Sesekali kita ingin mengubah selera makan. Dari makanan ruji iaitu nasi ada masa kita mahu beralih ke masakan Barat seperti spageti, steak dan sebagainya. Bagi yang ingin mencuba makan steak hujung minggu ini, bolehlah cuba buat sos black pepper yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi.
Rasanya memang sangat sedap dan kena dengan cita rasa. Langsung tak muak saat dimakan dengan steak.
Cara buatnya :
1. Panaskan 3/4 sudu besar planta dalam api kecil sahaja. Masukkan seulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap). Tambahkan air suam 1 tin.
Ads
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese (pilihan ya). Kalau ada lagi sedap.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. Nota penting ( jangan guna kicap masin)
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau hingga sebati.
Ads
6. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedap sangat. Nak tengok resepi lengkap bergambar atau banyak resepi lain yang mabeless, boleh follow fb cikgu.
Ads
Bahan perapan ringkas untuk daging kambing (3 keping)
– 1 senduk sos lada hitam – 3 sudu kicap lemak manis – 3 sudu sos tiram – 1 sudu besar mixed herbs
* anggaran sukatan lebih kurang sahaja. Boleh ubah ikut kesesuaian citarasa.
– Panaskan sedikit planta. Grill daging sehingga half cook.
– Selepas itu, layurkan seketika daging atas api gas untuk menghasilkan bau yang sedap.
– Sedia untuk dihidangkan bersama sos blackpepper mabeless.
Selamat mencuba! Kredit : Afy Al Habibi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Februari lalu, gempar sebentar dunia media sosial setelah usahawanita terkenal, Dato Seri Vida(DSV) mengumumkan pembantu peribadi (PA) baharunya untuk menggantikan Iqbal Zulkefli sebelum ini.
Daripada banyak-banyak permohonan yang diterimanya, individu yang terpilih itu tidak lain tidak bukan ialah Qushayry. Juga dikenali sebagai Abang Qu, DSV mendedahkan bahawa gaji PA barunya itu mencecah angka RM10,000! Fuh, lumayan betul.
Setaraf dengan gaji tersebut, tentulah harapan DSV terhadap Qu melangit tinggi. Justeru, REMAJA tertanya-tanya sekiranya sukar atau tidak apabila menyandang gelaran PA kepada wanita kental itu?
Pada kesempatan untuk bersama Qu di sesi siaran langsung Remaja Youth Talk sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, Qu mengulas mengenai cabaran yang dihadapi.
“Cabaran sejak diumumkan sebagai pembantu peribadi Dato Seri Vida.. saya rasa cabarannya normal saja. Biasalah bila orang berkata-kata sebab semua orang ada pendapat masing-masing.
“Yang cakap positif ada, yang negatif pun ada. Kalau bab negatif itu, jika tak dibaca maka ia tak menganggu pemikiran saya. Saya cuma cari sudut yang baik dan positif saja dari ruangan komen,” jawabnya dengan tenang.
Seperkara lagi yang mencuit hati kami adalah apabila lelaki berusia 26 tahun ini menyentuh mengenai cabaran menetapkan waktu bekerjanya.
“Saya sejenis yang bangun awal manakala Dato Seri Vida pula akan terjaga pada tengah malam untuk melakukan siaran live. Agak mencabar juga pada awalnya untuk saya sesuaikan dengan masanya itu.
“Pagi saya sudah sibuk dengan kerja-kerja yang ada. Hanya pada sebelah petangnya, saya akan bertemu Dato Seri Vida untuk sesi live dan sebagainya,” katanya.
Wanita Punya Karakteristik Berbeza
Bercakap mengenai Hari Wanita Sedunia, Qu merasakan setiap hari itu seharusnya disambut dengan membuatkan wanita dalam hidup kita merasa istimewa. Qu memandang golongan wanita sebagai figura yang kental semangat dan pemikirannya. Mengambil contoh ibu sendiri dan rakan-rakannya, setiap wanita itu baginya mempunyai karakteristik yang berbeza. Dato Seri Vida baginya juga tiada bezanya.
“Beliau adalah seorang yang kita tidak boleh nak jangka apa yang akan dilakukannya.
“Idea pemasaran (marketing) yang tular bukanlah sesuatu yang kita rancang. Content berlaku secara spontan. On the spot, kami buat keputusan untuk lakukan sesuatu.
“Seperkara lagi mengenai Dato Seri Vida adalah beliau membawa satu arus baharu yang orang lain tak pernah buat. Wave itu besar sehinggakan satu Malaysia boleh sukakannya. Lelaki atau wanita boleh tersentuh, sehinggakan ke luar negara sekalipun (tahu mengenai projek DSV).”
Orang selalu mengatakan bekerja dengan bos wanita boleh menjadi pengalaman yang agak menakutkan berikutan sifat mereka yang kadangkala cerewet. Betul ke Qu?
“(Fikir sebentar) Saya faham bila kita menjadi majikan (bos), kita hendakkan sesuatu yang sempurna lebih-lebih lagi jika beliau ialah seorang wanita. Saya juga sukakan perfection.
“Tapi kadang-kadang adalah benda-benda kecil yang jadi ‘tak kena’. Dengan beliau, kita fahamlah.. wanita kan? Wanita punya karakteristik macam mana, agak cermat dan teliti. Saya tak nak sebut cerewet tapi beliau teliti,” akuinya.
Apapun, kemunculan Qu dalam video muzik terbaru DSV berjudul Ku Ikhlaskan telah mencuri tumpuan peminat. Katanya, watak Qu dalam video tersebut menggambarkan PA lama beliau, Iqbal setelah mereka kecundang dalam kisah cinta yang dicanang kepada masyarakat.
Hhm, korang decide-lah sendiri dengan menonton video tersebut di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini tular di media sosial apabila kelalaian seorang pekerja am sekolah menyebabkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik. Tindakan ini menimbulkan salah faham beberapa pihak yang menganggap perbuatan itu seperti menghina negara.
Sekolah Jenis Kebangsaan Pui Ying di Klang telah menghias sekolah mereka dengan bendera tetapi akibat kecuaian seorang pekerja, dia memasang bendera dalam keadaan terbalik.
Hal ini juga berlaku di sekolah jenis kebangsaan di Kluang, Johor apabila seorang kerana tersilap menaikkan bendera dan ia tidak disedari.
Rentetan daripada situasi ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan tiada lagi amaran atau kompromi terhadap mana-mana pihak yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik selepas ini.
Ini adalah amaran terhadap mereka yang masih tidak tahu menghormati bendera negara sendiri. Menurutnya lagi, isu pasang bendera Malaysia terbalik ini sudah banyak kali dibuat dan negara kita sudah 63 tahun merdeka, jadi perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku.
“Selepas ini saya tidak lagi akan memberi amaran. Jika ada lagi kes ini saya akan arahkan pegawai penyiasat untuk buka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tiada lagi permohonan maaf akan diberikan selepas ini,” jelas Datuk Ayob Khan.
Jelasnya lagi, kesalahan tersebut adalah kali terakhir dan selepas ini tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana pihak individu yang melakukan perbuatan seperti itu.
Seharusnya perkara ini tidak berlaku sekiranya masyarakat memandang serius dan sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perkara itu. Mungkin masih ramai yang menganggap perkara ini remeh, namun ia memberi impak dan pandangan yang buruk terhadap negara.
Anak manalah yang tidak sedih sekiranya ayahnya sendiri disabitkan bersalah di sisi undang-undang.
Hari ini, anak kepada Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa Najib, 33 menyatakan respon pertamanya berkenaan keputusan hakim semalam yang mendapati Najib bersalah untuk kesemua 7 pertuduhan kes SRC International.
Kes berprofil tinggi yang kini mendapat liputan antarabangsa itu melibatkan pemindahan US$ 1O juta dari akaun 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun peribadi Najib.
Setelah didapati bersalah, Perdana Menteri pertama Malaysia yang didapati bersalah atas kes mahkamah itu dihukum penjara 12 tahun dan denda bernilai RM210.
Kata Yana Najib yang setia bersama ayahnya semalam di pekarangan mahkamah Jalan Duta, ini bukanlah pengakhiran bagi kes ini. Mereka akan tetap melawan keputusan mahkamah dan ingin membuktikan bahawa ayah mereka tidak bersalah.
“Tempoh 48 jam yang lalu amatlah lama dan beremosi untuk kami. Namun disebabkan oleh doa, harapan dan dorongan yang diberikan kepada kami, kami masih cuba bertahan.
“Yana sekeluarga ada membaca semua comment dan DM. Nanti insyaAllah, saya akan reply satu per satu selepas dah settle urusan mahkamah untuk pagi ini. (Saya dan adik saya adalah penjamin untuk kes SRC).
“This is not the end. Kami kecewa tetapi kami tidak mengalah. Hari ini hanyalah hari seterusnya dan hari seterusnya akan membawa pelbagai kemungkinan jika kita terus menjadi positif. InsyaAllah,” catatnya menerusi satu posting di Instagram Story miliknya.
Terdahulu, Yana Najib mengikat jamin ayahnya dengan bayaran RM1 juta seperti yang ditetapkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!