Selepas Malaysia, kini giliran negara jiran kita, Indonesia menikmati The BTS Meal yang baru sahaja dilancarkan semalam di negara itu.
Sama seperti di sini, BTS Meal dihidangkan dengan 9 ketul chicken McNuggets, kentang goreng dan minuman coca-cola bersaiz sederhana serta sos sweet chilli bersama saus cajun. Hidangan tersebut berharga Rp 40,909 (RM 11.83) dan apa yang menariknya, di Indonesia menawarkan set jimat 2 hidangan BTS Meal dengan harga Rp 77,273 (RM 22.35).
Sambutan yang diterima sangat luar biasa dan pihak media Indonesia juga turut melaporkan gambar kesesakan yang berlaku di beberapa cawangan McDonald’s.
Khabarnya, beberapa cawangan McDonald’s terpaksa ditutup sebentar kerana terlalu ramai orang dan dikhuatiri menyebabkan penularan COVID-19.
Ads
Sekurang-kurangnya 13 cawangan McDonald’s sesak di Indonesia dan buat sementara waktu, beberapa cawangan di Semarang akan ditutup beberapa hari ekoran bimbang kes wabak COVID-19 meningkat.
Indonesia antara negara Asia Tenggara yang mempunyai peminat BTS yang ramai, maka tidak hairanlah situasi seperti ini boleh berlaku.
Apa-apa pun diharap agar situasi ini dapat dikawal oleh pihak berwajib agar tidak berlaku kemudaratan di kemudian hari.
Jika sebelum ini kita sudah terbiasa menonton wayang bersama kawan-kawan sama ada lelaki atau pun perempuan, korang jangan pula terkejut sekiranya menonton di Terengganu kerana negeri itu telah pun melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki, wanita dan keluarga bermula kelmarin.
Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square sudah pun melaksanakan peraturan baru ini mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.
Pelaksanaan peraturan baru ini akan dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh Syariah.
Khabarnya, peraturan ini juga tertakluk kepada individu bukan Islam dan pihak mereka juga bersedia melaksanakan sebarang penambahbaikan bagi membolehkan ia dipatuhi oleh semua pelanggan.
Mungkin ini adalah inisiatif yang terbaik bagi kerajaan Terengganu dan sama-samalah kita menghormati peraturan dan keputusan yang telah dibuat.
Kelincahan aksi Arif Aiman Hanapi yang merupakan pemain sayap Harimau Malaya dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas padang sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Dianggap antara bintang masa depan bola yang akan terus memancarkan sinar harapan buat pasukan negara.
Sedar dengan bakat pemain berusia 20 ini, TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menitip pesanan berguna buat pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi dalam laman sosial Instagram.
Foto Via Instagram
Baginda berkata, pemain muda itu harus sentiasa merendah diri dan tetap disiplin walaupun diri berada di atas. Nasihat ini dicatat Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya di ruang komen Instagram Arif Aiman.
“Bagus Arif. Kekal merendah diri dan tetap berdisiplin. Kau masih muda dan perjalanan masih jauh,” catat Tunku Ismail.
Pemilik JDT itu turut mendoakan Arif Aiman diberkati oleh Allah dan diberi banyak lagi rezeki serta kejayaan di mana sahaja pemain itu berada terutamanya dalam bidang bola sepak.
“Jaga diri,” catat Tunku Ismail.
Catatan itu dibalas Arif Aiman menerusi tekad dan janji untuk sentiasa mengingati pesanan TMJ.
“Junjung kasih Tunku atas segalanya. Saya akan sentiasa ingat semua pesanan Tunku. Insya-ALLAH,” katanya.
Apa-apa pun, REMAJA ingin mengucapkan all the best kepada Arif Aiman untuk meneruskan rentak cemerlang apabila diturunkan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam 11 Disember telah berlaku satu tragedi sedih menimpa lima remaja sekolah berusia antara 15-19 tahun dipercayai rentung selepas tempat kerja mereka meletup.
Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang semalam, empat remaja sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu yang bekerja secara part time di sebuah syarikat penyediaan majlis, Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16 dan Ahmad Faizal Aminuddin, 16, ditemui rentung selain seorang lagi rakan mereka Muhamad Azhar Shah Rosli, 19. Turut ditemui maut di tempat kejadian ialah pemilik premis iaitu P Thiagarajan, 40.
Apa yang sangat menyedihkan dalam tragedi menyayat hati ini, kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan diri kerana berlaku letupan kuat diikuti percikan bunga api umpama sebuah pertujukan sambutan Tahun Baru kerana percikan terlalu jauh.
