“Untuk ramadan pertama kami pada tahun ini, saya sudah membuat persiapan beberapa resipi masakan untuk masak bersama-sama suami”
Itulah yang dikongsikan pempengaruh popular, Dahlia Rizal apabila bercerita mengenai keterujaannya menyambut bulan Ramadan pertama bersama suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil.
Katanya, dia sudah pun menyediakan beberapa resipi masakan untuk memasak bersama suaminya bagi juadah berbuka puasa.
Menurut bekas peserta Hero Remaja itu pula, ramadan kali ini amat bermakna buatnya selain banyak membeli pakaian ‘muslim friendly’ bagi tujuan menunaikan solat sunat tarawih bersama isteri tersayang.
Ads
“Ya, bagi ramadan kali ini juga saya banyak membeli pakaian ‘muslim friendly’ seperti kurta dan abaya untuk menunaikan solat sunat tarawih.
“Ia kerana, kami sangat teruja untuk menyambut ramadan bersama sebagai suami dan isteri,” katanya kepada Remaja.
Ads
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang umat Islam serba tahu, pergunungan Rahmah ataupun Jabal Rahmah di kota Makkah merupakan lokasi yang sering dilawati oleh jemaah haji semasa berada di Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Jabal Rahmah juga sering dikaitkan sebagai titik pertemuan buat Nabi Adam dan isteri baginda, Hawa setelah terpisah untuk ratusan tahun selepas diturunkan ke muka bumi.
Berikutan itu, ramai pengunjung yang melawat kawasan pergunungan itu sering berdoa agar mereka ditemukan jodoh. Bagi yang telah berkahwin pula, doa yang dikirimkan tentunya adalah agar perjalanan cinta mereka seutuh cinta yang terjalin di antara Adam dan Hawa.
Maka, tidak hairanlah apabila Jabal Rahmah yang dipilih sebagai konsep gerbang pelamin di majlis akad nikah di antara Noor Neelofa dan Haris Ismail pada hari ini cukup ‘kena’ dengan ceritera cinta mereka sendiri.
Untuk pengetahuan, pereka majlis telah menggunakan empat tan bunga segar termasuklah bunga ros putih, orkid putih, baby’s breath dan empat jenis bunga lain sebagai hiasan di pelamin.
Bertahun-tahun Neelofa sendiri merasai pasang surut kisah cinta untuk akhirnya bertemu dengan sang suami, Haris yang insyaAllah akan menjadi pengemudi mereka berdua ke arah kehidupan yang lebih bahagia selepas ini.
Biarpun bertahun mencari, benarlah janji Allah SWT kepada kita bahawa takdir seperti jodoh pasti tidak akan lari jika ia telah tertulis.
Sebagai hamba yang mengharapkan pertolongan daripadaNya dalam soal jodoh, apa yang boleh kita lakukan adalah untuk berikhtiar mencari insan terbaik buat kita, terus berdoa agar si dia dipertemukan dan tentunya tawakal dengan ketentuanNya. Apabila tiba masa dan lokasi yang tepat, hadirlah insan tersebut kepada kita.
Sumber Foto : Wedlocx.co.
Seperti yang disaksikan di dewan pernikahan Neelofa dan Haris, masing-masing tenang apabila mereka berdua disatukan. Pernikahan ini bukan saja satu pencapaian hasil kesabaran dan keikhlasan diri pasangan tersebut. Ia juga merupakan permulaan ke arah perjalanan hidup yang baharu.
Jika tiga minggu masa yang diambil oleh pereka majlis, Reka Teemor untuk menyiapkan pelamin yang diilhamkan daripada siluet Jabal Rahmah ini, Neelofa dan Haris pastinya bersedia untuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengenali diri pasangan, menjadi insan yang lebih kuat dan tentunya mencipta keluarga bahagia.
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, baru-baru ini berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.
Menerusi temubual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
“Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut inshaAllah”
“Saya selalu bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dulu dan selepas itu solat tahajud” – Rizman
“Solat tahajud ini Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?” – Rizman
Pereka fesyen yang kini berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran sekurangnya satu muka surat setiap hari.
Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.
Kredit: Tiktok Tun Asyraf Khalid
“Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji sebab keluarga saya tidaklah terlalu alim. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya”
“Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu dah jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju”
Kredit: Instagram Rizman.N
Menurutnya lagi, jika kata ada usaha untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan hal yang ingin dilakukan itu akan jadi lebih mudah.
Sementara itu, tambah Rizman sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha. Berharap sepenuh hati terhadap Allah juga membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.
“Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman” – rizman
“Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi, saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini”
Sebagai manusia, Rizman berkata sudah semestinya akan ada pelbagai cabaran tetapi kita pasti boleh lakukan dan laluinya jika kembali kepada asas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Guys, sebelum menamatkan zaman bujang ada beberapa perkara yang korang perlu lakukan bersama BFF.
Iye la, selepas ni dia akan lebih banyak masa dengan pasangannya dan mungkin saja korang tidak lagi selalu dapat melakukan aktiviti-aktiviti menarik bersama.
Tidaklah kami katakan hubungan persahabatan tu menjadi renggang. Tapi, mungkin tak sebebas dulu kan?
So, sebelum melepaskan BFF ke pangkuan orang lain, apa kata nikmati masa sepuas-puasnya dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:
1. Travel
Mesti banyak plan percutian korang yang tak dapat ditunaikan lagi kan? So, inilah masanya untuk pergi melancong bersama-sama ke lokasi impian yang pernah dirancang.
2. Lawat kolej/sekolah lama
Tempat pertama kali korang berjumpa dengan BFF biasanya di tempat belajar. Tak salah rasanya kalau nak mengimbau semula detik manis korang bersama. Mesti banyak momen-momen yang tak dapat korang lupakan kan?
3. Masa untuk buang semua barangan pemberian ex bf/gf
Kalau nak bakar, bakar je la. Hiks! Tak guna nak simpan kenangan lama kan. Kalau tak kuat nak buat, ajak kawan korang turut serta dalam acara ‘penghapusan’ ni. Hehe..
4. Aktiviti lasak
Bungee jumping or scuba diving. Why not? Buat perkara yang korang belum pernah buat walaupun untuk sekali seumur hidup.
5. Spa & shopping therapy
Kalau dapat buat body massage dan mani-pedi di spa dengan kawan-kawan mesti best kan? Lepas habis treatment, kita shoppingggg. Aktiviti ini confirm boleh buat korang hilang stres.
6. Kelas zumba
Dah nak kahwin mesti nak jaga badan kan? Apa kata beberapa bulan sebelum majlis kahwin, ajak la kawan-kawan teman masuk kelas zumba. Barulah syok ada geng.
7. Photoshoot
Tak salah kalau sesekali nak feeling-feeling model bergambar cantik-cantik depan kamera. Buat photoshoot ramai-ramai mesti best kan?
8. Bachelorette party!
Macam tak biasa pula tengok kawan-kawan celebrate bakal pengantin kan. So, apa lagi let’s do this!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...