Maksud Lampu Pada Dashboard Kereta, Ini Yang Perlu Korang Alert

Share

Jika diminta untuk memandu kereta rasanya mungkin tidak mempunyai masalah bagi mereka yang mempunyai lesen memandu, namun persoalannya adakah semua individu yang pandai memandu itu tahu tentang ‘kereta’?

Setakat tukar gear, tekan pedal minyak, rasanya semua pun boleh, lebih-lebih lagi jika kereta auto. Namun begitu, bukan semua individu yang pandai memandu tahu selok-belok dan perihal penjagaan kereta.

Contohnya, bila salah satu lampu di dashboard tiba-tiba menyala, ia membawa sesuatu maksud dan tidak semua individu tahu serta hafal apa maknanya.

Jadi, kami nak kongsikan antara 13 simbol lampu dashboard kereta yang perlu korang kenal pasti.

1. Temperature enjin

Simbol ini menunjukkan kereta korang terlalu panas

2. Tekanan minyak

Minyak pada enjin kereta kurang atau terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin

3. Amaran enjin

Apabila simbol ini menyala, korang seharusnya memeriksa kereta kerana simbol ini menyala disebabkan banyak sebab

4. Bateri

Bermaksud bateri korang semakin lemah

5. Minyak

Simbol minyak kereta korang dah nak habis. Jadi, kalau nampak simbol ini menyala cepat-cepatlah ke stesen minyak

6. Tali pinggang

Simbol peringatan untuk pakai tali pinggang. Jika tidak memakai tali pinggang ia akan terus berbunyi

7. Tekanan tayar

Maksudnya tekanan tayar tidak seimbang. Mungkin disebabkan tayar kurang angin

8. Kawalan cengkaman

Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar kereta korang kurang baik. Perkara ini boleh membahayakan korang

9. Kunci anti break

Terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta korang. Kalau nampak simbol ini baik pergi check

10. Automatic Shift Lock dan Engine Start Indicator

Simbol yang menunjukkan bahawa korang perlu menekan break untuk start enjin atau tukar ke gear neutral

11. Air bag

Sistem airbag korang mungkin bermasalah sama ada pada salah satu airbag atau semua sekali

12. Lampu kabus

Jangan risau, simbol ini menyala apabila lampu kabus korang terpasang

13. Air pada wiper

Simbol ini menunjukkan air wiper kurang

Sebenarnya, ada banyak lagi simbol-simbol lain yang ada pada dashboard kereta. Mungkin tidak semua, tetapi simbol ini penting untuk mengetahui status kenderaan korang sama ada baik atau tidak. Jadi, jika tidak pasti, terus bertanya pada yang pakar.

Pastikan korang memeriksa keadaan kereta, jangan hanya tunggu bila dah rosak baru nak periksa dan hantar ke bengkel.

Sumber: Khairul Hafizi

IKLAN