Mantap RTM! Guna Animasi BONDEE Buat Pengumuman Raih Pujian Netizen

Share

Bondee, apa tu?

REMAJA pasti, ramai yang sudah kenal dengan aplikasi ini.

Manakan tidak, melalui Bondee, korang boleh bersosial, bersapa dengan teman-teman, menghias bilik idaman dan mereka bentuk avatar yang menyerupai diri sendiri.

Aplikasi Bondee

Sebagai info, Bondee merupakan sebuah platfom sosial yang dibangunkan oleh Metadream Tech Pte. Ltd, sebuah syarikat dari Singapura. Yang pasti, bagi korang yang menyukai permainan seperti The Sims, Animal Crossing

atau Habbo Hotel, korang pasti akan gemarkan Bondee!

ARTIKEL BERKAITAN : Sempena Ulang Tahun Ke-75 RTM. DYMM Tengku Permaisuri Selangor Cemar Duli Baca Berita

Baru-baru ini, suatu hantaran video TikTok menerusi akaun rasmi RTM Malaysia telah meraih perhatian warganet apabila mereka secara kreatifnya menggunakan aplikasi Bondee bagi melakukan pengumuman.

Menerusi pendekatan ke arah pendigitalan bijak ini, ia berjaya menyampaikan pengumuman dengan gaya yang lebih santai dan mudah difahami.

Informasi Lebih Efektif

Kombinasi animasi comel itu dengan penambahan muzik yang sedang trending serta paparan teks yang jelas oleh RTM telah digunakan bagi menyampaikan informasi dengan lebih efektif. Transformasi cara penyampaian maklumat seperti ini telah memperlihatkan lebih banyak pengamal media turut mengikuti peredaran semasa.

Haa, siapa kata berita itu membosankan?

@radiotelevisyenmalaysia Siaran penuh sidang Parlimen di Berita RTM yeah!! 🤘🏻Pagi, petang sampai selesai 😉 #Parlimen #RTMKlik #RTMMalaysia #RTMParlimen #BeritaRTM #Bondee ♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

Komen Positif

Rata-rata komen yang diterima daripada warganet menerusi video berdurasi 24 saat itu berbaur positif.

Cayalah RTM!

BACA LAGI : 10 Selebriti Korea Yang Paling Ramai Pengikut Di Aplikasi TikTok

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN