Kalau korang penonton K-drama sejati, korang pasti mengenali pelakon terkenal iaitu Nam Goong Min. Antara dramanya yang popular adalah Doctor Prisoner, Beautiful Gong Shim, Hot Stove League, The Veil dan banyak lagi. Pelakon ini juga sering dikatakan mirip dengan Jaemin daripada kumpulan NCT.
Baru-baruini,videolamaranpelakonNam GoongMinuntukpelakon dan model;JinAhReumtelahmenjaditopikhangatdalampelbagaikomunitidalamtalian kerana kelihatan seperti adegan romantik dalam babak drama Korea.
Nam Goong Min tiba-tiba berkata, “Ada sesuatu yang saya mahu awak lakukan untuk saya.” Selepas itu, Jin Ah Reum pun menjawab, “Apa dia?”
“Jika saya beritahu, bolehkah awak membantu saya?,” soal Nam Goong Min pula.
Ads
“Ya,” jawab Jin Areum.
Beberapa ketika selepas minum, Nam Goong Min terus bangun dari tempat duduknya sebelum berlutut sambil mengeluarkan sebuah kotak cincin berwarnabirumuda sambil menolehkeJinAhReumdanbertanya:
“Sudikahawakberkahwindengansaya?”Awhhhhh, sweetnya!Min yang blushing. Ekspresiwajah Jin Ah Reummenunjukkanbetapaterkejutnyadia,dantiba-tibadiamenutupmukanyadengantangandanmenangis.
Video lamaran tersebut juga telah dikongsikan melalui satu portal hiburan Korea. Meninjau di ruangan komen ramai yang turut merasai ‘kemanisan’ video lamaran tersebut. Persis babak di dalam K-drama!
Untuk pengetahuan korang, pasangan ini secara rasminya telah berkahwin pada 7 Oktober 2022 yang lalu. Majlis resepsi itu diadakan secara tertutup dan juga dikatakan telah menelan belanja yang banyak sehingga RM657,952!
Pasangan ini pertamakalibertemusebagaipengarahdanpelakonmenerusifilem‘LightMyFire’yangdikeluarkanpada2015.Tidaklamaselepasitu,kedua-duanya telah mengumumkanhubunganmereka. Kalau korang nak tahu,pasangan initelahmenjalinkanhubunganselamatujuhtahun. Akhirnya mereka telah disatukan! Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga hubungan yang dibina kekal hingga akhir hayat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda lafaz nikah telah disempurnakan oleh Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.
Bertempat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, tengah hari tadi; Mateen, 33 sah menjadi milik pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam, 29 dengan sekali lafaz. Istiadat kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Turut berkenan untuk menyaksikan majlis ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat Diraja.
Perayaan untuk perkahwinan diraja itu berlangsung selama 10 hari dan akan mencapai kemuncaknya pada hari Ahad ini.
Dijadualkan, Majlis Istiadat bersanding Pengantin Diraja itu bakal dihadiri kerabat diraja antarabangsa serta pemimpin politik termasuklah dari Malaysia.
Manakala, perarakan pengantin diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan pula akan dilangsungkan pada 15 Januari.
Untuk pengetahuan korang, Pengiran Muda Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Manakala, Dayang Anisha pula merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.
Walaupun Pengiran Muda Mateen merupakan anak kesepuluh Sultan Hassanal sekaligus tidak mungkin akan menaiki takhta untuk menggantikan ayahandanya, beliau memiliki pengikut seramai 3.1 juta orang di Instgram dan merupakan salah seorang ahli keluarga diraja paling berprofil tinggi di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 18 tahun hubungan percintaan pasangan selebriti Hollywood ini terputus, Jennifer Lopez dan Ben Affleck akhirnya melangsungkan perkahwinan dan kini sah bergelar suami dan isteri.
Menurut sumber, pasangan selebriti itu berkahwin pada Sabtu lalu, berdasarkan lesen perkahwinan yang difailkan di Clark County, Nevada.
J Lo dan Ben bertemu pada Disember 2001 di set drama komedi ‘Gigli’ dan menjalinkan hubungan persahabatan selepas itu. Menjelang November 2002, kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan, namun menangguhkan perkahwinan mereka pada September 2003.
Hubungan pasangan selebriti Hollywood ini mendapat perhatian meluas pihak media, namun membatalkan pertunangan mereka secara rasmi pada Januari 2004.
Selepas 17 tahun, akhirnya cinta mereka bertaut kembali dan ini merupakan perkahwinan kali keempat buat J Lo dan kedua bagi Ben Affleck.
Pelakon lelaki itu melamar J L0 pada bulan April dan selepas beberapa bulan mengambil keputusan untuk berkahwin secara rasmi.
J Lo sebelum ini pernah berkahwin dengan Ojani Noa, Cris Judd dan Marc Anthony dan mempunyai anak kembar Max dan Emme, manakala Ben Affleck pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, Seraphina dan Samuel.
Wah, meriahlah keluarga mereka selepas ini kerana sudah dikurniakan anak yang ramai. Hiks! Semoga perkahwinan pasangan selebriti ini kekal dan bahagia hingga ke akhirnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengacara popular, Sean Lee meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercintanya yang juga model, Bay Doucet mencuri perhatian warganet.
Walaupun terpaksa menyambut hari lahir Doucet tanpa persiapan yang istimewa, namun pelakon drama hit Keluarga Pontimau itu menyifatkan dirinya tetap merasa bahagia dengan kehadiran isteri tersayang.
“Malangnya hari jadi isteri jatuh pada hari kerja suami. Walaupun biasa-biasa sahaja sambutan kali ini tapi di mana sahaja berada dengan awak semuanya lima bintang.
“Terima kasih sebab hadir dalam hidupku!” coretnya ringkas.
Menjadikan destinasi Raub, Pahang bagi menghabiskan waktu bersama-sama, antara aktiviti yang dilakukan adalah mengambil gambar di sekitar pekan tersebut selain menikmati durian dan ‘steamboat’.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut aktor berusia 30 tahun itu memberi pujian dengan cara pasangan itu meraikan ulang tahun kelahiran tanpa perlu bermewah-mewahan.
“Comelnya, simple but memorable,” komen seorang pengikut.
“Simple itu yang akan dingati oleh isteri. Isteri ini tak mengharap lebih dari suami, cukup dihargai pun dah bersyukur,” komen pengikut lain.
“Suka lah tengok mereka, simple sahaja tapi sweet and just perfect,” tulis lagi seorang peminatnya.
Terdahulu, Sean berkongsi gambar hari bahagianya bersama Doucet di Instagram, sekaligus mengumumkan perkahwinan mereka pada 7 Julai lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...