Boleh dikatakan ayam merupakan antara menu favorite rakyat Malaysia, tak kira la digoreng, direbus, dibakar atau dimasak apapun ia confirm buat orang ketagih.
Ayam mungkin merupakan pilihan utama berbanding ikan secara umum dalam kalangan masyarakat. Ia mungkin disebabkan rasanya yang lebih sedap (sangat subjektif) atau lebih penting adalah harganya yang lebih murah berbanding ikan.
Namun, sejak kebelakangan ini isu bekalan ayam yang semakin berkurangan nampak gayanya makin meruncing di dalam masyarat kita. Sehinggakan, negara kita mengambil keputusan menghentikan sementara pengeksportan 3.6 juta ekor ayam sebulan ke negara lain mulai berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
Malaysia menghentikan sementara pengeksportan 3.6 juta ekor ayam sebulan ke negara lain mulai berkuat kuasa pada 1 Jun ini. Hal ini bagi menampung keperluan bekalan ayam yang semakin berkurangan di Malaysia.
Bagai menangguk di air keruh, sesetengah rakyat di negara jiran kita iaitu Singapura didapati mengambil kesempatan dengan mengiklankan produk berasaskan ayam di platform jual beli barangan terpakai, Carousell. Paling mengejutkan mereka meletakkan harga menu berasaskan ayam ini dengan tidak masuk akal, ada sehingga mencecah harga RM3.8 juta.
Ads
Menerusi laporan yang dikeluarkan, tinjauan mendapati selain sepinggan nasi ayam Hainan dijual pada harga RM3,195, beberapa produk lain turut disenaraikan seperti popcorn ayam beku berharga RM1.9 juta dan sekotak Chicken McNuggets berisi empat ketul nugget ayam berharga RM1,597.
Selain itu, adalah lebih mengejutkan lagi apabila produk ayam goreng KFC diiklankan sebagai produk edisi terhad dan jarang ditemui, dengan harga yang disenaraikan pula mencecah RM3.8 juta.
Ads
Menurut Menteri Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Desmond Tan telah memberi jaminan bahawa terdapat bekalan mencukupi untuk semua orang dan tidak perlu melakukan sebarang pembelian panik.
Hal ini difahamkan, Singapura mengimport kira-kira 34% bekalan ayamnya dari Malaysia dan sebilangan yang lain pula didapati dari negara Thailand, Australia, New Zealand, Brazil dan Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fenomena boba rasanya masih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia kerana minuman bubble tea ini sering kali menjadi pilihan ramai. Mana tidaknya, kalau korang singgah di kiosk jualan boba tea ni confirm pelanggan beratur panjang.
Disebabkan sambutan yang begitu mengalakkan, jenama aiskrim Wall’s telah pun berkolaborasi dengan Tealive dalam menghasilkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream. Rangkaian aiskrim bubble milk tea ini kini boleh didapat di seluruh negara secara dalam dan luar talian.
Diperbuat dengan 100% rasa teh susu dan bijian pearl yang kenyal, aiskrim ini direka khusus bagi memberikan pengalaman baru keapda minuman yang sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia.
Jika sebelum ini mungkin ada yang mengatakan sukar untuk mendapatkan aiskrim edisi terhad ini, kini korang boleh dapatkan di kesemua kedai mini utama, pasar raya, pasar raya besar, 7 Eleven, myNEWS, Shell, Petronas dan banyak lagi, termasuk cawangan Tealive yang terpilih di seluruh negara.
Korang juga boleh dapatkan secara online di laman e-commerce seperti Lazada, Grab, Shopee dan Beepit dalam pek 15 dan 30 batang aiskrim.
Harga yang disyorkan untuk Tealive Boba Ice Cream ini adalah diantara RM2.20 hingga RM2.70
Wah, harganya memang berbaloi dan tidaklah mahal sangat. Tambah pula dengan cuaca Malaysia yang agak panas sekarang, rasanya mesti puas hati kalau dapat menikmati aiskrim boba ini. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berikutan pembatalan acara Fan Meeting Kim Jae Hwan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, warga Twitter pantas menyerang timeline dengan penuh rasa tak puas hati.
