Pelakon Marissa Yasmin mengakui ia bukan perkara mudah untuknya melakonkan adegan menjadi imam solat kepada jemaah lelaki dalam drama bersiri Walid, memandangkan situasi itu bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurut Marissa, persediaan mental adalah kunci sebelum menjayakan babak berkenaan. Antaranya termasuk mendapatkan pandangan beberapa ustaz dan memperbanyakkan istighfar sebelum penggambaran dijalankan.
“Sebelum melakonkan babak menjadi imam, pada malam sebelumnya saya memohon maaf kepada Allah. Dalam doa saya jelaskan bahawa niat saya bukan untuk memesongkan akidah, sebaliknya hanya melakonkan watak bagi menyampaikan mesej.
“Saya juga berasa bimbang sekiranya perkara yang kelihatan menyimpang itu memberi kesan kepada diri saya. Jadi sebelum penggambaran, saya akan banyak beristighfar dan berdoa agar diberikan kekuatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar di ibu negara baru-baru ini.
Ads
Selain itu, bagi watak Ummi Hafizah yang digambarkan telah terpesong akidah, Marissa juga mendapatkan pandangan pakar agama bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan dapat memberi pengajaran kepada masyarakat.
“Selain itu, saya juga mendapatkan pandangan beberapa ustaz. Sebenarnya mesej yang cuba disampaikan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
“Kita mahu penonton faham bahawa perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan masyarakat perlu lebih peka apabila berdepan situasi sebegitu,” ujarnya.
Marissa tidak menafikan bahawa dia sudah menjangka akan menerima kecaman daripada segelintir pihak susulan watak tersebut, termasuk tuduhan cuba memesongkan akidah.
“Mengenai babak menjadi imam itu, saya memang sudah bersedia menerima kecaman. Sudah tentu saya dihentam kerana ada yang melabel saya cuba memesongkan umat Islam.
Ads
“Namun satu perkara yang pasti, tujuan saya melakonkan babak itu bukanlah untuk memesongkan akidah mana-mana pihak. Sebaliknya ia bertujuan membuka mata masyarakat. Hakikatnya, perkara seperti itu pernah berlaku di tempat lain apabila seorang wanita menjadi imam dan di belakangnya terdapat lelaki serta perempuan yang mengikut solat.
“Niat saya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada penonton. Jika perkara seperti imam wanita berlaku, masyarakat perlu lebih peka kerana dalam Islam memang tidak ada konsep wanita menjadi imam kepada lelaki,” jelasnya lagi.
Drama Walid merupakan sekuel kepada drama bersiri Bidaah yang pernah mencetuskan fenomena, mengisahkan perjalanan hidup Walid lakonan Faizal Hussein, bekas pemimpin ajaran sesat Jihad Ummah yang melarikan diri daripada pihak berkuasa. Drama ini mula ditayangkan minggu lalu dan turut menampilkan barisan pelakon lain seperti A. Tamimi Siregar, Aqasha, serta pelakon Indonesia, Olla Ramlan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lebih kurang hampir setahun kami tidak menganjurkan peraduan #wayangremaja akibat situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. Nah, berita baik buat followers majalah Remaja, peraduan tonton filem bersama kami telah pun diadakan semula dengan peraturan SOP yang perlu dipatuhi.
Kali ini Remaja ingin mengajak korang menonton filem seram Halloween Kills yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Ia merupakan sekuel kepada filem Halloween yang ditayangkan pada tahun 2018.
Sumber: Universal International Pictures
Filem ini mengisahkan tentang Laurie Strode, satu-satunya mangsa Michael Myers yang masih hidup pada tahun 1978 sekali lagi terpaksa berhadapan dengan misteri pembunuhan bersiri itu.
Sumber: Universal International Pictures
Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak dan Kyle Richards, Halloween Kills bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 Oktober depan.
