Kalau korang minat Bollywood atau suka tengok filem India, mesti dah tak asing dengan nama Janhvi Kapoor.
Tampil pertama kali di Cannes jadi bukti yang Janhvi semakin dikenali bukan saja dalam industri filem India, tapi juga di peringkat antarabangsa, terutama dalam dunia fesyen dan hiburan.
Dengan gabungan glamor Bollywood dan sentuhan fesyen antarabangsa yang trendy. Janhvi Kapoor mempamerkan rangkaian siluet yang elegan. Janhvi Kapoor betul-betul memukau semua orang.
Tiada satu pun penampilannya yang kelam, kesemua busana mega dan cantik sempurna. Tak percaya, tengok ni:
Untuk tayangan perdana filemnya Homebound, Janhvi tiba dengan memakai gaun rekaan khas Anamika Khanna. Gaun itu menampilkan bahagian atas bersulam emas dengan skirt hijau pudina. Bahagian belakang dibiarkan terdedah dengan rantai khas terhasil daripada gabungan permata tradisional India yang dicampur dengan ciptaan jed dan jadao. Padanan aksesori jhumka aksen hijau pudina dan gelang menambah lagi seri.
Penampilan ini merupakan penghormatan penggaya Rhea Kapoor kepada YSL, yang menampilkan koleksi Rive Gauche – khususnya topi piring dari YSL 1987, dan jaket baldu dari 1989. Melengkapkan penampilan dengan padanan skirt sifon sutera diaphanous ilham era puitis Yves antara tahun 1987 dan 1991, yang dibuat oleh Anamika Khanna.
Menampilkan gaya ‘wet sari’, Janhvi membawa nostalgia Bollywood ke Perancis. Penampilan basah signature pereka fesyen itu digabungkan dengan imaginasi kontemporari sari.
Ads
Jom kenali 5 fakta menarik tentang pelakon muda yang tengah menjadi idola ramai remaja ini!
1. Anak Selebriti Legenda Janhvi adalah anak kepada arwah Sridevi, pelakon lagenda Bollywood yang sangat dihormati, dan Boney Kapoor, penerbit filem terkenal. Jadi, bakat lakonan dia memang ada ‘darah seni’!
2. Debut Hebat dengan Filem Dhadak Filem pertama Janhvi ialah Dhadak (2018) yang terus buat dia dikenali ramai. Filem ni adaptasi dari filem Marathi popular dan berjaya raih perhatian penonton muda.
3. Pelakon Muda Dengan Pelbagai Genre Janhvi tak takut cuba watak berbeza — dari romantik dalam Dhadak sampai ke biografi hero wanita dalam Gunjan Saxena: The Kargil Girl. Dia suka cabar diri untuk improve skill lakonan.
4. Ikon Fesyen Remaja Selain berlakon, Janhvi juga terkenal dengan gaya fesyennya yang chic dan santai. Dia selalu jadi pilihan jenama dan muncul dalam majalah fesyen popular.
5. Aktif Di Media Sosial Janhvi sangat dekat dengan peminatnya di Instagram dan platform lain. Dia suka kongsi momen harian, behind-the-scenes shooting, dan juga inspirasi positif untuk para remaja.
Honestly, pada zaman sekarang agak sukar untuk mencari individu yang tidak kenal dengan nama Mark Zuckerberg. Mungkin bagi generasi veteran nama ini agak jarang kedengaran buat mereka tetapi bagi generasi muda, inilah nama yang sering dirujuk sebagai inspirasi ikon teknologi billionair yang harus dikagumi.
Sejak kebelakangan ini nama Mark Zuckerberg disebut-sebut gara-gara kebocoran data penggunanya kepada Cambridge Analatyca yang hangat diperkatakan terutamanya di Amerika Syarikat.
Insan yang memiliki kekayaan kira-kira USD64.1 billion ini menjadi ikon generasi muda dan menggerakkan revolusi teknologi maklumat, media sosial dan pelbagai inovasi Internet ini pernah bergelar sebagai pelajar Harvard University. Bagaimanakah kehidupannya zaman lampau?
1. Pelajar bertubuh kecil, kurus dan berkaca mata. Dia nampaknya agak kecil berbanding rakan-rakan di dalam foto ini. Nampak macam pemalu pun ada.
2. Amboi jari tu nakal ya. Dia dan komputer memang tak pernah berenggang. Malah ketika di Harvard digelar sebagai antara programmer berbakat besar.
