
Program tahunan World Quran Hour dan Malaysia Quran Hour bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Melalui program itu umat Islam berpeluang untuk meluangkan masa selama satu jam sehari untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran disamping mendidik umat Islam supaya sentiasa membaca al-Quran secara berterusan pada setiap hari dan bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja.
Finalis Pencarian Hero Remaja 2017 juga tidak ketinggalan menyokong kempen Malaysia Quran Hour yang berlangsung, baru-baru ini, jom kita tengok gelagat mereka.
Hero Remaja pun sokong… anda bagaimana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian Mekar

Pemilik nama penuh Muhammad Amirul Aiman bin Norazman ini seorang anak seni yang penuh dedikasi terhadap setiap perkara yang diceburinya. Jejaka kacak ini merupakan juara pertandingan Hero Remaja 2021.
Dia merupakan pemenang edisi kesebelas dan kini duduk sebaris dengan pemenang sebelumnya seperti Nadhir Nasar, Fattah Amin dan Kamal Adli.
Biarpun meminati bidang seni, pendidikan tidak pernah sesekali diabaikan. Bukan calang-calang orangnya, Mierul Aiman merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur. Dia kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Selangor dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian.
ARTIKEL BERKAITAN: Graduan UPSI & Bekas Ketua Pelajar MRSM Kuala Terengganu. Amir Ahnaf Cemerlang Sebagai Wajah Baharu Dunia Seni

Meminati dunia seni sejak kecil lagi, Mierul pernah berkongsi yang dia mendapat latihan lakonannya apabila menyertai kelab teater.
“Mirul pernah belajar mengenai teater, Mierul masuk kelab luar yang dikenali sebagai Revolution Stage dan belajar sedikit sebanyak dalam cara lakonan. Mirul sangat gembira dapat bekerja dalam karier lakonan.
“Sebagai contoh yang Mierul boleh ambil, the best feeling adalah rasa nervous apabila kita nampak penonton depan mata,” kongsi Amirul kepada REMAJA suatu ketika dahulu.

Selepas menjuarai Hero Remaja 2021, dia mula bertapak dalam dunia seni dengan membintangi drama dan filem pendek.
Namun, namanya menjulang tinggi saat memegang watak sebagai Nur Fakhri Firdaus Ismet dalam drama bersiri Projek: High Council. Tuah nyata menyebelahinya apabila lakonannya mendapat pujian ramai.
Siapa boleh lupa akan segala emosi dan juga gerak laku yang dimainkannya dalam drama tersebut. Memang menjadi! Biarpun memegang watak yang serius dalam Projek: High Council, namun dia bukanlah pelakon yang hanya memiliki satu karakter.
Mierul cukup versatil dan kini lakonannya sebagai Ronaldo dalam drama ‘Imam Instant, Ustazah Scammer’ mendapat perhatian ramai. Memainkan watak dengan karakakter mencuit hati seperti bodoh-bodoh alang, penghayatan yang diberikan ternyata menjadi.
ARTIKEL BERKAITAN: MIERUL AIMAN Meniti Populariti. “Kalau Kita Rasa Diri Dah Bagus, Ada Orang Lain Lebih Bagus Daripada Kita..”

Apabila ditanya satu perkataan yang menggambarkan dirinya, Amirul menyatakan yang di memilih perkataan berani. “Mierul meletakkan diri Mierul sebagai seorang yang berani, berani untuk ke hadapan dan berani untuk sentiasa mencuba. Dengan sifat berani itulah Mierul dapat mengatasi kelemahan yang ada,” kongsinya penuh keyakinan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Viral AME 2019, Jabir Meftah Sertai Sesi Uji Bakat Hero Remaja 2020

Namanya pernah viral selepas kemunculan dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) sebagai pembawa trofi menarik perhatian penonton. Malah, Remaja juga pernah menemu bual anak muda yang berusia 19 tahun ini, Jabir Meftah.
Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, Jabir turut mengambil kesempatan untuk datang ke sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
"Jabir masuk Hero Remaja sebab Jabir nak jadikan semua orang yang pada hari ini seorang juara. Macam mana Jabir nak buat? Kena tunggu.. Hehe!
"Jabir nak buat satu perubahan yang orang selalunya jadikan sebagai satu standard dalam pertandingan. Beauty and brain. Jabir nak bawa pendekatan ketiga iaitu budi bahasa. Semua orang ada beauty dan brain tapi tak semua memiliki budi bahasa,"

"Selain itu, Jabir juga ada misi untuk mengajak anak muda bersama-sama menggiatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kalau kita lihat 50 tahun lepas dan hari ini, boleh dikatakan hampir 50 peratus pokok-pokok telah pun ditebang. Jadi, tahun depan Jabir mempunyai misi untuk menanam 1 juta pokok dan saya perlukan sokongan anak muda untuk menjayakan matlamat ini," jelas Jabir.
Good luck kami ucapkan buat Jabir dan semua peserta uji bakat yang hadir hari ini. Untuk korang yang masih ingin mencuba nasib dalam Hero Remaja 2020, jangan lupa datang esok di hari terakhir uji bakat.
Pendaftaran bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam.
See you guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nadhir Nasar Dicabar Watak Berat Drama ‘Family Crime’ : I-TANGGANG

