“Memperingati Jasa Blake….” – Peruntukan RM5 Juta Buat Unit Anjing K9 Menerusi Belanjawan 2024

Share
Budi baik dikenang jua….
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, kerajaan akan menambah baik kemudahan dan rawatan bagi anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurutnya, kerajaan juga akan menambah bilangan anjing pengesan untuk pihak bomba, polis dan kastam.

Tambah beliau, anjing pengesan seperti Blake yang mati baru-baru ini telah banyak menabur bakti kepada negara.

“Kita semua mesti mengingati Blake, anggota Unit Pengesan K9 Bomba yang telah meninggalkan kita setelah menabur bakti untuk negara.

“Kerajaan akan menambah baik kemudahan dan rawatan perubatan bagi anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Kerajaan juga menambah bilangan anjing pengesan K9 untuk Bomba, Polis dan Kastam dengan peruntukan RM5 juta,” katanya.
Blake merupakan antara anjing unit K9 yang banyak menabur bakti dalam misi menyelamat pihak bomba.
Pada 19 September lepas, anjing pengesan milik JBPM, Blake terpaksa ditidurkan (euthanized
) pada jam 4.38 petang selepas dikesan menghidapi barah.
Blake yang juga dikenali antara hero terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lepas.
Buat makluman, anjing kesayangan ramai itu didiagnosis menghidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu.

BACA LAGI: Tak Kisah Dilabel Kolot, Cikgu Tari Tular FAREES ASRI Pertahankan Seni Budaya Menerusi Lensa Media Sosial – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO/ARTIKEL: Awani, BERNAMA

 

IKLAN