Setelah seminggu kelahiran anak sulung kepada Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, akhirnya pasangan glamor tersebut telah mendedahkan nama cahaya mata perempuan mereka seperti yang dijanjikan.
Terdahulu selepas kelahirannya pada hari Jumaat (2 Oktober) lalu, Fattah dan Fazura masing-masing menerusi akaun Instagram mereka memohon masyarakat agar memahami keputusan mereka untuk merahsiakan nama serta wajah anak mereka selama seminggu selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Hari ini setelah genap tujuh hari, Fattah dan Fazura mendedahkan nama anak mereka ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Seloroh mereka menerusi Instagram @fattzuralovelife, ‘Fatima’ berkata, “Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
Ads
“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!” catat mereka menerusi akaun Instagram khas itu.
REMAJA tertarik dengan makna di sebalik nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Ads
Ia bermaksud..
Nur : Cahaya
Fatima : Puteri Rasullulah SAW, Yang Tidak Menyusu Lagi
Aisya : Isteri Rasullulah SAW, Hidup Bahagia
Ads
Abdul : Hamba Allah
Fattah : Penakluk
Indah bukan!
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telah selamat diijab kabul dengan pasangannya, Najla Samshul sebentar tadi. Majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan mempelai dua sejoli itu dilihat cantik mengenakan busana rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini.
Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada malam ini di sebuah resort yang terletak di Melaka.
Menurut Ikmal Amry, majlis resepsi sebelah keluarga lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 27 Disember ini terpaksa ditunda ke tarikh lain ekoran kes COVID-19 yang masih menular di Lembah Klang.
Kami di Remaja mengucapkan selamat pemgantin baharu buat Ikmal dan pasangan, Najla Samshu! Semoha perkahwinan kalian diberkati serta dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Esma Daniel antara Hero Remaja pertama yang diperkenalkan oleh Majalah Remaja sekitar tahun 1990/1991 yang lalu. Hampir 30 tahun berlalu, Esma kini sudah bergelar sebagai seorang pelakon dan pengarah di Malaysia.
Mengimbau sedikit kenangan ketika menyertai Hero Remaja, Esma yang dihubungi pihak Remaja berkongsi kisah dan pengalaman yang dirasakan tidak sama seperti apa yang dilalui oleh finalis-finalis sekarang.
“Kalau zaman saya dulu tidaklah macam sekarang. Mula-mula saya sendiri pun tak tahu apa itu Hero Remaja. Cuma dipanggil oleh pihak Karangkraf untuk menjadi wajah penghias kulit majalah pada waktu itu. Setelah beberapa bulan, saya dihubungi untuk diberitahu telah menang dalam pertandingan Hero Remaja tersebut,”
“Pada waktu itu kami dinilai melalui sesi fotografi dan juga undian daripada pembaca. Hero Remaja tidaklah sepopular Dewi Remaja dulu. Jadi saya antara batch awal bersama Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman yang memenangi tempat kedua dan ketiga. Pada waktu itu mereka sudah pun bergelar seorang pelakon. Tapi, saya baru sahaja menceburkan diri dalam bidang TV komersil,” jelas Esma Daniel.
Selepas Hero Remaja tamat, Esma ditawarkan membintangi filem pertamanya, Interlud arahan Othman Zainuddin yang ditayangkan pada 1992, turut dibintangi oleh Louisa Chong dan Wan Maimunah. Beliau muncul pula menerusi filem XX Ray arahan Aziz M. Osman.
“Alhamdulillah selepas tamat Hero Remaja saya telah pun mendapat tawaran berlakon filem. Memang tidak disangka-sangka segalanya bermula selepas memenangi Hero Remaja. Pada waktu itu drama TV tak banyak macam sekarang. Jadi, kami lebih banyak menerima tawaran untuk membintangi filem,” katanya.
Teringat kembali sewaktu mula-mula bergelar seorang juara, Esma Daniel bercerita tentang pengalamannya bertemu dengan peminat.
“Kalau dulu menjadi seorang selebriti adalah sesuatu yang eksklusif kerana peminat tidak mudah untuk berjumpa dengan kami. Saya teringat sesi berjumpa dengan peminat di Pulau Pinang, waktu tu ramai yang mintak autograph. Rasa macam superstar sangatlah. Hehe.. Dulu bukan zaman selfie jadi peminat akan minta autograph daripada artis pujaan mereka,”
“Hingga kini saya masih lagi jumpa peminat yang dari 20 tahun lepas sudah mengikuti perkembangan saya dalam industri hiburan Malaysia. Lebih terharu lagi bila mereka mengatakan bahawa masih menyimpan gambar-gambar saya di keratan majalah,” tambahnya lagi.
Jadi hero sebenar
Ditanya apakah nasihatnya kepada bakal Hero Remaja 2020, ini jawapan yang diberikan Esma Daniel.
“Untuk menjadi seorang Hero Remaja, kita kena sedar Hero itu tugasnya sebagai apa. Kalau di Hollywood dan Bollywood, hero adalah yang memperkenalkan heroinnya di dalam filem atau drama, kerana hero orang ramai akan kenal siapa heroinnya,”
“Be a gentlemen, jadi lelaki sebenar yang boleh dijadikan sebagai penyelamat dan ikon kepada orang yang menyokong anda. Hero bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya contribution kita terhadap masyarat,” jelas Esma yang turut mengucapkan tahniah kepada semua barisan finalis yang terpilih nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!