
Pasukan sepak takraw Malaysia buat sejarah gempak malam tadi dengan kalahkan Thailand 2-0 dalam final Piala Dunia Sepak Takraw 2024, yang berlangsung kat Stadium Titiwangsa. Memang lit lah!
ARTIKEL BERKAITAN : Angkat Berat Perlu Kembali Jadi Sukan Teras, Asah Potensi Sejak Bangku Sekolah
Kita berjaya meraih kemenangan pertama melalui skuad acara Doubles yang terdiri daripada Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin, mengakhiri penantian panjang untuk takhta acara tersebut yang telah bertahun-tahun lamanya.

Dalam pertarungan yang sengit, mereka berjaya mengatasi Thailand dalam dua set. Walaupun tekanan hebat, kedua-dua pemain menunjukkan semangat juang yang kuat di hadapan ribuan penyokong yang memenuhi stadium, dan akhirnya memenangi perlawanan dengan skor 17-16 dan 15-13.
Kemenangan Berganda!
Kegembiraan ini lebih manis apabila pasukan acara regu turut mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan Thailand 15-8, 15-12, menjadikan Malaysia juara dunia berganda.



Mungkin juga berkat dorongan semangat daripada lebih 1000 penonton yang membanjiri stadium, trio yang terdiri daripada Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) telah mempamerkan permainan yang mengagumkan dan agresif, terus menekan pasukan lawan.
Mereka secara konsisten meraih mata demi mata dan dengan mudah memenangi set pertama, membuka peluang besar untuk menumbangkan pasukan Thailand yang diwakili oleh Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, dan Varayut Jantarasena.

Konsistensi itu terus berlanjutan di set kedua, meskipun Thailand beberapa kali melakukan perubahan tekong. Permainan menjadi lebih hebat lagi apabila Muhammad Haziq Hairul Nizam masuk menggantikan Syahir pada pertengahan set kedua.
Selepas berjuang gigih, mereka berjaya menafikan Thailand dalam kejohanan kali ini dan dinobatkan sebagai juara dunia.
Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw Malaysia, semoga terus cemerlang!
BACA LAGI : Sukan Permotoran Unik Di Dunia, 5 Jenis Ini Jarang Ditemui Tapi Wujud!
Sumber: Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM, Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“For The First Time Ever,” Bakal Beraksi Di Liga Dunia PUBG Mobile. Menteri Belia dan Sukan Ucap Tahniah

Sukan elektronik atau e-sukan kian mendapat perkembangan positif bukan sahaja di luar negara bahkan di dalam negara!
Jikalau dulu, bermain permainan video di komputer atau konsol PlayStation dan Xbox dalam kalangan anak muda sering kali dikaitkan dengan aktiviti membuang masa, namun sekarang dunia sudah berubah.

Kemajuan industri yang lebih terarah kepada sukan elektronik membuka peluang kepada remaja mempertaruhkan bakat mereka dalam permainan video popular seperti Dota 2, Mobile Legends dan juga PUBG.
Baru-Baru ini, pasukan e-sukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dinobatkan sebagai juara dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.
Yoodo Gank yang terdiri daripada 4 orang pemuda iaitu Abdul Aziz Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (ManParang), Muhammad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) membawa pulang $30 ribu (~RM128 ribu) selaku juara.

Yoodo Gank atau sinonim dengan gelaran The One and Onleh dalam kalangan peminatnya dinobatkan sebagai terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan Asia Tenggara selepas berjaya mengumpul 284 mata dalam 15 pusingan yang dipertandingkan.
Selain wang kemenangan di tempat pertama itu, Yoodo Gank turut mendapat hadiah wang tunai tambahan kira-kira RM44,000 menerusi kemenangan Anugerah Pasukan Paling Popular di Malaysia, kutipan Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan Anugerah Pemain Terbaik.

Mereka turut menewaskan jaguh dunia, Bigetron Red Aliens (Indonesia) yang sekadar selesa di tempat kedua. Sementara itu dua lagi pasukan Malaysia, Team Secret MY dan Bigetron AROV masing-masing menduduki ke-lima dan ke-12 dalam kejohanan itu.
PMPL SEA berlangsung selama tiga hari, melibatkat 16 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM640,000 secara keseluruhan.

Difahamkan, Yoodo Gank sebelum ini dikenali sebagai pasukan Gank FTY, namun selepas kejayaan mengungguli PMNC di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall tahun 2018, pasukan terbabit mendapat langganan percuma plan Yoodo selama setahun.
Dengan kejuaraan ini Yoodo Gank bakal beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile bersama dengan King of Gamers manakala Bigetron RA dan Team Secret sudah layak sebelum ini.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut merakamkan ucapan tahniah melalui laman Twitter rasminya. Reezal berkata, kejayaan Yoodo Gank itu dilihat sebagai satu langkah positif untuk meraih lebih banyak pencapaian pada masa akan datang.
Congratulations team Malaysia Yoodo GANK for officially claiming your spot as the SEA Champions for the PMPL SEA Finals 2020 Season 1.
For the first time ever a Malaysian team has won a PUBGM tournament on the SEA level.
Let this be a stepping stone for greater achievements! pic.twitter.com/rrLMYRjv78
— Reezal Merican (@reezal_merican) May 3, 2020
Tahniah kami ucapkan buat Yoodo Gank dan moga terus mengaharumkan nama Malaysia di mata dunia. Best-nya boleh jadikan video games sebagai kerjaya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Goo Hara ‘Berdegil’ Ingin Hadir Ke Mahkamah Berhubung Kes Ex-BF, Selepas Cubaan Bunuh Diri

6 hari lalu, peminat K-Pop telah digemparkan dengan berita mengejutkan yang melibatkan bekas ahli kumpulan KARA iaitu Goo Hara.
Hara dilaporkan melakukan percubaan membunuh diri di dalam bilik kediamannya. Setelah pengurusnya mengesan pesanan ‘Annyeong’ di akaun Instagram Hara, dia ditemui tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital berhampiran. 2 hari kemudian, Hara membuat kenyataan rasmi melalui wakilnya dan berkata, “Saya minta maaf kerana telah mencetuskan kebimbangan baru-baru ini. Saya kini sedang dalam fasa pemulihan kesihatan saya.”
BACA: Ucap Selamat Tinggal Menerusi Insta Story, Peminat Kesan Cubaan Bunuh Diri Goo Hara
Untuk pengetahuan korang, Hara kini masih belum selesai dengan perbicaraan kes mahkamah melibatkan bekas kekasihnya, Choi Jong Bum yang dituduh mengasari Hara dan mengakibatkan kecederaan pada bahagian lengan dan kaki.

Selain itu, Jong Bum juga dituduh menceroboh kediaman Hara dan mengambik foto kaki dan belakang badannya tanpa kebenaran. Akibat kes cubaan bunuh diri ini, pihak pembelaan Jong Bum memohon untuk menangguh perbicaraan. NAMUN, ia telah ditolak oleh (i) mahkamah dan (ii) Goo Hara sendiri.
Semalam sewaktu perbicaraan diteruskan, Hara yang masih di dalam wad hospital diwakili oleh peguamnya. Menariknya, teman serumah dan CEO agensi Hara yang dipilih sebagai saksi utama dilaporkan missing-in-action.

Peguam Hara menjelaskan anak guamnya itu sedang dalam proses pemulihan dan menegaskan akan menghadiri perbicaraan seterusnya, seawal Julai.
“Goo Hara sendiri ingin membuat kenyataan. Katanya, dia akan melakukannya sendiri.” Sekaligus, perbicaraan semalam membuatkan ramai peminat Hara merasa syukur kerana idol mereka itu masih bertenaga untuk berjuang semula.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai Mungkin Terlupa Menteri Hal Ehwal Agama Kita Fan Liverpool Rupanya!

Bagi sesiapa yang mengikuti Facebook rasmi Menteri Hal Ehwal Negara, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pasti korang tertarik kepada bait-bait ayat yang sering dikongsikan oleh beliau tersebut di page-nya.
Terkenal dengan siri Bayan Linasnya, banyak soalan berkaitan permasalahan umat Islam disiarkan dan dijawab beliau dengan penuh cermat berserta dalil dan hadis sahih.
Sering menyantuni orang ramai yang hadir ke pejabatnya termasuk mentahnik bayi yang baru lahir bagi memperolehi keberkatan, beliau turut menyantuni pelajar-pelajar cemerlang dalam pendidikan, termasuk pernah menjemput Nazrul Zafran.
Kisah kanak-kanak viral kerana menegur pihak pengurusan masjid yang tidak membenarkan kanak-kanak duduk di saf depan menunjukkan betapa beliau mengamalkan sikap terbuka berbanding mufti lain yang jarang menonjol di media sosial.
Sikap Datuk Seri Dr Zulkifli yang sopan dan lemah lembut dalam menyampaikan dakwah juga menjadi daya tarikan untuk menarik puluhan ribu followers.

Dalam pada itu, ramai sebenarnya yang terlupa bahawa beliau juga sering memberi komen mengenai sukan bola sepak khususnya bagi peminat pasukan Liverpool. Setiap kali ia berlaku, beliau sering mencuit hati ramai golongan millennial.
Raja Permaisuri Agong pernah melayangkan tweet untuk bertanya apakah pasukan kegemaran Dr Zulkifli.
Beliau kemudiannya berkongsi kenangan indah memperoleh tiga helai jersi dengan nombor kegemarannya hasil pemberian Raja Permaisuri Agong



Bukan senang tau untuk mendapat seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bergelar Senator untuk lantikan Menteri se-sporting ini.
Pastinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri gembira dengan berita kejuaraan Liga Perdana Inggeris oleh Liverpool, awal pagi tadi.
30 Tahun Sepi Tanpa Kemenangan EPL, 10 Selebriti Ini Tetap Setia Dengan Liverpool
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

