Mangsa tragedi kapal korek pasir terbalik, Mohd Akashah Azizan, 25, yang dilaporkan terperangkap sempat membuat ‘Live’ di Facebook beberapa hari sebelum kejadian.
Video berdurasi seminit 25 saat itu dikongsi mangsa dalam perjalanan dari Tuas, Singapura menghala ke perairan ini dengan pemandangan dari atas kapal yang dinaikinya pada 17 Mac lalu.
Nasib Mohd Akasha sehingga kini belum diketahui. Gambar dari FBnya
Kapal korek ini dalam usaha untuk diapungkan. Gambar ihsan Pasukan Bomba & Penyelamat Malaysia
Sepupu mangsa, Arzizul Abdul Rahman, 35, ketika ditemui berkata, perkongsian mangsa di laman sosial itu juga menjadi detik terakhir mereka berhubung antara satu sama lain.
“Saya terima maklumat mengenai sepupu hari ini kira-kira jam 10 pagi melalui aplikasi WhatsApp yang dikongsi ahli keluarga. Saya memang terkejut tapi setakat ini kami hanya mengharapkan yang baik-baik, tambahan pula hanya dia pula satu-satunya rakyat tempatan berbangsa Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, hubungan dia bersama Mohd Akashah yang mesra disapa Acha sememangnya rapat kerana mangsa sering meminta nasihat dan tunjuk ajar mengenai cara kerja dalam bidang perkapalan.
“Dulu saya pernah bekerja dengan syarikat perkapalan di bawah Petronas dan Acha memang banyak rujuk pada saya berkaitan kerja di dek kapal.
“Kalau diizinkan, memang kami sekeluarga mahu bertemu dengan Acha dalam keadaan selamat. Namun, kami juga tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan dan reda walau apa pun berlaku,” katanya.
Ads
Arizul yang juga sepupu mangsa pernah bekerja dalam bidang perkapalan sebelum ini…
Arzizul berkata, Mohd Akashah yang telah berjinak dengan dunia perkapalan sejak hampir tiga tahun sebelum inipernah melalui pengalaman buruk apabila tinggal di atas kapal tanpa bekalan elektrik.
“Kalau ikutkan pengalaman buruk Acha sepanjang bertugas sebagai krew kapal adalah pada 2016 apabila dia yang bekerja dengan syarikat kapal lain sebelum ini ditinggalkan di tengah perairan di Pontian selama beberapa bulan tanpa bekalan elektrik. Mujur ada petugas penyelamat memberikan bantuan dan kesemua mereka berjaya diselamatkan,” katanya.
Bersama kawan-kawannya dalam satu persinggahan di luar negara
Gambar ketika berada di luar negara- Gambar dari FB milik Mohd Akasha
Inilah FB live yang dilakukan oleh Mohd Akasha beberapa hari sebelum kejadian. Malah dia menulis ayat ok, jom race…
Ads
Dalam pada itu, Arzizul berkata, ibu mangsa yang menetap di Changlun, Kedah kini dalam perjalanan.
Tragedi kapal korek yang terbalik di kedudukan kira-kira 8.5 batu nautika di perairan Parit Jawa jam 7.50 pagi tadi sedang dalam usaha diapungkan.
Dalam pada itu, nasib 14 kru kapal masih belum diketahui kerana usaha menyelamat dan mengapungkan kapal sedang giat dilakukan.
Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Kapten Maritim Sanifah Yusof, berkata usaha itu dilakukan bagi membolehkan kapal berkenaan dibawa ke kawasan yang lebih cetek dan berhampiran pantai.
Ads
Katanya, operasi SAR masih diteruskan dan pada masa sama, menunggu ketibaan pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa pelbagai kelengkapan menyelamat, selain kepakaran dimiliki mereka. setakat ini 3 mangsa berjaya diselamatkan.
Doakan agar keselamatan kesemua 14 kru ini berjaya ditemui dengan selamat.
Umum mengetahui vaksin COVID-19 bakal tiba di Malaysia buat masa terdekat ini, hal ini merupakan satu rahmat dan satu cara kita melawan pandemik maut ini. Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.
Terbaru, menerusi akaun Twitter KKM ada berkongsikan tentang kaedah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini.
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
2. Lama sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan.
4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pendaftaran vaksin COVID-19 ini dijangka dapat dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.
Menurut Khairy, individu yang telah mendaftar akan diberikan maklumat lanjut untuk proses vaksinasi.
