MAPs Perak Bukan Taman Tema Pertama Ditutup, Lihat 4 Lagi Lokasi Ini

Share

Seperti yang dilaporkan oleh REMAJA pada hari ini, taman tema Movie Animation Park Studions (MAPs) telah memutuskan untuk menutup operasi bermula hari ini.

 

Cumanya, sama ada ia ditutup for good ataupun sehingga satu tarikh yang ditetapkan – itu belum pasti.

ARTIKEL BERKAITAN : Taman Tema MAPS Tutup Operasi, Netizen Komen Harga Tak Berbaloi

Kredit foto: NSTP

Apa yang ramai tidak sedar adalah ini bukannya kali pertama sebuah taman tema ditutup di Malaysia. Kebanyakan taman tema yang ditutup selama ini berunsurkan permainan air.

Jom kita throwback beberapa taman tema yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia satu masa dulu.

 

02

Mines Wonderland Selangor

tp 8

Bagi korang yang merupakan 90’s kids, pastinya korang masih ingat akan kewujudan Mines Wonderland!

Nak ‘naik’ ke Genting Highlands untuk bermain salji susah sangat, maka ramailah yang menjadikan lokasi ini sebagai target mereka pada setiap hujung minggu.

Selain itu, ia juga mempunyai zoo kecil di dalamnya bagi kanak-kanak. Mines Wonderland akhirnya ditutup pada tahun 2011 dan digantikan dengan Mines Wellness City.

 

03

Desa Waterpark Kuala Lumpur

Ini merupakan antara taman tema air paling digemari pengunjung di sekitar Lembah Klang disebabkan kedudukan di tengah kota.

Sebelum pembukaan Escape Pulau Pinang, Desa Waterpark-lah taman tema yang mempunyai gelongsor air terpanjang di Malaysia dan Asia.

Ramai yang terkejut apabila ia ditutup pada September 2016 untuk dibangunkan sebagai kawasan residensi mewah.

 

04

Safari Lagoon Kuala Lumpur

Dahulu, rakyat Malaysia kita tidak pernah terfikir untuk berenang di taman tema di atas bumbung shopping mall. Tetapi ia telah dibuktikan mampu direalisasikan di Pandan Safari Shopping Complex (berhadapan dengan Lebuhraya KESAS dan Stadium Nasional Bukit Jalil).

Ia mempunyai tema safari menarik, tetapi malangnya terpaksa ditutup kerana dikhabarkan tidak mempunyai lesen operasi selama ini. OMG!

 

05

Mimaland Gombak

Tak sah kalau senarai ini tidak mempunyai taman tema pertama di Malaysia.

 

Mimaland adalah akronim kepada nama Malaysia in Miniature Land kerana ia menempatkan perbagai figura miniature berbentuk haiwan terutamanya dinosaur di sini.

Dari tahun 1970-an hingga awal 1990-an, Mimaland-lah lokasi wajib untuk semua ibu bapa membawa anak-anak mereka pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Walaupun ia dibuka 50 tahun yang lalu, Mimaland tetap hebat dengan mempunyai slide dan taman berbentuk maze yang besar. Hebat!

*

Okay, ada banyak taman tema yang telah ditutup. Tetapi penulis tertanya juga, bila taman tema di Genting Highlands akan dibuka semula..?

 

IKLAN