


“Kita semua mesti mengingati Blake, anggota Unit Pengesan K9 Bomba yang telah meninggalkan kita setelah menabur bakti untuk negara.


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Awani, BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 10 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307470.jpeg)
Namun Sabtu lepas, Mesir sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila pihak berkuasa berjaya menemui lebih 100 keranda kuno dengan mumia masih ada di dalamnya oleh Kementerian Pelancongan dan Barangan Purba Mesir.
Dinamakan Step Pyramid Of Djoser di Saqqara, pameran 100 keranda kuno itu turut disertakan dengan penemuan 40 patung emas.
Apa yang menakjubkan, di saat peti keranda kuno itu dibuka, mumia di dalamnya tetap utuh dan tidak merosak langsung termasuk kain yang membalut tubuh mumia tersebut walau sudah berusia 2500 tahun.
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 11 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307461.jpeg)
.
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 12 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307465.jpeg)
.
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 13 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307462.jpeg)
.
Ya, Allah mahu tunjukkan kekuasanNya sebagai tanda untuk kita terus beriman kepada Allah dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad SAW.
Ini sesuai dengan ayat al-Quran iaitu surah Yunus ayat 92, “Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu (Firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu, dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
Namun penemuan 100 peti keranda kuno itu bukanlah pertemuan pertama. Ahli arkelogi sudah menemukan banyak keranda dan patung emas Firaun dari laman web Saqqara beberapa kali sebelum ini.
Pada 20 September lalu, kementerian itu mengumumkan pertemuan pertama mereka iaitu sebanyak 14 peti keranda kuno. Pencarian dan galian diteruskan di mana mereka menemukan lagi 59 keranda kuno ini.
Malah para arkeologi sangat kagum melihat keadaan mumia yang sangat sempurna (seolah-olah kaedah awet mayat pada hari ini sedangkan mumia ini sudah berusia 2500 tahun di saat teknologi belum berkembang).
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 14 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307458.jpeg)
.
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 15 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307459.jpeg)
.
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 16 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307463.jpeg)
.
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 17 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307471.jpeg)
126166825_3591982604180697_5784512496068663754_o.
![[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan 17 [Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/11/307471.jpeg)
126166825_3591982604180697_5784512496068663754_o.
Ramai menzahirkan kekaguman mereka saat mumia ini dibuka dan ia menjadi viral di twitter. Walau banyak artifak lama ditemui, apa yang menyedihkan penerokaan secara haram oleh pemburu harta karun mengakibatkan banyak kerosakan terjadi di lokasi-lokasi penting ini terutama di Saqqara Tomb, Cairo ini. Sumber gambar : Minister of Tourism and Antiquities.
تشرفت بدعوة معالي وزير السياحة والآثار في #مصر الدكتور خالد العناني إلى سقارة الإعلان عن اكتشاف مقبرة جديدة للمومياوات. رأيت مقبرة واحدة يتم فتحها لأول مرة منذ 2600 عام! حقاً شيء مدهش! @TourismandAntiq @MFATNZ pic.twitter.com/ARLOaEU1qg
— Greg Lewis (@NZinEgypt) October 3, 2020
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“WAJIB Solat Subuh Berjemaah & Tak Boleh Tidur Selepas Tu”, Inilah Rahsia Kejayaan 10 Beradik Di UIAM

Semalam tular di media sosial kejayaan 10 beradik yang kesemuanya berjaya memperoleh ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di mana kejayaan ini dianggap luar biasa dan amat jarang berlaku di mana kesemuanya adalah graduan dari universiti sama.
Selepas kisah ini tular, anak kesembilan, Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz telah menulis di fbnya tentang rahsia kejayaan mereka 10 beradik.
Ternyata didikan mak ayah yang amat menitik beratkan soal menjaga Islam dan amalan solat berjemaah Subuh adalah antara rahsia terbesar kejayaan mereka 10 beradik.
Bacalah kisah perkongsiannya, jadikan inspirasi untuk korang semua.
SIAPA MAK AYAH DI MATA KAMI?
Saya tak sangka gambar kami adik beradik 10 orang memakai robe UIAM yang saya upload semalam menjadi tular dan mendapat perhatian pihak UIAM. Ramai yang mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang minta kongsi tips bagaimana cara mak ayah kami mendidik kami.
Jadi in sha Allah saya akan cuba kongsi sedikit sebanyak tentang siapa mak ayah di mata kami.


