Menangis Beberapa Kali Di Tempat Awam, Justin Bieber Risaukan Selena Gomez?

Share

 

Oktober 2018 merupakan bulan yang cukup sukar untuk insan bernama Selena Gomez.

 

Setelah muncul semula pada awal tahun ini di media mainstream, media sosial dan karpet merah dengan keadaan yang lebih sihat, mental dan fizikal Selena Gomez kembali diuji apabila dia diwadkan ke dalam hospital dan seterusnya pusat rehabilitasi.

Alasan yang diberi, “mental breakdown”.

BACA: Selena Gomez Masuk Rehab Pada Hari Kesihatan Mental Sedunia, Hanya Kebetulan?

Foto yang ditangkap paparazi setelah berita tentang Selena Gomez tersebar. He is not looking (and doing) too good.

 

Dan menurut sumber, bekas teman lelaki dan rakan karibnya, Justin Bieber tidak dapat mengawal emosi apabila mengetahui berita tersebut.

Minggu ini saja, paparazi Hollywood berjaya menangkap gambar Justin menangis di tempat awam sebanyak 2 kali. Pertama di luar gereja pada hari Rabu, dan kemudian bersama tunang/isterinya (yang mana satu ni!), Hailey Baldwin.

 

Hailey cuba fahami emosi Justin.

 

Semua tahu Justin masih menyayangi Selena sebagai kawan.

Cuma, tiada apa yang boleh dilakukan Justin kecuali memberi kata-kata semangat serta mendoakan kesihatan Selena beransur pulih. Which is why this has become so difficult for Justin.

 

 

Ini bukanlah kali pertama Justin dilihat menangis. Dia dikenali sebagai selebriti beremosi kuat di sebalik persona cool seorang penyanyi pop.

Cumanya kali ini, ramai yang risaukan tentangnya. Hollywood menganggap Justin mungkin tak lagi berminat untuk menjadi selebriti. At least, not for now.

BACA : Ini Sebab Sebenar Justin & Hailey Menangis Bersama, Bukan Sebab Break Up..

“Banyak perkara sedang berlaku dalam hidupnya. Pertunangan, perkahwinan, sokongan peminat. Sepatutnya dia gembira. Bagaimanapun, dia merasakan sebaliknya.

“Justin tidak lagi inginkan populariti, dan tidak merekodkan lagu baru in a while. Kami takut Justin akan kembali seperti beberapa tahun lalu..” kata sumber Us Weekly.

 

Foto yang tersebar, November lalu selepas Selena pulih daripada pembedahan pemindahan organ.

 

“Apabila mereka berdua berbaik semula (pada November 2017), Justin faham bagaimana kesihatan Selena betul-betul memberi kesan kepada bekas teman wanitanya itu. Dia faham yang kali ini, Selena sedang berdepan dengan situasi yang serius.”

Hhm, Justin nampak sedang bergelut dengan emosinya sendiri.

 

Kami harapkan mereka berdua dapat mengatasi isu yang dihadapi secepat mungkin!

 

IKLAN