Sumber: Universal International Pictures
Remaja nak beri peluang kepada korang untuk memenangi dua tiket ke tayangan perdana “Halloween Kills” yang bakal berlangsung minggu hadapan. Namun begitu, penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Tarikh: 13 Oktober 2021 Masa: 8.45 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Hanya jawab soalan mudah berikut:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena ulang tahun keenam francais aiskrim Inside Scoop di Malaysia, korang boleh mendapatkan satu scoop mana-mana perisa untuk harga RM3 saja.
Tawaran menarik ini akan bermula dari 21 November (Khamis minggu hadapan) hingga 1 Disember ini. Namun korang perlu tahu dulu tarikh promosi untuk cawangan tertentu Inside Scoop. Kalau pergi cawangan yang salah, tak dapatlah merasa harga aiskrim murah.
Berikut adalah senarai Tarikh yang dikeluarkan oleh mereka:
Damansara Jaya & Puchong 21 NOVEMBER
Queensbay Mall & Sri Petaling 22 NOVEMBER
B.I.G The LINC & De Garden, Ipoh 23 NOVEMBER
IOI City Mall Putrajaya & Taman Segar 24 NOVEMBER
Bangsar & Kota Kemuning 25 NOVEMBER
USJ Taipan & Suria KLCC 26 NOVEMBER
The Gardens & 1 Utama 27 NOVEMBER
Mahkota Cheras 28 NOVEMBER
B.I.G Publika & Melaka 29 NOVEMBER
MyTown & East Coast Mall 30 NOVEMBER
Sunway Pyramid & B.I.G Ikano Power Centre 1 DISEMBER
Bukan itu saja yang ditawarkan oleh mereka. Malah mereka mencabar peminat Inside Scoop untuk memberikan 36,000 komen dengan meletakkan tag nama kawan masing-masing di sebuah entri akaun Facebook dan Instagram (seperti di bawah).
Sekiranya berjaya, harga RM3 tadi akan turun menjadi RM1 pula!
Untuk pengetahuan, promosi ini HANYA akan bermula dari jam 7 malam hingga waktu tutup operasi pada setiap hari. Jom!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila dua nama fashionable bergabung untuk koleksi pakaian bercita rasa tinggi namun menerapkan elemen modest fashion, hasilnya adalah koleksi ‘Izara Aishah x Lilit’ yang amat versatil pada harga berpatutan.
Dijual pada harga serendah RM99 hingga RM169, korang mesti terliur untuk memiliki satu daripada rekaan yang diaspirasikan dari fesyen 1970-an ini.
Izara Aishah yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2009/10 terlibat sama untuk memberikan pandangan dan input kepada team pereka fesyen dari Lilit sewaktu proses rekaan.
Turut terlibat ialah penata gaya terkenal, Min Luna yang bertindak selaku pengarah kreatif untuk projek kolaborasi ini.
(Dari kiri): Vivy Yusof mewakili Fashion Valet dan Izara Aisyah.Retro is definitely back, baby!Ramai yang gentar untuk memakai skirt, tetapi tidak lagi dengan skirt labuh dari Izara Aisyah X Lilit ini.
Kalau korang perasaan, koleksi ini masih mengekalkan gaya dan identiti Izara Aishah sebagai seorang fesyenista dari banyak sisi – perincian, kesantunan, kelas tersendiri, sofistikated dan tampil dengan vibes wanita kontemporari.
Long dress seperti ini nampak sangat elegan dengan lipatan pleats. And that cardigan, urgh WANT!
LILIT memastikan yang koleksi ini mampu dan mudah disuai padan dengan helaian korang yang sedia ada dalam almari.
Pada masa sama, LILIT juga menyediakan set sedondon untuk korang yang berminat untuk memakai koleksi ini from head to toe.
Menariknya, koleksi ini bukan saja hadir dalam ‘saiz’ Izara Aishah, Min Luna atau Vivy Yusof saja.
Saiz yang disediakan adalah antara XS sehinggalah XL. Penulis juga rasakan ia bersesuaian untuk semua remaja tak kiralah korang berhijab ataupun tidak. Ia sopan dan pada masa yang sama, berstail.
Koleksi Izara Aishah x Lilit kini boleh didapati secara online dan di butik Fashion Valet berhampiran.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.