Siapa yang sedang menonton drama “Under the Queen’s Umbrella”, pastinya perasan dengan pelakon Moon Sang-min.
Berkat kemahiran lakonannya yang stabil, ketinggian dan visualnya yang kacak, Moon Sang-min telah menerima banyak cinta dan perhatian oleh penonton seluruh dunia. Tambahan lagi apabila dia yang memegang watak sebagai Putera Seong-nam, kini menjadi kegilaan ramai.
Berikut adalah 7 fakta mengenai Moon Sang Min, putera kacak dalam drama Korea Under the Queen’s Umbrella:
1. Memulakan Kerjaya sebagai Model
Sebelum dikenali sebagai pelakon, Moon Sang Min memulakan kerjayanya sebagai model. Dia telah biasa untuk berjalan ‘runaways’ ketika dia menjadi model untuk Sewing Boundaries jenama Korea dan jenama Itali CARUSO mempamerkan koleksi Fall Winter 2018 mereka.
Pelakon yang dilahirkan pada 14 April 2000 itu juga merupakan bintang komersial untuk Samsung Grande Mia dan Samsung QLED 8K.
2. Satu agensi dengan Park Seo Joon
Putera-putera raja dalam kdrama “Under the Queen’s Umbrella”
Moon Sang Min kini berada di bawah agensi Awesome Entertainment begitu juga dengan beberapa artis Korea terkenal iaitu Park Seo Joon dan Kim Yoo Jung.
Agensi itu juga menempatkan beberapa bintang muda yang bersinar, termasuk Lee Hyun Woo (Money Heist Korea), Kim Do Wan (My Roommate Is A Gumiho), dan Kim Kang Hoon (Racket Boys).
Ads
3. Mula Berlakon Pada 2019
Setahun selepas debutnya sebagai model, Moon Sang Min cuba berlakon. Dia membintangi drama web bertajuk 4 Seasons Why I Hate Christmas dan dibarisi untuk menjadi watak utama walaupun tidak mempunyai pengalaman berlakon sebelum ini.
Dan pada tahun 2020, dia membintangi dua tajuk drama web, The Colors of Our Time dan The Mermaid Prince: The Beginning
4. Rapat dengan Pelakon Han So Hee
Moon Sang Min dan Han So Hee Foto: Instagram
Moon Sang Min berkawan rapat dengan Han So Hee selepas membintangi drama Korea Netflix My Name tahun lepas.
Pada Jun 2022, peminat gempar selepas melihat foto Han So Hee bersama seorang lelaki yang disyaki Song Kang. Moon Sang Min kemudian menjelaskan dan mendedahkan bahawa gambar jujur itu diambil selepas mereka berdua berkumpul dengan beberapa pemain drama Korea My Name.
Ads
Foto itu diambil oleh jurugambar yang rapat dengan Moon Sang Min dan Han So Hee, Min Jihee (@nogrid_photo). Min Jihee juga menonton drama Korea Under The Queen’s Umbrella bersama mereka berdua.
Walaupun mempunyai jadual yang padat, Moon Sang Min tetap mengutamakan pendidikan. Beliau kini seorang pelajar di Universiti Sungkyunkwan, Jabatan Lakonan dan Seni.
Ads
Moon Sang Min turut dibarisi untuk menjadi duta PR untuk kampusnya. Dia menyertai pasukan promosi yang dipanggil S-ANGEL. Disebabkan itu Moon Sang Min sering menyertai beberapa acara kampus seperti tempoh orientasi pelajar baru dan juga berjualan semasa perayaan kampus.
Dalam wawancaranya dengan Esquire Korea, Moon Sang Min mengakui bahawa dia takut untuk berinteraksi dengan haiwan. Pelakon itu mengalami kesukaran kerana terpaksa menunggang kuda dalam drama terbaharu Korea Under The Queen’s Umbrella. Tetapi dia berjaya melawan ketakutannya.
“Pada mulanya saya sangat takut, namanya Equus, dia kawan saya. Ketika berlatih (menunggang kuda), saya membawa lobak merah juga. Saya rasa dia mengenali saya, jadi saya rasa lebih selesa. Saya rasa saya cukup mahir. menunggang kuda,” kata pelakon berusia 22 tahun itu.
7. Buat Vlog Belajar
Selain itu, Moon Sang Min mengakui dia sangat menyukai persekitaran kampus. Dia seronok menjalankan aktiviti sebagai seorang pelajar kerana bertemu rakan sebaya.
“Apabila saya pergi ke kolej, saya berasa sangat selesa. Saya mempunyai kawan yang berasa selesa dengan saya. Saya fikir ia adalah tempat yang banyak memberi kekuatan,” jelas Moon Sang Min. Pelakon itu juga membuat vlog belajar yang dimuat naik di YouTube Awesome Entertainment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tibanya musim perayaan dan cuti akhir tahun, kita pastinya akan ‘dimanjakan’ dengan seleksi menu baru untuk dicuba untuk tempoh masa terhad.
Walaupun tahun 2020 sedikit mengecewakan, namun itu tidak bermakna akhir tahun kita akan berakhir penuh hambar.
Ini dia 3 restoran dan kedai serbaneka yang ada menawarkan sesuatu yang istimewa untuk korang cuba. Check it out!
01
Costa Coffee
Sejak tahun 2016, peminat mimuman kopi daripada Costa semakin bertambah kerana mereka merasakan citarasa kopi Costa ‘kena’ dengan lidah mereka.
Terbaru, mereka memperkenalkan minuman Caramel Hazelnut Hot Chocolate dan Caramel Hazelnut Latte bagi korang yang menggemari perisa kekacang dalam minuman.
Jika korang tidak boleh mengambil kekacang, cubalah Gingerbread Latte yang dihidangkan panas ataupun sejuk.
