
Jikalau ada satu perlawanan yang seronok ditonton beramai-ramai, perlawanan Manchester Derby tentunya berada dalam senarai teratas!
Pertembungan Manchester United dan Manchester City yang bakal menjadi antara aksi tumpuan awal musim Liga Perdana 2026/2027 bakal berlangsung pada Ahad, 13 September 2026 dan inilah peluang untuk menjadikan momen tersebut lebih istimewa.
Tidak perlu pening memikirkan nak berkumpul di rumah ‘member’ mana, Astro BizOne Watch Party kembali mengajak peminat bola sepak untuk merasai sendiri kemeriahan perlawanan Liga Perdana.
Khas untuk Manchester Derby, Astro BizOne Watch Party bakal berlangsung di Restoran Nasi Kandar Shaaz, Bandar Sunway pada 10.30 malam waktu Malaysia (jadual sepak mula). Jadi memang ngam untuk korang datang awal, cari meja, order makanan dan bersedia sebelum kedua-dua pasukan ini turun berentap.
Lebih menarik, Astro BizOne Watch Party kali ini dikuasakan oleh Ubermen, dengan pelbagai aktiviti dan ganjaran istimewa menanti para peminat bola sepak yang hadir.
Bukan sekadar dapat menyaksikan perlawanan beramai-ramai, 200 peminat terawal juga bakal menikmati makanan PERCUMA! Sepanjang malam, korang juga boleh menyertai pelbagai permainan dan aktiviti menarik sambil berpeluang memenangi hadiah eksklusif, hamper makanan serta jersi bola sepak. So, apa lagi? Jom Lepak Mamak together with AstroBiz and Ubermen!
Manchester United mungkin gagal membuka kempen Liga Perdana musim ini dengan langkah kanan selepas tewas 0-2 kepada Hull City.
Begitupun, skuad kendalian Michael Carrick pantas memberikan respons apabila bangkit mencatat kemenangan besar 5-2 ke atas Ipswich Town di Old Trafford pada 30 Ogos lalu.
Lebih mencuri perhatian, Bruno Fernandes meledak hatrik dalam perlawanan tersebut, manakala barisan serangan United turut menunjukkan peningkatan apabila Bryan Mbeumo turut menemui jaringan.
Selang seminggu, United diikat pula 2-2 oleh ‘jiran’ mereka, Everton sekaligus memaksa The Red Devil untuk berpuas hati dengan hanya empat mata yang dikutip setakat tiga perlawanan awal musim ini.
FOTO: Instagram // Manchester United
Persoalannya, adakah United mampu memperbaiki momentum tersebut pada perlawanan Manchester Derby, minggu ini?
Kalau United sudah mula mendapatkan rentak, Manchester City pula memberi amaran awal bahawa mereka bukanlah pasukan yang mudah untuk dijinakkan musim ini.
Selepas membuka kempen Liga Perdana dengan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Bournemouth, pasukan kendalian Enzo Maresca meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Crystal Palace 4-1 di Selhurst Park dan kemudiannya menewaskan Coventry City, Sabtu lalu dengan keputusan 1-0. Ia sekaligus memperlihatkan betapa ‘merbahayanya’ jentera serangan City apabila diberikan ruang.
FOTO: Instagram // Manchester City
Tiga kemenangan terawal berturut-turut itu. menunjukkan City semakin selesa dengan pendekatan baharu di bawah Maresca selepas beliau mengambil alih pasukan daripada Pep Guardiola.
Bayangkan satu meja penuh dengan penyokong United, meja sebelah pula geng City. Bila salah satu pasukan menjaringkan gol, memang riuhlah satu kedai jawapannya!
Itulah antara sebab Restoran Nasi Kandar Shaaz di Bandar Sunway menjadi lokasi terbaik untuk anjuran Astro BizOne Watch Party kali ini.
Suasana restoran yang santai menjadikannya ‘port’ ideal bagi meraikan peminat bola sepak datang beramai-ramai. Nak makan sambil tengok bola boleh, nak berdebat pasal keputusan pengadil pun boleh. Paling penting, bila gol masuk memang korang tak perlu tahan teriakan.
Dengan pilihan makanan pada harga yang mesra poket, korang juga boleh bersantai dengan lebih awal bersama rakan-rakan lain sambil menunggu sepak mula pada lewat malam.
Astro BizOne Watch Party kali ini turut menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan ulang tahun ke-30 Astro, meraikan perjalanan tiga dekad Astro bersama rakyat Malaysia menerusi hiburan dan sukan.
Menerusi Watch Party ini, peminat bola sepak berpeluang untuk berkumpul, bersorak dan menikmati debaran perlawanan secara ‘live’ dalam suasana komuniti yang lebih meriah.
Jadi, daripada tengok Manchester Derby seorang diri di rumah, apa kata ajak geng United dan City untuk keluar sekali?
Pakai jersi pasukan pilihan, ajak satu geng dan bersedia untuk malam yang mungkin akan dipenuhi dengan gol, sorakan dan sedikit ‘friendly banter‘ sesama penyokong. Kita jumpa di Astro BizOne Watch Party!
Untuk makluman lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, jom layari ke biz.astro.com.my/bizone-rewards.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.