Bagaimana pula dengan peminat yang ‘terbang’ dari luar negara seperti Singapura, bagaimana dengan yang menempah semalam di hotel, dan bagaimana dengan yang gigih memandu serta menaiki bas dari kawasan luar Lembah Klang?
BAGAIMANA?
Penulis percaya mereka mempunyai hak untuk ‘naik hantu’ dek kerana insiden hari ini.
Salah satu fakta menarik yang berjaya mereka ungkit adalah tarikh pembatalan konsert TWICE pada tahun lalu – which fell on today!
Seriuslah..
Ya, berita pembatalan konsert TWICE pantas dilaporkan oleh media seluruh dunia pada 27 Julai 2018, tarikh sama hari ini di mana acara fan meet Kim Jae Hwan dibatalkan.
And get this, kedua-dua acara ini dibatalkan di lokasi yang sama iaitu Stadium Malawati.
Antara komen netizen yang menghujani Twitter termasuklah, “..27 Julai pada setiap tahun adalah tarikh si*l!..”, “..What is this coincidence?!..” dan “..Tolong elakkan tarikh ni please, walaupun memang tarikh gaji masuk..”
Hhm, memang tak ada rezeki nak jumpa dengan Kim Jae Hwan hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam REMAJA ada menulis tidak adakah syarikat-syarikat bermurah hati menghulurkan bantuan makanan atau minuman buat petugas hadapan COVID-19 ini. Alhamdulillah, walau bukan dari usaha kami (sekadar bertanya sahaja), hari ini Pusat Perubatan Universiti Malaya di fbnya mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang membuat sumbangan kepada mereka.
PPUM dalam ucapannya turut membuat list-list syarikat yang prihatin menghulurkan bantuan. Ya INILAH MALAYSIA kerana terbukti kita memang bersatu hati dalam apa saja situasi khususnya dalam menangani situasi wabak COVID-19 yang semakin menggila ini.
Rasa simpati terhadap petugas hadapan hospital yang terpaksa menangani isu COVID-19 ini tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja.
Tengoklah begitu banyak yang menyumbang dan ini buktinya kita adalah rakyat yang bersatu hati.
Terima kasih diucapkan kepada syarikat/jabatan/organisasi yang menyumbang kepada PPUM yang sedang berusaha dalam memberi perkhidmatan perubatan terutamanya bagi kes COVID-19.
Nestle, Mr. DIY, Pharmaniaga, Sekoplas, Baitulmal, McDonald’s, JAWI, TESCO, Allianz Insurance, ITP Company, Sime Darby, YTL Masks dan Nasi Lan Kedah.
Sementara itu, Ustaz Ebit Lew di pagenya turut berkongsi menghantar portable aircond sumbangan Pertubuhan Kasih Umat Islam untuk Hospital Ampang bagi meringankan keadaan petugas yang terpaksa bertugas dalam cuaca panas.
Tak tahan air mata bila tahu kesusahan mereka. Bila baca kesusahan dan pengorbanan front liner di Hospital Ampang. Terus order aircond portable untuk Hospital Ampang. Syukur dapat pergi hantar sekejap ni. Tak tahan tengok mereka panas pakai suit macam tu. Panas. Mujahadahnya kerja mereka. Kerja bertambah-tambah. Ramai juga yang dah kuarantin. Ya Allah terimalah sedikit usaha ini buat kami bersatu hati.
Dapat mendengar kesusahan mereka. Beri sedikit kata semangat betapa besar nilai jihad mereka ketika ini. Ya Allah jagakanlah mereka semua ya Allah. Beri kekuatan dan ketabahan pada mereka semua ya Allah.
Terima kasih Dr Ridzuan dan team menerima sumbangan kecil ini. Terima kasih Dato Seri Syed Zainal bagi nombor contact dan kak Dini tadi.