Foto Via Twitter

Siapa tak kenal Isa Isarb, YOUTUBER yang diangkat sebagai pemenang Youtubrity Terbaik Malaysia di Anugerah Youtubrity Malaysia 2021 (AYM2021).

Saluran YouTube Isa Isarb turut menjadi kegemaran kerana menyajikan bermacam elemen seperti kejutan, lawak dan inspirasi. Konten-konten yang disediakan di saluran tersebut adalah pelbagai.

Mengamuk Isteri Hamil Terjatuh Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000, Ini Respon Netizen

Baru-baru ini, Isa Isarb atau nama asalnya Isa Batharul Zaman terpalit kontroversi selepas menganjurkan cabaran dengan harga bernilai RM10,000 di Garden Arena, Rawang.

Insiden tersebut terjadi selepas seorang wanita mengandung terjatuh akibat terlanggar besi pintu ketika bersesak dan berebut untuk menyertai cabaran yang dianjurkan.

 

IKLAN

Selepas terjatuh, suami wanita mengandung tersebut dilihat mengamuk. Hal tersebut dilihat diselesaikan dengan tenang oleh Isa Isarb apabila menawarkan untuk bawa wanita tersebut ke hospital dan juga meminta maaf kepada pasangan itu walaupun awalnya keadaan agak tegang.

Malah,  cabaran tersebut sepatutnya dianjurkan selama 13 hari tetapi tergendala semalam apabila insiden tidak diingini berlaku.

Melihat video yang viral dimedia sosial, para netizen pun mula memberi respon dan mengecam kedua-dua pihak. Baik penganjur dan juga lelaki yang mengamuk tersebut kerana membawa wanita itu menyertai cabaran.

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

Ini bukan kali pertama Isa Isarb membuat konten video yang berkonsepkan ‘challenge’ dan prank. Aduyai…bulan-bulan mulia ni cuba buat perkara berfaedah sikit macam acara World #QuranHour ini.

BACA LAGI : ‘Dunia Bersujud’ Pada 24 Ramadan Ini Sempena World #QuranHour

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI