Sebuah lagi drama yang menghiasi slot MegaDrama Astro Ria, Marry Me Senorita sudah mula ditayangkan sejak 2 Februari 2021 di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Apa yang menariknya, drama bersiri 20 episod ini dibintangi oleh barisan selebriti daripada keluarga pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja, termasuklah Alif Muhaimin, Nabil Aqil, Shaza Bae, Meerqeen dan Jazmy Juma.
Marry Me Senorita diterajui oleh bintang utama Janna Nick dan Dini Schatzmann.
Ia menceritakan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini.
Sofiy nekad untuk keluar rumah, berhijrah ke Kuala Lumpur dan di situlah bertemu Isa Alejandro (Dini).
Isa Alejandro muncul saat Sofiy Leia tidak mempunyai sesiapa dan berada dalam bahaya. Namun, kebahagiaan yang baru dikecap dilanda badai apabila bekas tunang Isa, Rosa Arabella cuba merebut Isa kembali.
Ha, memang drama kan?
Agak-agaknya, watak apakah yang dibawakan oleh para Hero Remaja dan Dewi Remaja kiita ni? REMAJA bertanyakan kepada mereka
.
Ads
.
Shaza Bae
“Buat pertama kalinya, Shaza membawa watak antagonis, Rosa yang merupakan bekas tunang kepada Isa Alejandro.
“Rosa seorang yang jahat dan gedik, dia juga merupakan Instafamous yang konon-kononya hot lah. (Ketawa) Tapi, orang tak tahu sebenarnya Rosa ini berasal dari keturunan Jawa. Nama sebenarnya pun ialah Rosminah Sukardi. Niat utama Rosa adalah untuk merampas semula Isa Alejandro daripada Sofiy Leia.”
“Menerusi Marry Me Senorita, ada waktunya Shaza perlu bertutur dalam bahasa Jawa. Saya memang ada darah Jawa tapi tidaklah pandai berbahasa Jawa. Shaza sendiri yang translate skrip tersebut dan memberi idea kepada pengarah agar Rosa bercakap dalam bahasa Jawa. Nak kata susah sangat tidaklah juga, cuma Shaza perlu meminta tolong sedikit daripada ibu.”
.
.
Ads
Alif Muhaimin
“Alif memegang watak Adam yang merupakan kawan kolej Sofiy dan kami memang berkawan baik sehinggalah Adam jatuh hati kepada Sofiy.
“Satu hari, Adam mengetahui Sofiy telah berkahwin. Mak mertua Sofiy lakonan kak Yasmin Hani berjumpa dengan Adam, menceritakan Sofiy terpaksa mengahwini Isa dan hidup mereka tidak bahagia. Lalu, Adam dihantar untuk membahagiakan Sofiy.”
.
.
Nabil Aqil
“Watak Nabil bernama Sam dan dia merupakan pekerja senior kepada Ungku Aziz (Dato’ Jalaluddin Hassan). Hubungan kami rapat seperti keluarga dan Ungku Aziz juga sudah menganggap Sam seperti cucunya sendiri. Sam yang rapat dengan Sofiy tidak begitu disenangi Isa kerana Ungku Aziz selalu melebihkan Sam.”
“Saya memegang watak sebagai Amar, iaitu pembantu peribadi kepada Isa Alejandro.
“Dia seorang yang over protective terhadap bosnya dan mempunyai dua karakter yang berbeza. Sikap Amar ni kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat. Dia boleh switch character bila-bila masa sahaja.”
.
.
Jazmy Juma Khan
“Saya memegang watak sebagai Zamir, pakar nutrisi kepada Isa Alejandro yang merupakan seorang pemain tenis.
“Isa ni orangnya kaki minum, jadi dia tidak pandai jaga pemakanan. Setiap kali ada tournament, saya akan pastikan Isa menjaga pemakanannya. Zamir dan Isa juga berkawan rapat dan kerana itu, scene kami banyak bertemu di gelanggang tenis.”
*
Kalau korang nak tahu kesudahan drama bersiri ini, jangan lupa saksikan Marry Me Senorita di slot MegaDrama Astro Ria dan Ria HD pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengumumkan penutupan kesemua sekolah bermula Isnin hadapan disebabkan penularan virus COVID-19.
Penutupan tersebut yang memberi kesan kepada kira-kira 13 juta orang pelajar di Jeoun dijangka akan berlanjutan hingga akhir bulan Mac, malah ada yang berkata hingga ke awal April.