Tambah menarik apabila semua minuman yang disediakan di mesin Costa Express pada bulan ini disediakan dalam cawan hiasan Krismas untuk menceriakan mood pembeli.
.
.
02
Coffee Bean
Seperti kebiasaan, The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) tidak akan membiarkan musim percutian ini hambar tanpa menu istimewa. Menariknya pada tahun ini, Coffee Bean mengambil inspirasi dunia fantasi Alice in Wonderland yang bukan saja cantik untuk dipandang malah sedap dimakan.
Sebagai contoh adalah kek Winter Wonderland (RM250.00 untuk 3kg) dengan biskut halia dan hiasan aising pada fudge coklat yang lazat.
Winter Wonderland
Paling penulis gemari ialah kek Hatter’s Winter Log (RM13.95 sekeping, RM139.90 untuk seluruh kek) dengan mousse dan ganache coklat yang enak serta kek Cheshire’s Cherry Bundt (RM8.90 sekeping, RM52.00 untuk seluruh kek) yang berinti ceri, lemon dan krim mentega.
Untuk melegakan tekak, kami cadangkan untuk korang cuba minuman Chocolate Cookie Ice Blended (RM16.50 saiz kecil, RM18 saiz biasa), minuman Pure Chocolate Cookie Ice Blended (RM16.60 saiz kecil, RM18 saiz biasa) atau Chocolate Cookie Latte panas/ais (RM16 saiz kecil, RM17.50 saiz biasa).
.
.
03
7-Eleven
Okay, mungkin menu terbaru dari 7-E ini bukanlah menu istimewa untuk perayaan Krismas. Namun, itu tidak bermakna ia tidak sedap untuk korang nikmati.
Mereka menyediakan perisa Aiskleem terbaru yang diinspirasikan daripada pisang. Dikenali sebagai Ok-nana, aiskrim edisi terhad ini dijual hanya pada harga RM1.90 per kon dan RM3.60 untuk saiz cawan. Korang juga boleh menambah hiasan atasnya dengan biskut cip coklat!’
Selain itu, 7-E turut mengambil kesempatan memperkenalkan perisa baru Slurpee iaitu Blueberry. Sekiranya korang merupakan ahli My7E App, korang boleh mendapatkan secawan Slurpee secara percuma selepas korang membeli 6 cawan Slurpee.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Last Christmas merupakan sebuah lagi filem Hollywood yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana dibintangi oleh dua pelakon kelahiran negara, Henry Golding dan Dato' Michelle Yeoh.
Selepas Crazy Rich Asians, korang sekali lagi boleh menonton gandingan dua pelakon bertaraf antarabangsa ini di layar perak.
Filem yang bergenre romantic comedy (rom-com) ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Kate (Emilia Clarke) bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Kehidupan Kate yang dilihat seperti sering tidak bernasib baik sedikit sebanyak menyuntik elemen komedi dalam filem ini.
Kehadiran Tom dalam kehidupan Kate membuatkannya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi seorang individu yang lebih baik. Walau bagaimanapun, sepertinya hubungan mereka tidak akan berkekalan.
Apa yang pasti, ending filem ini boleh membuatkan korang menangis dalam panggung wayang. Nah, kami tak nak bagi spoiler. Korang kena la tonton sendiri.
Gandingan pelakon mantap
Dari permulaan cerita sahaja, penonton sudah akan terhibur dengan watak Kate yang dilakonkan oleh Emilia Clarke. Seorang gadis ceria yang sering mengundang pelbagai 'masalah'. Merupakan pekerja kepada Santa (Michelle Yeoh), dua watak ini juga dilihat menjadi penarik bagi menguatkan lagi jalan cerita filem ini.
Kehadiran Santa sebagai bos yang selalu memarahi Kate membuatkan kami terfikir tentang karakter typical bos orang Asia yang bersifat garang dan tegas. Scene mereka yang banyak membuatkan penonton di pawagam tergelak.
Oh ya, kehebatan lakonan Henry Golding juga sudah tidak perlu disangkal. Bukan hanya berbekalkan wajah kacak, kami pasti pemuda ini tidak hanya mendapat perhatian oleh peminat di Malaysia, namun di seluruh dunia kerana bakat lakonannya yang semakin dilihat oleh penggiat filem antarabangsa.
Walaupun memegang watak yang bersahaja, namun kehadiran Tom berjaya menyentuh hati kami dan membuatkan penonton sebak.
Kenapa sebak? Ha, korang kenalah tengok sendiri..
Dah nama pun filem genre rom-com, sudah tentulah banyak babak-babak sweet yang dipaparkan dalam filem ini.
Pendek cerita, dia punya sweet memang boleh buat korang tersengih sorang-sorang la. Hiks!
Nak tahu apa kesudahan filem Last Christmas ni, jangan lupa saksikan sendiri di seluruh pawagam tanah air bermula 28 November 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Siti Saleha menjadi bualan hangat di kalangan peminat selepas dikatakan bakal berkahwin dengan tunangnya, Joshua Fitton tidak lama lagi.
Khabar angin ini tersebar di media sosial selepas pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia memakai veil dengan tulisan ‘bride’.
Dalam video tersebut, Siti Saleha dilihat ceria menerima kejutan daripada rakan-rakannya di sebuah penginapan.
Kapsyen yang disertakan bersama emoji pengantin turut menambah spekulasi mengenai persiapan perkahwinannya.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan hari bahagia aktres tersebut.
Sekadar info, Siti Saleha telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Joshua Fitton, yang juga seorang pereka fesyen, selepas hampir dua tahun menjalin hubungan cinta.
Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi oleh Siti Saleha ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada 8 November lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!