Memandangkan saya merupakan anak kesembilan, mungkin banyak saya akan cerita berdasarkan apa yang saya tahu dan dengar daripada abang-abang dan kakak saya sahaja. Ayah kami, Ir Haji Fauzi bin Abdullah merupakan seorang jurutera sivil graduan University of Manchester manakala mak, Wan Jamaliah binti Megat Hashim pula seorang suri rumah.
Didikan ayah memang jenis style ‘old school’ sikit. Ayah merupakan seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan tidak boleh berkompromi terutamanya perkara-perkara berkaitan prinsip agama. Ayah awal-awal dulu tersangatlah tegas dan garang. Saya yang last-last ni tak merasa sangat zaman awal didikan ayah.
Menurut kakak, ayah sangat mengambil berat tentang didikan agama, pergaulan, pemakaian dan pemakanan kami. Bahkan ketika zaman sistem perbankan islam belum ada, ayah tidak pernah berhutang untuk membeli kereta atau rumah kerana ayah tidak mahu anak-anak disuap daripada hasil riba. Begitulah betapa telitinya ayah dalam membesarkan kami.
ARTIKEL LAIN : Rupanya Senang Je Nak Dapat 4.0 Flat, Baca Rahsia Dua Kali Penerima Anugerah Dekan Ini
ARTIKEL LAIN : 3 Semester 3 Kali Terima Anugerah Dekan, Apa Rahsia Pelajar Ini?
ARTIKEL LAIN : Pelajar Engineering Ini Dapat 4.0 & 2 Kali Dekan, Salah Satu Kejayaanya Adalah Self Help
Pendidikan agama sangat ditekankan sejak dari kecil lagi. Ayah sendiri yang mengajar abang dan kakak kami untuk mengaji alquran di rumah dan kemudiannya diteruskan oleh kakak kami Maryam Fauzi yang akan mengetuai adik beradik lain mengaji alquran setiap kali selepas maghrib. Beliau siap buat jadual silibus khas untuk adik-adik yang lain capai. Ada target.

Setiap malam Jumaat pula kami akan duduk bersama-sama membaca surah alkahfi beramai-ramai. Dan tidak salah saya rasa kalau saya katakan adik beradik kami hafal surah alkahfi sejak sekolah lagi kerana amalan ini! Manakala setiap pagi hujung minggu, kami diwajibkan untuk membaca al-ma’surat beramai-ramai sampai habis.
Kami semua dihantar ke sekolah agama sejak sekolah rendah lagi kecuali abang dan kakak-kakak yang atas kerana masa tu sekolah rendah agama mungkin belum ada. Yang lain dihantar bersekolah di Sekolah Rendah Islam Aman (bawah kelolaan MUSLEH) manakala sekolah menengah pula kami semua dihantar belajar di sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu, sekolah kelolaan kerajaan negeri Kelantan. 3 orang daripada kami dihantar belajar tahfiz di Darul Quran dan saya merupakan salah seorang daripadanya.
Ayah dan mak banyak mengajar kami berdikari sejak kecil. Kerja rumah, belajar dan kebersihan ayah akan selalu pantau. Kalau kat rumah ayah memang tak bagi kami membazir masa. Tidur selepas subuh pun tak boleh. Buat la apa sahaja. Baca buku, tolong buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Janji jangan membazir masa. Pelajaran pula ayah dan mak akan pastikan kami boleh fokus sendiri tanpa disuruh-suruh.
Ayah dengan mak memang sangat rajin beramal. Tahajud dan qiyamullail sudah menjadi rutin biasa. Pergi mana-mana, solat berjemaah subuh dan baca ma’surat memang tak pernah sekali pun tertinggal sepanjang saya kenal ayah!. Ayah akan pastikan juga untuk solat berjemaah walaupun hanya di rumah bersama keluarga.
Ayah dan mak selalu berpesan, pergi mana-mana pun, jaga imej Islam dan keluarga. Solat dan alquran jangan pernah lupa. Hidup ini tak kekal lama. Sentiasa jadi yang terbaik dalam bidang kita dan bermanfaat pada orang, walau ke mana pun kami dicampak. Apabila tahu cerita kami tular, ayah hanya berpesan supaya gunakan platform yang Allah bagi ini untuk berdakwah kepada orang lain.