Tidak dinafikan, slot Astro Originals ialah antara slot hiburan yang sering menghadiahkan konten bemutu kepada penonton; sekaligus mengangkat drama terbitan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara karya membanggakan Astro Originals yang masih sering diulang tonton sekarang termasuklah drama Projek: Anchor SPM dan Kampung Pisang Bersiri-Siri.
VIDEO : #GirlPower: Sisterhood Dalam Projek Anchor SPM – REMAJA
Terbaru, siri 12 episod berjudul I-Tanggang sedang menjadi perbualan peminat drama tempatan apabila ia akan mula ditayangkan di Astro Citra pada hari Isnin, 13 September minggu hadapan.

Mengambil naratif baharu dengan memaparkan kisah seorang ibu yang mempergunakan anaknya yang dikatakan sakit demi meraih simpati, sumber pendapatan dan bertujuan membalas dendam; I-Tanggang bukan drama biasa-biasa yang selalu kita tonton di kaca televisyen.
Kategori genre ‘Family Crime Drama’ yang dibawanya ini sudah cukup untuk menyakinkan betapa beratnya drama kekeluargaan ini.
*
Sebut saja tajuknya iaitu I-Tanggang, kita langsung mengaitkannya dengan kisah Si Tanggang yang mengambil konsep penderhakaan. I-Tanggang bagaimanapun tidaklah mengambil konsep derhaka kepada orang tua demi harta tersebut secara literal.
Derhaka di sini diolah dari sudut lain seperti pengkhianatan orang terdekat dengan kita.
I-Tanggang secara ringkas mengisahkan Khalil Rayyan atau Khay; seorang penghidap kanser berkerosi roda. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Namun dalam diam, Erma berdepan penyakit Munchausen Syndrome by Proxy.

Pada majlis pelancaran bukunya, Erma mengumumkan Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay dan juga ayahnya, Rahmat yang merupakan salah seorang bekas doktor Khay dan sudah lama tidak bertemu anaknya itu.

Disebabkan Rahmat meragui pengumuman tersebut, dia pun menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) untuk menubuhkan kumpulan ‘group chat’ bernama I-Tanggang.
*
Bercakap mengenai watak Syafiq, ia dibawakan oleh Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.
Nadhir tampil dengan sisi berbeza sebagai Syafiq Hambali, seorang remaja berusia 16 tahun yang terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya sebagai ketua keluarga untuk menyara lima orang adiknya yang masih kecil. Dewasa sebelum matang, Syafiq menyimpan rasa benci pada ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab itu.
Bercakap dengan Nadhir dalam sidang media I-Tanggang baru-baru ini, pelakon dan pengacara itu menyifatkan I-Tanggang amat berlainan dengan drama lakonannya sebelum ini dari segi perjalanan cerita dan karakter yang dibawakan.

“Alhamdulillah, I-Tanggang adalah projek kedua saya untuk Astro Originals selepas Projek: Anchor SPM. Penonton tidak akan nampak sisi Helmi (karakternya dalam Projek: Anchor SPM) dalam I-Tanggang.
“Selepas saya ditawarkan watak Syafiq, perasaan saya sebenarnya terbahagi 50-50 memandangkan watak ini amatlah berat untuk saya sebagai seorang pendatang baharu.
“Saya ambil cabaran tersebut dan amat berterima kasih kepada para pengarahnya; Abang Syidi (Rashidi Ishak), kak Liza (Wan Hasliza Wan Zainuddin – Keluarga Iskandar, Kampung People) dan Alaud (Wan Alauddin Wan Zainuddin) di atas tunjuk ajar mereka sepanjang penggambaran,” katanya.

Menerusi I-Tanggang, Nadhir mempamerkan realiti seorang remaja yang tidak menyambung persekolahan demi mencari makan untuk keluarga.
Walaupun dari luaran dia merupakan seorang yang susah, namun Syafiq mempunyai semangat dan harapan dalam dirinya sebagai tonggak utama mengubah nasib keluarganya.
“Saya rasakan ramai penonton remaja akan memahami watak Syafiq yang bermasalah sewaktu usia baru ingin membesar ini. Perasaan dan emosi dalam diri Syafiq ini berlainan daripada diri saya. Contohnya seperti perasaan amarahnya, itu bukan saya.
“Namun, persekitaran tempat tinggal saya sekarang sedikit sebanyak memberikan inspirasi bagi menjayakan watak ini. Memang ada ramai orang yang saya kenali sama seperti Syafiq dan keluarganya. Malah, pelajar di sekolah saya dahulu pun ada yang melalui perjalanan kisah seperti Syafiq.
“Peluang untuk saya ceritakan realiti kepayahan sebenar dalam kehidupan kita semua di kaca televisyen ini adalah satu peluang yang tidak dapat saya lepaskan,” ulas pengacara program Hero Remaja 2021 ini,
Tak sabarkan nak tunggu siaran I-Tanggang ini!
Ia bakal menemui penonton mulai 13 September 2021, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra, saluran 108.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!