Ahli keluarga mangsa ditenangkan selepas tidak mampu menahan kesedihanAnggota bomba melakukan pemeriksaan rapi di lokasi kejadian yang berlaku di Taman Perindustrian Jelapang Maju, Jelapang,Ipoh.
Harian Metro melaporkan, seorang saksi kejadian, P Appu, 48, yang juga abang kepada mangsa berkata, ketika kejadian adiknya Thiagarajan, 40, bersama isteri serta lima pekerja berada dalam premis yang turut menjalankan perniagaan pusat sehenti penganjuran majlis termasuk bahan letupan berlesen, bunga api, dan kesan khas.
“Saya pula berada di kaki lima premis ketika itu, dan tiba-tiba mendengar letupan kuat disusuli percikan bunga api serta kebakaran di tingkat atas bangunan dua tingkat berkenaan.
“Saya cuba membantu dengan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.
“Takut, terkejut dan sedih apabila mendengar jeritan mangsa meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan berhampiran pada sebelah malam, dan tinggal di premis perniagaan adiknya itu pada waktu siang.
“Masa kejadian adik saya dan lima pekerja Melayu berusia lingkungan 20-an berada di tingkat atas, manakala adik ipar pula berada di ruang pejabat di tingkat bawah dan terselamat.
“Saya sudah tinggal di sini sejak adik menjalankan perniagaannya lebih 10 tahun lalu,” katanya.
Antara jenazah yang dibawa keluar dari lokasi kejadian
Sementara itu, seorang penduduk yang mahu sebagai Ahmad, 50-an, berkata berlaku letupan kuat dan gegaran ketika kejadian berlaku.
“Ketika itu saya berada di rumah yang terletak kira-kira 150 meter dari rumah kedai berkenaan dan sebaik letupan berlaku saya keluar rumah untuk memeriksa.
“Saya melihat kepulan asap seperti cendawan berserta percikan dan letupan seperti pertunjukan bunga api dengan serpihannya berterbangan hingga ke kawasan perumahan kami,” katanya.
Mohammad Nor Ikram (dua, kiri) dan Mohd Ekmal (dua, kanan) terkorban dalam kejadian kebakaran semalam
5 Sahabat Dikebumikan Satu Liang Lahat
Jenazah lima sahabat yang terkorban dalam kebakaran rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, semalam akan dikebumikan dalam satu liang lahad. Persetujuan itu dicapai ahli keluarga masing-masing memandangkan persahabatan semua mangsa yang terjalin sejak kecil.
Bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata, hubungan mereka juga tidak ubah seperti adik beradik.
“Ke mana saja mereka pergi atau ada aktiviti mesti buat sama-sama, jadi semalam kami dah bincang dan ambil keputusan untuk kebumikan bersama dalam satu liang lahad,” katanya.
Semua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, hari ini.
Waris dan ahli keluarga semua mangsa dilihat sudah berada di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak jam 7 pagi lagi bagi proses pengecaman.
Seorang lagi bapa mangsa, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata, mereka dipanggil untuk menjalani ujian DNA, pagi ini selepas proses pengecaman sukar dilakukan berikutan keadaan mangsa yang rentung.
“Ada mereka minta kami bawa laporan perubatan dan pergigian, tetapi manalah ada, tak pernah buat pun. Saya sendiri tak dapat nak cam anak saya, jalan paling selamat buat DNA,” katanya.
Proses pengecaman dijangka selesai menjelang tengah hari.
Aminuddin Tan, 40, pula mengharapkan proses berkenaan dapat diselesaikan secepat yang mungkin bagi membolehkan urusan pengkebumian dijalankan.
Katanya, persiapan pengkebumian telahpun dimulakan, awal pagi tadi.
“Kami semua cuma harap selesai cepat dan dapat kebumi seboleh-bolehnya tengah hari ini,” katanya.
Kerajaan negeri tanggung kos pengebumian
Sementara itu kerajaan negeri akan menanggung kos pengkebumian semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, semalam.
Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bari berkata, lain-lain bantuan yang diperlukan ahli keluarga juga akan berikan bagi memastikan kelancaran pengkebumian hari ini.
“Saya dimaklumkan oleh keluarga bahawa persiapan pengebumian telah dimulakan jadi kerajaan negeri akan menanggung segala kos berhubung pengebumian.
“Kebetulan kelima-lima remaja ini dari kawasan Dun saya, jadi buat masa ini kita akan uruskan kos, bantuan yang lain kita bincang dengan keluarga kemudian,” katanya ketika menemui ahli keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...