Begitulah serba sedikit tentang mak dan ayah kami. Nampak saja tegas, tapi sangat penyayang. Kami sangat-sangat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang mementingkan Islam sebagai cara hidup tanpa meminggirkan urusan dunia.
Ayah dan mak meninggalkan satu amanah yang besar untuk kami pikul. Agar anak cucu mak ayah, terus menerus mendidik generasi akan datang, menjadi manusia yang berguna khususnya untuk agama.
Lastly kenapa memilih UIAM bukan institusi pengajian lain? Itu kena tanya ayah. Sebab ayah rasakan UIAM yang paling terbaik untuk kami sekeluarga dan memang rezeki kami untuk belajar dan grad di sini.
Sekian sahaja coretan daripada saya. Moga ada manfaat untuk semua. Anda boleh share je post ni tanpa minta izin ya. 🙂
-Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
BDS IIUM
Berdasarkan fbnya juga, Dr Abdul Rahman menyenaraikan apa pekerjaan mereka 10 beradik termasuk usia mereka kini.
Finally, officially completely graduated!! ???
1. Anas bin Fauzi
Age : 40
Grad : 2002
Course : Bachelor of Laws (Hons)
Occupation:
Advocates & Solicitors of High Court of Malaya
(Tetuan Anas Fauzi & Co.)
2. Maryam bt Fauzi
Age : 39
Course :
1)Bachelor of Laws (Hons) Grad 2003)
2)Master in Comparative Laws ( Grad 2004)
Occupation: Former Law Lecturer ( Foundation of IIUM)
3. Asiah bt Fauzi
Course :
1)Bachelor of Human Science (Hons) (Grad 2004)
2)Master in Human Science (Major psychology) (Grad 2012)
Occupation: Lecturer ( International Islamic College)
4. Sumayyah bt Fauzi
Age : 37
Course :
1)Bachelor of Law (Hons) (Grad 2005)
2)Master in Comparative Laws (Grad 2009)
Occupation: Advocates&Solicitors of High Court of Malaya
Legal Executive, Energy Commission
5. Fatimah bt Fauzi
Age : 35
Grad : 2009
Course : Bachelor Bio Chemical – Bio Technology Engineering (Hons)
Occupation: Teacher
6. Muadz bin Fauzi
Age : 34
Grad : 2009
Course : Bachelor of Information Technology (Hons)
Occupation: Manager, TM
7. Aishah bt Fauzi
Age : 32
Course :
1)Bachelor of Laws (Hons) Grad 2012)
2)Bachelor of Laws (Shariah) (Hons) Grad 2013)
Occupation: Executive, Shariah Compliance Dept, Takaful Ikhlas Berhad
8. Asma’ bt Fauzi Al-Hafizah
Age : 31
Course :
1)Persijilan Darul Quran ( grad 2006)
2)Bachelor of Mathematical Science (Hons) (grad 2011)
3) Master of Science in Applied Mathematics (grad 2014) *UITM*
Occupation: Former Adni International Islamic School
9. Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
Age : 29
Grad : 2015
Course : Bachelor of Dentistry (Hons)(BDS)
Occupation: Private Dentist
10. Dr Abdullah bin Fauzi Al-Hafiz
Age : 26
Grad : 2018
Course :
1)Persijilan Darul Quran
2) Bachelor of Medicine & Surgery (Hons) (MBBS)
Occupation:Operational Manager of Hidayah Centre Pahang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Forbes Senaraikan 14 Orang Terkaya Malaysia, Kalau Nilai Rampasan RM1.1 Bilion Ex PM Di Kedudukan Berapa?

Nampaknya sejak semalam tular tentang nilai rampasan barangan kemas, jam tangan, duit tunai dan lain-lain barangan berjumlah RM900 juta – RM1.1 bilion dari enam kediaman milik bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang nyata amat mengejutkan rakyat Malaysia.
Biar dihimpit dengan pandangan sinis rakyat Malaysia yang “bergelut” dengan pelbagai hutang piutang, dalam satu temuramah dengan portal Malaysiakini, DS Najib memberitahu, nilai barangan terutamanya barang kemas yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik.
Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun. Ada juga hadiah diberikan dan sebagainya. (BACA SINI).



Masa yang sama, Mac lalu, Forbes telah menyenaraikan FORBES BILLIONAIRES LIST 2018 dan 14 rakyat Malaysia telah disenaraikan sebagai individu terkaya di dunia.
Ternyata, untuk 12 tahun berturut-turut, Tan Sri Robert Kuok yang juga ahli Majlis Penasihat Kerajaan, tersenarai sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan aset kekayaan bernilai AS$14.8 bilion bersamaan RM57.8 bilion. Di peringkat dunia, pemilik Kuok Group berusia 93 tahun itu menduduki tangga ke 96 dunia.
Berkongsi kedudukan sebagai individu kedua terkaya di Malaysia dan ke-217 di dunia adalah tokoh telekomunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan, dan pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan, masing-masing dengan aset kekayaan berjumlah AS$7.2 bilion (RM28 bilion).
Berusia 57 tahun, Tan Sri Paul Koon Poh Keong pula merupakan individu termuda di Malaysia yang tersenarai dalam ‘Forbes Billionnaires List 2018’. Dengan aset kekayaan bernilai AS$2.4 bilion (RM9.4 bilion), pengasas bersama Press Metal Aluminium Holdings Bhd itu adalah ke-10 terkaya di Malaysia dan ke-1,020 terkaya di dunia.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary merupakan satu-satunya tokoh perniagaan Melayu yang disenaraikan. Dengan aset kekayaan berjumlah AS$1.9 bilion (RM7.4 bilion), pengasas Yayasan Albukhary itu menduduki tangga ke-11 terkaya di Malaysia dan ke-1,284 terkaya di dunia.
Di kedudukan ke 14 individu terkaya di Malaysia ialah Tiong Hiew King dengan harta bernilai AS$1.2 bilion.
Sementara itu, Forbes turut menyenaraikan 50 individu mengikut negara dan inilah ranking 50 individu paling kaya di Malaysia bagi tahun 2018.



Jadi dengan nilai rampasan yang tular semalam, di mana agaknya kedudukan bekas Perdana Menteri kita dalam senarai orang kaya Malaysia?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