When you come for your first dose, you will be given an appointment card. It will also be recorded in your MySejahtera. The date for your second dose will be noted down. For Pfizer it will be 21 days after. Other vaccines may be different. You will also get a reminder. https://t.co/FbGSji1juc
“Mereka (individu yang mendaftar), kemudiannya akan diberikan tarikh, waktu dan tempat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tempat tinggal mereka misalnya, mungkin tidak sama seperti di dalam alamat IC (kad pengenalan) mereka,”
Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Gesaan yang dikemukan oleh Mufti Negeri Sembilan untuk mengharamkan permainan digital PUBG kerana unsur keganasan yang ada dalamnya telah menarik perhatian ramai orang sejak semalam.
Kata Datuk Mohd Yusof Ahmad, PUBG sewajarnya diharamkan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan, terutamanya di kalangan remaja.
Ia bagaimanapun telah diterima baik secara positif dan sebaliknya.
Hari ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendapat beliau mengapa gesaan pengharaman itu dilihat tidak mampu menangani isu keganasan seperti yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada hujung minggu lalu.
“Di Malaysia saja, kita ada sejuta remaja dan orang dewasa yang bermain PUBG. Tetapi setakat ini, tiada yang cenderung dengan keganasan dan gangsterisma.
“Jika kita mengguna pakai prinsip mengharamkan sesebuah permainan kerana unsur keganasan yang dicetuskan oleh beberapa pihak, jadi kita perlu serius mengharamkan juga permainan seperti Counter Strike, Red Alert dan General Conquer: Zero Dark Hour.
“Saya berdoa jika saya bermain FIFA atau PES, satu hari nanti saya akan menjadi seorang pemain bola sepak bertaraf antarabangsa. Tetapi tidak, itu tak akan terjadi.
“Apa yang boleh kita lakukan adalah memastikan mereka ini tidak ketagih dengan permainan sedemikian rupa. Dan di bawah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) sekalipun, kita ada Gore Score yang memantau tahap keganasan sesebuah game. Jika ia berada pada tahap membimbangkan, kita boleh klasifikasikannya kepada pemain 18 tahun ke atas,” tuntas Yang Berhormat itu pada sidang parlimen hari ini.
Bagi REMAJA sendiri, sudah terlalu banyak unsur negatif yang boleh diperolehi oleh remaja di internet sekiranya mereka memang berniat untuk mencarinya. There is just too much, dan pengharaman satu permainan digital popular seperti PUBG tidak akan mengubah situasi sedia ada.
Ya, ia mengandungi unsur menembak secara rambang tetapi adakah itu cukup untuk kita mengharamkannya. Bagaimana dengan filem aksi yang sering ditayangkan di pawagam dan televisyen? Bagaimana dengan penulisan novel berunsur sedemikian?
Punca bagi sesebuah isu datang dari pelbagai sudut. Asalkan kita tidak taksub dengan sesuatu pengaruh itu, bagi REMAJA itu sudah memadai. Disclaimer: Kami bukanlah pemain tegar PUBG dan kami tak dibayar pun untuk menyatakan pendapat ini. Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika hari Isnin lalu, seluruh negera kecuali negeri Sarawak diumumkan berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi melandaikan jumlah kes positif COVID-19 pada setiap hari.
Hari ini, Sarawak kembali berada dalam keadaan lebih berjaga-jaga apabila ia negeri Bumi Kenyalang tersebut mencatatkan jumlah kes harian tertinggi COVID-19 dengan 255 kes baharu dilaporkan pada hari ini.
Menurut laporan Awani, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sawarak turut mengesahkan 2 kematian yang direkodkan di Sibu. Perkembangan harian ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di Sarawak setakat ini mencecah angka 3,379 kes manakala seramai 28 mangsa telah meninggal dunia akibatnya.
Tinjauan di media sosial mendapati warganet merasakan sikap ambil lewa masih menjadi punca utama kepada kegagalan membendung merebaknya wabak COVID-19 bukan hanya di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain.
Masih ramai yang gagal untuk memastikan diri mereka dikuarantin secara berdisplin. Malah ramai juga yang dipercayai masih mengambil ringan keperluan untuk segera berjumpa doktor dan mengikuti nasihat kesihatan apabila mempunyai gejala.
Adakah korang rasakan Sarawak harus diletakkan di bawah status PKP semula apabila jumlah kes di sana semakin meningkat? Atau cukup sekadar meletakkan arahan sekatan rentas daerah dan bahagian di sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!