3. Mark dikatakan gemar memakai sandal atau selipar sahaja bila berada di kampus. Memang jenis sempoi sangat.
4. Satu lagi foto dia ber-posing dengan serius tapi di kaki pula bergaya dengan sandal. Tak kena la bro! Hehe
5. Pergi lepak tepi kolam mandi pun masih setia dengan sandal jenama Jerman ini. Brooo come on!
6. Melihatkan anak muda memakai hoodie lusuh dan seluar jeans ini siapa sangka dia bakal menjadi bilionair seperti sekarang.
7. Pada hari-hari biasanya, Mark juga lebih selesa mengenakan kemeja. Memang nampak nerd habis!
8. Antara foto Mark terkini. Seakan tak jauh beza dengan dia yang dulu bukan?
9. Kini Mark sudahpun berkahwin dengan gadis pilihannya Priscilla Chan dan dikurniakan dua orang anak. Kalau nak tahu mereka berdua sudah berkenalan sejak tahun 2003 lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe 2020 bukanlah satu kemenangan yang disenangi semua. Banyak yang mencemuh mengatakan bahawa ada lagi peserta yang lebih layak dan tidak kurang juga ada yang menggelar ratu cantik itu dengan panggilan Miss Telemundo. Ini kerana Telemundo merupakan rangkaian televisyen Mexico yang menjadi antara penaja pertandingan tersebut.
Tidak sepi dari kontroversi, rekaan gaun petang rona merah yang digayakan Andrea Meza telah dikatakan hasil peniruan dari gaun La Bourjoisie yang direka oleh Nadim Soudaiha. Pereka fesyen yang berpangkalan di Kuwait ini telah membuka mulut apabila isu peniruan rekaan gaun petang tersebut diketengahkan oleh media antarabangsa.
Rekaan tersebut pernah dimuat naik Nadim dalam satu hantaran di Instagram yang mana ketika itu ia digayakan oleh seorang peragawati. Jika dilihat perbandingan, boleh dikatakan gaun rona merah Miss Universe 2020 itu 90 peratus menyerupai rekaan Nadim. Gaun yang digayakan Andrea itu direka oleh pereka fesyen Mexico yang berasal dari Itali, Ivis Lenin.
Carrie Underwood menggayakan gaun La Bourjouise rekaan Nadim. Sumber gambar: World Stock Market
Menurut Nadim dalam temubual bersama Kuwait Times, “Rekaan busana itu pernah dipakai oleh penyanyi popular, Carrie Underwood dalam satu majlis anugerah pada tahun 2017. Ketika itu di merupakan pengacara kepada majlis tersebut. Saya mengambil masa sekitar 10 hari untuk menghasilkan gaun ini yang terbuat dari tulle dengan kristal Swarovski dan manik-manik berjurai. Tetapi penata gaya Jacob de Alba mendedahkan dalam hantaran Instagram bahawa gaun Andrea yang oleh Ivis Lenin, mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.”
Andrea Meza saat menggayakan gaun petang ketika peringkat Top 10 Miss Universe 2020. Sumber gambar: Business Insider India
Apa yang menarik tentang kontroversi ini, Nadim sebenarnya merupakan orang Mexico yang telah berhijrah ke Kuwait untuk bekerja disana sebagai pereka fesyen untuk La Bourjoisie. Jadi rekaan asal pereka fesyen berdarah Mexico ditiru oleh pereka fesyen Mexico untuk digayakan oleh Miss Universe Mexico. How ideal is that? Apa yang pasti nampaknya pereka fesyen Ivis Lenin tidak boleh lari dari fakta yang rekaannya itu memang mirip dengan rekaan Nadim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk memiliki sepasang cahaya mata tercapai juga apabila penyanyi kesayangan tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi lelaki sekitar jam 6.21 pagi tadi, bersamaan 7 Ramadan 142H.
Pengumuman yang dimuatnaik oleh pihak Siti Nurhaliza Productions menerusi akaun Instagram @ctdk itu dilakukan dua jam setengah setelah segalanya selesai di bilik pembedahan.
Tangkap layar Instagram @ctdk
Menurut mereka, bayi seberat 3.84 kilogram itu telah dilahirkan melalui kaedah pembedahan dan ibu serta anak berada dalam keadaan sihat walafiat dan stabil.
Terdahulu, TokTi dan suami, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa telah memiliki cahaya mata sulung perempuan iaitu Siti Aafiyah Khalid pada 19 Mac 2018.
Wah, sweet betul apabila tarikh kelahiran kedua-dua cahaya mata mereka ini berbeza genap sebulan!
Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa turut melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.
Apa yang penting baginya adalah ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Tambahan pula, kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan al-Mubarak ini diharapkan akan mengurniakan barakah Allah SWT. Mereka berdua ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.