan itu ialah Ainul Mardhiah Afif (Woman FIDE Master-WFM) pemenang kategori bawah 14 tahun perempuan; Kavin Mohan, Chess Master (CM) yang menang tempat kedua kategori bawah 14 tahun terbuka dan Chow Yi Chen dan Yap Ray Jin yang turut memperoleh gelaran CM selepas masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga kategori bawah 10 tahun terbuka.
Seramai 358 peserta lelaki dan wanita daripada 17 negara mengambil bahagian dalam kejohanan yang bermula pada 12 Julai lepas anjuran PCA bersama Persatuan Catur Malaysia (MCF), dengan Malaysia menghantar 74 pemain untuk bertanding dalam enam kategori iaitu bawah 8 tahun, bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 14 tahun, bawah 16 tahun dan bawah 18 tahun.
Pasukan Malaysia berjaya merangkul tempat kedua keseluruhan kejohanan selepas memungut dua emas, dua perak dan satu gangsa.
Johan menjadi milik pasukan dari China selepas menamatkan kejohanan dengan memperoleh lima emas, tiga perak dan lima gangsa, manakala tempat ketiga Vietnam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Aisha Retno sekali lagi menjadi perhatian selepas menjawab teguran seorang netizen yang mempersoalkan personalitinya ketika berada di khalayak umum.
Menerusi komen tersebut, individu...