Pempengaruh media sosial popular, Mekyun berjaya memiliki rumah pertamanya pada usia 28 tahun, membuktikan bahawa wanita muda mampu mencapai impian besar tanpa bergantung kepada sesiapa. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya golongan wanita muda yang mahu lebih berdikari.

Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee berkongsi berita tersebut menerusi TikTok, memaklumkan rumah barunya dipercayai terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Katanya, lokasi tersebut dipilih kerana berdekatan dengan kediaman ibu bapa.

“Jangan Tunggu Suami, Beli Sendiri!” – Mekyun Buktikan Wanita Mampu Miliki Rumah Sebelum 30

“Saya capai satu lagi pencapaian. Akhirnya, saya beli rumah pertama. Antara sebab saya pilih duduk sini sebab dekat dengan rumah Mok (ibu) dan Pok (bapa). Tak sabar nak kongsi perjalanan rumah baharu dengan kalian semua. Saya sangat gembira dan berbangga dengan diri sendiri,” tulis Mekyun.

Pesanan Mekyun Untuk Remaja Terutamanya Wanita

Selain berkongsi rasa syukur, Mekyun turut menitipkan pesanan bermakna buat semua wanita. Katanya, jangan menunggu suami atau orang lain untuk menyediakan rumah atau aset untuk kita.

Ads

“Jangan Tunggu Suami, Beli Sendiri!” – Mekyun Buktikan Wanita Mampu Miliki Rumah Sebelum 30

“Mulakan menabung dari sekarang. Pastikan kita ada rumah dan aset sendiri supaya masa depan kita, kita yang kawal. Perempuan yang percaya dan berusaha untuk diri sendiri, dia boleh capai apa saja yang dia impikan.”

Mesej ini mendapat sokongan penuh peminat yang bersetuju wanita harus memiliki aset sendiri. Mereka berpendapat langkah ini memberi lebih jaminan dan kebebasan dalam hidup.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

Sokongan & Komen Positif Peminat

Ramai pengikut Mekyun memuji tindakannya dan bersetuju dengan pandangan tersebut:

  • “Setuju, wanita memang perlu ada rumah sendiri. Kecil pun tak apa asalkan harta sendiri.”

  • “Perempuan sekarang kena berdikari walaupun ada pasangan sebab mereka hanyalah pinjaman dari Tuhan.”

  • “Muda-muda lagi beli rumah dulu. Itu yang penting, aset harta tak akan turun harga sebab makin lama makin mahal.”

Inspirasi Untuk Anak Muda Capai Rumah Idaman

Kisah Mekyun menjadi bukti bahawa memiliki rumah sebelum umur 30 tahun bukan mustahil. Dengan disiplin kewangan, ilmu tentang pasaran hartanah, dan keberanian membuat keputusan, anak muda juga boleh mencapai impian yang sama.

Ads

Langkah awal yang boleh diambil:

  1. Tetapkan matlamat kewangan – tahu berapa jumlah yang diperlukan untuk deposit.

  2. Berdisiplin menabung – asingkan simpanan khas setiap bulan.

  3. Kawal hutang – elakkan pembelian mewah yang tidak perlu.

  4. Buat kajian pasaran – bandingkan lokasi, harga, dan kemudahan.

Kisah Mekyun bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi inspirasi kepada generasi muda untuk berani bertindak dan membina masa depan sendiri.

BACA LAGI : Mekyun Ajak Normalisasikan ‘Reuse’ Baju Raya Lama, Muat Pakai Kebaya Ibu Sendiri!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads