Sediakan payung sebelum hujan adalah satu-satunya cara berkesan untuk melindungi kulit
wajah.
Semakin berusia seseorang itu, semakin intensif keinginannya untuk memastikan penjagaan kulit wajahnya terperinci. Tidak kiralah betapa tingginya kos yang perlu dikeluarkan, asal kulit kekal anjal, tanpa kedutan halus dan sekata warnanya.. anything goes!
Sudah bersedia?
Bukanlah niat REMAJA untuk menakut-nakutkan korang namun itulah hakikatnya. Time is your skin’s worst enemy.
Begitupun, itu tidak bermakna korang tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengelakkan kualiti kulit wajah merosot. Bahkan, cara perlindungan terbaik bagi kulit wajah wajar dimulakan sejak usia muda. Yes!
Rahsia kulit berkualiti ketika dewasa terletak pada rutin harian korang seawal usia belasan tahun menerusi krim pelindung matahari.
Tidak logiklah untuk sesiapa mengelak daripada berdiri di bawah terik matahari. Namun apa yang boleh mereka lakukan adalah untuk menyediakan payung sebelum hujan dan memilih krim pelindung matahari paling berkesan.
Pendedahan berpanjangan di bawah matahari tanpa dilindungi daripada sinar UVA dan UVB berbahaya boleh menyebabkan kulit mudah berkerut, berkedut dan berparut.
Malah, 90 peratus penuaan kulit pramatang adalah disebabkan pendedahan matahari berlebihan. Itu pun belum lagi menyentuh mengenai kesan buruk sinar matahari dari aspek
kesihatan pula.
Oleh sebab itulah, REMAJA ingin berkongsi mengenai rangkaian krim pelindung matahari daripada jenama Y.O.U. Baru sahaja melancarkan kempen Be Sun-Ready, Be Sunbrella™; Y.O.U menawarkan pelbagai jenis krim pelindung kulit buat korang dengan gaya hidup dan jenis kulit berbeza.
Ads
Nah! REMAJA senaraikan perbezaan di antara jenis-jenis krim oleh Y.O.U, barulah mudah untuk korang pilih.
SUNBRELLA™ Intensive Care Aqua Sunscreen SPF50+ PA++++
Buat mereka yang mempunyai kulit lembut dan sensitif, krim pelindung matahari yang
diperkasa dengan SPF 50+PA++++ ini terbukti mampu memberikan perlindungan 8 kali ganda kepada kulit anda.
Diperkaya dengan Ectoin, ekstrak biji Moringa dan Ceramide; ia mampu memberikan
perlindungan dan menyihatkan kulit wajah sekaligus.
Bonus point juga untuk korang yang berkulit sensitif kerana ia mampu menenangkan kulit
menerusi gabungan bahan aktif seperti herba dan bisabolol.
Enggan memakai krim pelindung matahari kerana kulit berminyak? Haa.. jangan risau kerana krim ini bertekstur ringan dan berkesan melindungi kulit daripada UVA, UVB dan sinaran IR.
Diperkaya dengan 3 kali bahan kawalan minyak termasuklah Matmarine™, Witch Hazel, Zinc PCA dan 4D Centella Asiatica, ia membantu mengawal sebum pengeluaran tanpa
memperlihatkan whitecast dan mengawal kulit berminyak.
Malah, kulit juga segera merasakan sensasi menyegarkan dengan kandungan Menthol agar tiada isu keradangan dan kerengsaan kulit.
SUNBRELLA™ Tone Up UV Elixir Sunscreen SPF50+ PA++++
Ads
Berita baik buat remaja yang tidak gemar memakai alat solek berlebihan tetapi masih hendak tampil segar sepanjang hari.
Krim pelindung matahari dari Y.O.U yang satu ini mencerahkan kulit kusam hanya dalam masa 1 minit sahaja. Wow!
Diperkaya dengan minyak biji bunga matahari, SymWhite 377 dan asid hyaluronik untuk melindungi kulit daripada impak terik matahari dan juga membantu mencerahkan kulit yang kusam, ia adalah solusi terbaik untuk memastikan seri kulit wajah berkekalan.
Usah jadikan matahari sebagai ‘musuh’ utama korang lagi tau dengan adanya krim perlindungan daripada Y.O.U.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak arahan Perdana Menteri untuk rakyat duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, 18 Mac lalu, pelbagai cara ditemui netizen untuk mereka menggunakan waktu yang terluang di rumah.
Ketika ramai yang berkerja dari rumah, memasak atau melakukan kerja-kerja rumah, manakala juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 mengambil peluang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pengurusi Finas, Dato Hans Isaac menggunakan akaun Instagramnya baru-baru ini ada memuat naik satu gambart yang sedang berpeluh seperti baru sahaja melakukan senaman.
28 days home work out and managing my food . Tak lupa minum air selalu . From 85kg down to 81kg . Target 80kg !
Dato Hans Isaac melakukan aktiviti bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
Menurutnya, berat badannya turun sebanyak empat kilogram (kg) selama 28 hari berada di rumah dalam tempoh PKP.
“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tak lupa minum air selalu. Dari 85kg turun ke 81kg. Target nak turun sampai 80kg,” katanya.
Perkongsian ini turut mendapat perhatian pengikutnya yang mengakui ia memberi aspirasi kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat walaupun berada di rumah.
So korang yang duduk dirumah masa PKP ni boleh la tiru Datuk Hans amalkan gaya hidup sihat. Okay penulis pun cuba la turunkan berat badan.hiks
Sumber : Instagram Hans Isaac
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan beberapa selebriti tempatan untuk berhijrah ke imej berhijab kebelakangan ini telah disambut baik oleh para peminat mereka dan industri seni sendiri.
Kini, tiada lagi isu sukar untuk menempah ‘job’ lakonan, nyanyian dan pengacaraan hanya kerana seseorang itu berhijab. Stigma itu telah berubah dan dunia seni semakin inklusif malah kreatif dalam mencipta peluang untuk mengetengahkan selebriti berhijab.
Jom lihat 10 gaya hijab selebriti yang dimaksudkan ini. Mana tahu, ada stail yang mereka gayakan ini sesuai pula dengan korang.
Aprena Manrose
Sejak bulan Jun lalu, pelakon Aprena Manrose telah mula mendekati dan mempelajari agama dengan lebih mendalam. Biarpun katanya masih sedang belajar menggayakan hijab, ramai yang menyenangi imej Aprena ini yang dirasakan mereka amat bersesuaian dengannya. Gaya shawl ringkas dibiarkan saja tanpa belitan di sekeliling kepala tampak serasi dengannya.
Oktovia Manrose
Selepas adiknya, Aprena mengambil keputusan untuk berhijab, giliran Oktovia Manrose pula yang yang berhijrah dalam diam sejak Aidilfitri lalu. Buat masa ini, pelakon itu ingin berehat sebentar daripada dunia lakonan yang ingin fokus dalam mencari keredhaan Allah SWT dengan imej serta jiwa baharu ini.
Fazura
Sarungkanlah apa jua gaya hijab pada jelitawan ini, semuanya ‘kena’ dengan wajahnya! Pada tahun-tahun lalu, Fazura selalu mengenakan gaya bawal setibanya bulan Ramadan bagi menghormati kehadiran bulan mulia ini. Gaya bawal sudah sebati dengannya. Jadi kami agak teruja apabila Fazura mula selesa untuk bereksperimentasi dengan beberapa gaya lain seperti shawl. Korang suka melihat Faz dengan hijab bawal atau shawl?
Pelakon tinggi lampai, Siti Elizad meminta agar peminatnya mendoakan dirinya istiqomah dengan imej berhijab. Akui Ejad, pemakaiannya masih belum sempurna tetapi dirinya masih ingin mengorak langkah ke arah penghijrahan secara perlahan-lahan. Gaya Ejad pada kami masih kelihatan sopan. Malah, Ejad juga membuktikan hijab bukan penghalang untuknya meneruskan hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Izara Aishah
Tiada perkataan yang boleh menggambarkan betapa manis dan ayunya apabila melihat pelakon, fesyenista dan pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 ini mengenakan hijab labuh sejak beberapa minggu ini. Izara Aishah terbuka dalam berkongsikan kisahnya menerusi Twitter. Katanya, penampilan berpada-pada masih perlu dijaga walaupun sudah berhijab. Berhijab labuh bukanlah alasan untuknya tidak mempersiapkan diri.
Cantik manis penyanyi berusia 21 tahun ini sejak dia tampil mengenakah hijab. Mengakui lebih tenang selepas berbuat demikian, Fieya Julia bukan saja memadamkan foto lama di media sosial. Malah dia juga bertindak memadamkan foto lama dalam telefon pintarnya agar diri tidak ‘tergoda’ dengan imej sebelum ini. Jelas, Fieya kini masih tercari-cari gaya hijab bersesuaian. Tapi pada pendapat kami, dia sesuai dengan mana-mana gaya sekalipun!
Elyana
Siapa sangka, perjalanan penyanyi dan pelakon berjiwa tabah serta kuat ini untuk berhijab telah mendapat pertolongan daripada ramai pihak. Ramai tampil menghadiahkan hijab keluaran mereka kepada Elyana termasuklah Neelofa dan Allahyarhamah Siti Sarah sendiri. Sesudah menjalani rawatan radioterapi pada bulan Jun lalu, Neelofa mengejutkan Elyana dengan hadiah daripada Naelofar Hijab. Sementara itu, Elyana telah berkongsi pelbagai jenis tudung pernah diberikan oleh Sarah. Dan kini setelah dia bertudung penuh, Elyana tidak sabar untuk menggayakan hadiah pemberian itu satu persatu.
Untuk tiga tahun berturut-turut, penyanyi ini meneruskan amalan berhijab sewaktu bulan Ramadan bagi menghormati bulan mulia dalam kalendar Islam itu. Namun pada tahun ini, Zizi Kirana seakan mengambil semangat berhijab itu untuk terus mengenakannya sesudah Ramadan. Mengakui dirinya sedang bertatih dengan imej ini, Zizi memohon doa peminatnya kerana sesungguhnya, doa adalah senjata paling kuat untuk orang Islam.
Beberapa negara sudah mengisytiharkan darurat kecemasan kesihatan termasuklah beberapa negeri di Amerika Syarikat, Sepanyol, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Jepun juga bakal menyusul.
Kemungkinan Jepun akan mengisytiharkan perintah darurat selama enam bulan bermula esok dalam usaha menghentikan penularan COVID-19 di seluruh negara itu selepas jumlah terkumpul jangkitan wabak itu melebihi 1,000 kes di Tokyo dan telah menyebabkan kemelesetan kepada negara Matahari Terbit itu.
Perintah itu akan membabitkan Tokyo dan bandar metropolitan lain termasuk Osaka, kata agensi berita Sputnik yang memetik agensi berita Kyodo pada Isnin melaporkan seorang pegawai kerajaan berkata, perisytiharan darurat membolehkan pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah, menyertai majlis awam serta mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan diri.
Bagaimanapun,mereka yang gagal mematuhi peraturan dan cadangan berkenaan tidak akan didenda.
Perdana Menteri Jepun itu juga akan memperincikan wilayah mana yang akan menjadi sasaran darurat dan tempoh perlaksanaan perintah berkenaan.
Sehingga Ahad, Jepun mencatatkan 4,563 kes COVID-19, 104 kematian. Di Tokyo sahaja, 143 kes jangkitan baharu dicatatkan, menjadikan sejumlah 1,033 kes direkodkan di kota raya itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!