Menurut Abe, penutupan bermula Mac ini adalah tempoh yang kritikal untuk mengelak penularan virus menjadi lebih teruk.
Kerajaan Jepun memandang serius aspek kesihatan pelajar di sana memandangkan Jepun dan Korea kini menjadi negara kedua serta ketiga yang mencatatkan kes tertinggi.
Keputusan penutupan ini juga selari dengan China serta Hong Kong yang menutup semua sekolah hingga cuti musim bunga . Bagaimanapun mereka perlu mengikuti kelas secara online di rumah.
Sehingga sekarang lebih 200 orang telah disahkan positif COVID-19 di Jepun
Dan untuk hari kedua berturut-turut, lebih banyak kes yang telah dilaporkan di negara selain China.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena tayangan pawagam filem terbaharu James Bond 007, No Time To Die, korang kini boleh menonton koleksi 25 filem ikonik James Bond yang ditayangkan secara berterusan di saluran 407 dan Astro On Demand (AOD) menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro Go mulai 15 Oktober hingga 7 November depan.
Pelanggan Astro Movies Pack boleh menikmati filem-filem James Bond yang menampilkan ejen ikonik M16 Britain, James Bond, dari filem ‘Dr. No’, lakonan Sean Connery hinggakan ‘Spectre’, lakonan Daniel Craig.
Korang boleh menonton daripada filem pertama James Bond di tahun 1963 hingga filem terkini pada tahun 2017 pada pukul 9 malam setiap hari.
Antara filem ikonik yang bakal dipersembahkan ialah Dr No, From Russia With Love dan Goldfinger; oleh Sean Connery; On Her Majesty’s Service oleh George Lazenby; serta Live and Let Die dan The Spy Who Loved Me oleh Roger Moore.
Tidak ketinggalan filem License to Kill dan The Living Daylights oleh Timothy Dalton; GoldenEye, Tomorrow Never Dies, dan Die Another Day oleh Pierce Brosnan; serta Casino Royale, Skyfall dan Spectre.
Sempena dengan tayangan istimewa ini juga, barisan finalis Hero Remaja 2021 diberi penghargaan dirai dalam majlis makan malam Hero Remaja x James Bond yang berlangsung malam tadi di The Chow Kit Ormond Hotel, Kuala Lumpur.
Kesemua finalis tampil bergaya menyarung busana dengan tema ‘Black Tie’. Majlis istimewa turut dihadiri pihak media dari kumpulan Nu Ideaktiv dan Astro.
Turut meraikan majlis, Hero Remaja 2020 yang juga merupakan Hos Hero Remaja 2021, Nadhir Nasar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan salah salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa untuk melakukan persembahan tarian di Kelab Kabaret Crazy Horse di ibu kota Paris, Perancis pada minggu lalu, ternyata menjadi perhatian ramai pihak.
Penyanyi berusia 26 tahun itu bagaimanapun, terlebih dahulu telah mendapat lampu hijau daripada ibu tercintanya iaitu Chitthip Bruschweiler.
Menurut laporan media antarabangsa, ibunya turut hadir menyaksikan persembahan tarian bintang pujaan ramai itu dan menyifatkan tarian Lisa tidaklah lucah sebagaimana yang disangka ramai.
“Saya ingatkan, tariannya akan lebih seksi daripada apa yang dipersembahkan,” kata Chitthip merujuk kepada persembahan anaknya di kelab kabaret terkemuka tersebut.
Malah, menurut beberapa pengunjung yang berada di lokasi yang sama, ibu penyanyi lagu hit Lalisa itu merupakan antara penonton yang paling kuat bersorak sebagai tanda sokongan semasa artis popular tersebut melakukan persembahan tarian.
Sehubungan itu, rata-rata peminat Blackpink yang dikenali sebagai Blinks mula menghujani ruangan komen di platform X dan menyifatkan Chitthip sebagai seorang ibu terbaik di dunia.
Malah, rata-ratanya menzahirkan rasa kagum dengan sokongan penuh yang diberikan oleh Chitthip yang secara tidak langsung ‘bersetuju’ bahawa anaknya itu kini sudah cukup dewasa.
Terdahulu, keputusan Lisa untuk membuat persembahan di Kelab Kabaret Crazy Horse Paris mendapat kritikan ramai memandangkan kelab tersebut terkenal menyajikan persembahan bercorak lucah.
Di sebalik kritikan yang diterima, Lisa bagaimanapun mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan teman-teman artis lain.
Antara artis yang turut hadir memberikan sokongan ialah anggota Blackpink, Jennie, Jisoo dan Rose.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!